Friday, November 23, 2012

KEK LAPIS PELANGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu pada hari ni…
Nampaknya dari kelmarin sehingga la semalam…ramai rakan2 blogger yang menghadapi masalah untuk mengupload gambar di blog kerana sudah memenuhi kuota yang diberikan…

QH berharap hasil perkongsian mengenai Tutorial BilePicasa Album Penuh (boleh klik link tersebut)…dapat membantu rakan2 yang mengalami masalah tersebut yer…

Pada yang berjaya Alhamdulillah…sekarang masalah anda sudah selesaikan…percuma pula tu…hehehe…tapi bagaimana pula yang kurang berjaya atau gagal tu pula?? banyak jugak QH mendapat feedback dari blog dan juga FB mengenai masalah tersebut…

Bile dah diajukan dengan pelbagai soalan kenapa masih tidak boleh tu…QH memikirkan jugak kenapa boleh jadi begitu…rasanya macam nak datang dekat dengan anda semua dan kita buat sesama aje…timbul perasaan bersalah la pula bile ade rakan yang gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut…


Pada QH...yang tak berjaya untuk menyelesaikan masalah tersebut…QH berharap supaya cuba lagi…jangan putus asa…insyaAllah ianya akan berjaya juga nanti jika anda bersabar dan mengikut langkah tersebut satu persatu…

Tanye la QH jika ade ape2…insyaAllah QH akan menjawab pertanyaan tersebut…QH pon tak la pandai mane pon bab2 ni…tapi boleh la menjawab berdasarkan dari pengalaman yang QH ada dan telah QH hadapi tu dulu…jangan bersedih yer…

Mungkin kalau dengan cara QH tak berjaya…mungkin ade juga tutorial yang lain dari mana2 blogger…yang tu kena minta Si GOOGLE tolong carikan la…hihihi…

Baikla…tinggalkan sebentar masalah di atas tu yer…jom kita tengok resepi yang QH kongsikan untuk hari ni…


Kali ni QH nak kongsikan resepi olahan daripada resepi asal…tak ubah banyak pon…cuma dari segi warnanya saje…resepi asal untuk kek lapis ni QH ambil resepi Kak DJ@Dapurku Sayang…iaitu Kek Lapis 4 Rasa yang pernah QH buat sebelum ni…kali ni QH menrainbowkan pula warna kek lapis ni…

Sesaje jer nak mengubahnya sedikit…sebab dah jatuh cinta dengan resepi asal kek lapis ni…pula tu pertama kali buat kek ni ianya menjadi…hehehe…sebab lain pula adalah bahan2 untuk kek ni memang sudah tersedia di rumah…tak perlu la lagi membeli bahan2 yang lain kalau mencuba resepi yang berlainan…target QH hanya satu…sekarang ni adalah masa untuk menghabiskan stok bahan2 yang sudah tersedia tu aje…takut sampai tarikh luput dah jadi membazir la kan…hihihi…

QH pon ade juga sedikit tips untuk dikongsikan untuk memastikan supaya setiap lapisan kek tu sama rata ketebalannya dan juga lapisan tu akan sama rata atau sebaris garisan lapisan kek lapis tu…

Untuk kek lapis ni QH buat 6 kaler…jadi setiap kaler tu QH bahagikan pula kepada 2 pula…selepas tu tuangkan adunan tersebut ditengah2 loyang…selepas tu baru la diratakan dan ketepikan adunan dengan menggunakan spatula…insyaAllah lapisan kek tu akan rata…berbanding jika kita menggunakan sudu…


Pada yang ingin mencuba dipersilakan yer…sangat berbaloi tau…puas nak menghabiskannya…hehehe…kalau nak buat ½ adunan pon boleh jika sebagai permulaan untuk belajar nak melapis kek ni…jadi tidak la membazir jika tidak menjadi…pastu guna loyang yang sesuai…


Tapi QH berani jamin la…anda semua mesti boleh dan menjadi la jika buat kek lapis tu nanti…yang penting bersabar ketika proses membakar kek ni…selapis demi selapis sampai siap…setiap lapisan kek ni QH sapukan secara selang seli antara butter dan filing oren…jangan takut kek tidak manis pon…buat sampai siap…atas sekali kek ni QH sapukan butter bagi permukaan tu berkilat dan lembab…

Terima kasih bebanyak yer kak DJ kerana sudi berkongsi resepi kek lapis ni…QH mohon untuk meletakkan resepi ni di sini pula yer…

Jom tengok resepi…


Kek Lapis 4 Rasa
By: DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna SCS
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) – QH guna tepung gandum
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) – kalau buat kaler rainbow yang ni tak perlu
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar – yang ini juga
1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu – yang ini juga
Filing oren secukupnya – yang ni QH tambah

Color rainbow atau pelangi
Merah
Oren
Kuning
Hijau
Biru
Ungu


Cara-cara :
1.        Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
2.        Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
3.        Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
4.        Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
5.        Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
6.        Bahagikan adunan kepada 4 (6) bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan  nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. (adunan dikalerkan mengikut warna pelangi)
7.        Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). (Untuk cara ni bile adunan dah dibahagikan kepada 6 warna. Untuk setiap warna tersebut QH bahagikan kepada 2 pula. Contoh seperti dalam gambar tu yer..)
8.        Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis. 
9.        Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
10.   Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat)
11.   Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.


NOTA :
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan butter dan jem secara berselang seli pada setiap lapisan. Contoh jem, butter, jem, butter sampai habis)
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
  • Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan. (QH ikut cara ni)

Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum dan menyelerakan.


Ringkasan cara penyediaan yang QH gunakan:
1.    Memula sekali bile adunan kek ni dah siap diadun, timbang keseluruhan adunan tersebut.
2.    Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian atau kaler yang kita nak. QH buat 6 kaler dan bahagian.
3.    Warnakan adunan tersebut satu persatu.
4.    Lepas tu pula, setiap satu kaler tadi QH bahagikan pula adunan tersebut kepada 2.
5.    Kemudian tuang adunan tersebut ke dalam loyang yang kita nak gunakan. Ratakan.
6.    Untuk setiap lapisan kek lapis ni QH bakar selama 20 minit dengan suhu oven 150C. Bahagian atas biar bagi garing atau kehitaman sedikit untuk menampakkan garisan lapisan kek tu nanti.
7.    Setiap lapisan tu pula QH sapukan butter dan jem atau filing perasa oren secara berselang seli. Contoh lapisan pertama butter, lapisan kedua pula filing oren. Begitu la seterusnya sehingga habis.
8.    Akhir sekali lapisan atas kek tu QH sapukan butter untuk menampakkan kek tu berkilat dan dan lembab. Siap.


32 comments:

Shiela said...

Assalam QH.. memang sungguh kreatif mu cayangg.. hilang bab nak nengok recipe.. leka dengan gambar gambar yg cantek tu..

Gya Duniaku said...

cantik dan tersangat lah rajinnya... tolong wat sebiji boleh...ngeeee

Kakcik Nur said...

Nampak 'segar' sangat kek lapis QH tu. :)

p/s : kakcik pun sedang berdebar2 menunggu masa untuk menerima 'hukuman' dari album web picasa tu...

norhidana miswan said...

aduhla... cantik sgt2, sampaikan syg nk mkn lah... rajin betul akak QH bt kek lapis pelangi nih...

JaSSNaNi said...

fuhhhhhhhyooooooooooooo... QH, dasyat ni.. berbelang2 kek nye.. dah tu sama je level.. tak de besar kecik.. sukat pakai pembaris ek? hehehe.. lawak je tau.. :P

❤ ins-home® said...

sedapppnyerrr...nt nak try lah...bila la tu ek nk try wat..hahahaaa...

kalo minat tware boleh ke fb sy taw : www.facebook.com/ins.on9

yan's cottage said...

salam QH....
cantiknya kek lapis tu....kalau yan buat belum tahu jadi ke tak berlapis macam nie.....cantik sangat....

rostina76 said...

salam QH...Ya ALLAH!!!!cantik giler lapis. neat & tidy. suke la tgk cake QH ni & rasa teringin je nak rasa (hehe nak buat le tu). tapi kros takut le maklum kros ni baru je berjinak2 pastu xde cikgu plak tu. Insyaallah kalau ada confident nanti blh follow resepi QH ni. btw suke jugak deco ice ceam stick color2 tu. kat sini pun byk nampak tapi xbeli sbb takut je nak guna buat aiskrim (color terang sgt). ada juga tgk kwn kros buat deco @pagar pasau2 kecik dia, comey je. setakat deco2 utk kepuasan sendiri blh je ye beli. nak beli jugak lah!!!

Tina Othman said...

cantiknyaaaaaaaaaaaaaa

ala jelesnya tgk org buat cantik je, tak kering pun, hemmmm la ni terpaksa tahan diri dari baking ke apa ke

apapun mintak lah barang sepotong dua nak rasa kekeke

INA said...

Salam QH...rajinnya melapis..ina belum pernah buat kek lapis lagi nie..tgk mcm leceh jer..tapi makan suka..kena tunggu betul2 rajin baru boleh buat.

Delima Zamrud said...

Sedap nyer nampak kek QH nie.. Rajin sungguh QH ek mesti remeh nk buat nyer kan.. MIntak sepotong buley hehhehhee :)

Nieda said...

tu lah ingat nak import Qaseh dok sebelah.
Saya pun tak berjaya lagi. dak sampai step hujung2 dah tapi bila dah klik tulisan biru invite tu tak jadi pula. sedih2.

Marsita yahya said...

salam Qasey cayanggg, cantik kejadian kek nyer...

khairiah khaizu said...

Qasey.....cantik sgt warna2 kek lapis tu tergugat akak tengok

Qasey akak nk bgtahu Qasey pasal Tutorial tu. t/kasih sebab akak dh cuba n berjaya tapi akak pd mula gagal juga sbb masa klik kt email invitation tu qasey ada ckp pastikn ada tertera perkataan trsebut dan akak klik kt here kt situ tp qasey suruh klik lg sekali email invitation......akak klik kt here br jd, x sama pulak kaedahnya....

Melly Octaviana said...

wuihhh cantik nya kaler lapis cake nya, rapi sekali..QH memang rajin lah.. bagi 5 potong boleh.. hehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajin sungguh ko Qasey Honey... akak tak le se rajin kamu.. baklah akak sepotong dua hihihi :P

ogyep yummy mellow said...

Salam QH,
cantik dan mengancam kek lapis pelangi tu... Dapat dibayangkan, kesabaran QH untuk menghasilkannya..

ibh_sue said...

Asslmkum QH
Tabikkkk..Memang cantik. Kemas ja lapisannya. Sue masih lagi tak past bab lepis melapis ni..hehehee

Gee® said...

wordless.. terpukau

Mayang ABDUL RAZAK said...

AKAK.. CANTIK BANGAT.....

Norzie hany said...

Assalam QH.
Cantiknya warna2 pelangi,mmg kreatif.

tun_telani said...

Salam kak QH.. chantekkkk sangat!!! sungguh kagum.. sgt byk layer dia, kalau tun dh surrender awal..hihi

Anonymous said...

letak la banyak2 sikit lagu..suke la masuk blog nih..gambar cantik...lagu besh

irdina

zila norazila said...

pergghh cantik...nk mkn syg:)

JUICY CAFE said...

As-salam sis..
Alahaiii cantikk sgt2 kek lapis rainbow nih..mmg terguda tau..

mama sara nur said...

cantikkkk pelangi berwarna-warni

Madihah Mohd. Naim said...

Salam QH ni kak Noor Bicara Kak Noor tau, masaalah yg sama akaun picasa penuh, nak tukar tak dpt2 guna akaun anak akak haha aduiii macam2 je kan jgn terkejut ada nama madihah tu ya sbb yg tulis mama nya ni, cantik sang pelangi tu dah nampak kat ig hari tu kan....

ady said...

as-salam
look wonderful, the colours are perfect..

IntaNBerliaN said...

org yg teliti je blh buat ni... org mcm saya xleh.. hihii

mamy harraz said...

hasil google sy..terjumpa blog awk ttg picasa penuh tu.
ikut bulat2 tuto yg awk ajar dan sudah pun berjaya.
terima kasih sekali lagi atas ilmu yg sudi kongsikan.

sgt prfecto kek rainbow tu :D

Ummiakid @ lily said...

cantik molek sungguh kek lapis tu. Tersangat jeles. Ntah bila ader keberanian melapis...kaler pun gojes teramat...ralit + leka + melopong molut nengok tau, kalau dpt ngap sepotong tu...syoknye...!

mama leen said...

amboi cantiknya.. mesti sedap.. bila nak dapat rasa ni :)