Pages

Monday, May 20, 2013

NASI DAGANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Bertemu lagi…
Sebelum lagi terlambat QH ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa saje yang berpuasa pada hari ni sempena dah masuk ke bulan Rejab ni kan…kepada kaum hawa pula mana yang belum atau masih lagi belum menggantikan puasa yang termiss masa bulan Ramadhan yang lepas tu cepat2 la beringat ye dan cepat2 ganti…termasuk la yang sedang menekan keyboard ni…hehehe…selalu buat last minute…pastu pakat pulun habis-habisan…hahaha…lepas bulan Rejab ni dah masuk ke bulan Syaaban pastu Ramadhan pula…dah tak banyak masa tu lagi jika masih dilengah2kan…bff QH iaitu Mama Leen macam mane dengan u??? sebab kitaorang ni sama aje suka yang hujung2 tu…hehehe


Ok sekarang ni mood nak masak pula…mood untuk membaking agak tipis sikit sekarang ni…motip senang saje iaitu malas…hehehe…untuk resepi hari ni QH mencuba…oppp silap…QH dan hubby mencuba masak Nasi Dagang pula…berasnya dah lama dibeli pon…kirim dengan kawan semasa beliau outstation ke Kelantan pada bulan Mac yang lepas…sikit punya lamakan perap beras tu…nasib baik tak berkutu lagi…hehehe…QH simpan dalam peti ais…tu yang boleh tahan lama…tamak pula tu siap kirim dua bungkus…mungkin sebab murah kot…sebungkus tu RM5 aje…padahal masak haritu hanya guna setengah bungkus aje…hihihi…


Bila dah teringat ade beras nasi dagang tu…QH pon mengugel la mencari resepi…kebanyakkan resepi yang QH jumpa rupanya beras tu perlu direndam malam jika nak dimasak keesokkan harinya…dah sudah…selera hari tu memang nak nasi dagang jugak…teruskan gugel lagi…last2 terjumpa dengan resepi dari blog Kak Madihaaaka Kak Ratna ni…lega…memang mudah sangat2…lebih kurang macam masak nasi biase…beras tak perlu direndam terlebih dahulu…tak sangka menjadi juga nasi dagangnya tu…sedap dah berlemak…bab memasak QH memang suka yang ringkas2 aje…kalau terlebih rajin baru cari resepi yang susah sikit…hehehe…lain kali boleh cuba resepi yang lain pula…sebab berasnya tu masih banyak lagi…jadi pada yang ingin mencuba boleh menggunakan resepi ni dulu…terima kasih ye kak atas perkongsian resepi ni…QH nak kongsikan di sini pula…


NASI DAGANG KELANTAN (CARA MUDAH!)

Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaAa.k.a Ratna
 
Bahan2
1 kg beras lembut (beras nasi dagang dari Kelantan)
Santan pekat (RM2.50) + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) (MaDiHaA ukur guna jari macam kita masak nasi putih.. tetapi santannya dikurangkan 1 cm dari ukuran memasak nasi putih) QH menggunakan santan kotak KARA
1 sudu garam halus (MaDiHaA guna 2 sudu kecil)
sejemput halba (MaDiHaA letak dalam 1 1/2 sudu kecil)
1 1/2 in halia ~ dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
QH tambah 2 helai daun pandan dan simpulkan (kebetulan ade stok) 


Caranya 

1. Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan. 
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak.
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.


Friday, May 17, 2013

UDANG MASAK BRIYANI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Dikesempatan ini dan masih belum terlambat rasanya untuk QH mengucapkan Selamat Hari Guru buat teman2 blogger yang bergelar guru dan juga buat semua cikgu2 yang berada di luar sana…”Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan”…termasuk juga buat sifu2 blogger masakan kerana secara tak langsung anda juga merupakan cikgu kepada QH di dalam bidang ni…walaupon kita hanya berjumpa di alam maya ni...tapi ilmu yang ade tu tidak terbatas dalam dunia IT yang serba canggih sekarang ni...


Untuk resepi hari ni…sebenarnya QH ambil dari seorang cikgu juga tau…resepi ni dari blog Kak Ros@SinaranMenu...kebetulan la pula…jika semalam QH mengupdate blog ni…lagi la satu kebetulankan…terima kasih yer kak sudi berkongsi resepi yang sedap ni…Udang Masak Briyani ni QH telah gandingkan dengan Nasi Briyani pada entri yang lepas…boleh klik di SINI yer…berbaloi rasanya bile masak sendiri…sebab QH memang suka makan nasi briyani…tapi biase dengan lauk ayam itupon versi beli la kan…tak jumpa lagi dengan lauk udang…jadi bile dah teringinkan kelainan terpaksa mengodek dan masak sendiri…tapi kalau kita google…QH bukan la orang pertama yang masak…ramai dah yang mencubanya terlebih dahulu dengan resepi yang berbeza…jika ade yang ingin mencuba dipersilakan yer…



Udang Masak Beryani


Bahan-bahannya
500 grm udang sederhana besar
1 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
2 sudu makan tomato puree
4 sudu makan rempah briyani
1 biji cili hijau
2 tangkai daun pasley
1 kotak santan trim cap ayam (200ml)
1 biji tomato 
garam,gula dan asam keping
kayu manis ,bunga lawang dan buah pelaga (blogger blogger  panggil rempah 4 sekawan)




Cara memasak

1. Blend bawang besar, cili hijau halia dan serai.

2. Panaskan 4 sudu makan  minyak masak dan tumiskan rempah 4 sekawan.kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend.Tumis sebentar.

3. Masukkan tomato puree dan rempah briyani yang dah dicampur bersama 4 sudu air, Masak hinga rempah sedikit garing

4. Masukkan santan dan dikacau biar sebati.masukkan garam gula dan asam keping.Goreng sehinnga rempah kelihatan sedikit pecah minyak.
5. Masukkan udang, daun pasley dan 1 biji tomato yang dipotong 4. Masak sampai air udang kering dan gulai kelihatan pekat.Tambah asam garamnya jika perlu.Siap untuk di hidang.


p/s udang tak boleh dimasukkan cepat-cepat sebab ianya cepat masak jadi goreng rempah biar sampai pekat dan pecah minyak dahulu.kalau rasa rempah macam pekat sangat campurkan sedikit air dan kacau.



Untuk melihat resepi Nasi Briyani boleh klik di SINI

Tuesday, May 14, 2013

NASI BRIYANI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…





NASI BERIANI  RINGKAS

Bahan-bahan (6 - 7 orang)
1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan (QH guna beras basmathi Faiza)
1 tin kecil minyak sapi (ghee)
1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
3 biji bawang besar, dihiris halus
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia* (*dikisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas (QH tak letak)
1 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
Pewarna merah dan oren


Cara-cara
1.        Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelage diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
2.        Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
3.        Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yang telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
4.        Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
5.        Bolehlah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas.
6.        Pencuk nanas. Acar timun atau acar buah dan kurma ayam/daging atau mengikut selera masing2.



Untuk lihat resepi lauk yang QH gandingkan dengan nasi di atas boleh klik di SINI

Friday, May 10, 2013

AYAM GORENG SAMBAL HIJAU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Maaf yer sekiranya entri pada kali ni akan membuat kengkawan akan sakit kepala atau terkejut dengan kebesaran gambar pada kali ni…memang QH tak boleh nak ape2kan lagi dengan gambar tersebut…bile dikecikkan…kecik la sangat…bile resize cara manual…gambar lak jadi tak senonoh nampak blur dan nampak melebar…terdapat kesilapan la ni semasa setting kamera masa tu...kesudahannya biar la gambar tersebut dengan size sebenar…hehehe…kalau tak jelas jugak tau la...hihihi


Asyik mengupdate resepi kek saje sejak kebelakangan ni…sampai hampir terlupa dengan resepi yang satu ni…kesian dia…hehehe…ni merupakan resepi terakhir yang QH kongsikan pada majalah Aroma Mac 2013 yang lepas…resepi yang simple dan mudah saje…tapi kalau dah makan tak ingat dunia la pulak…hehehe…resepi ni nampak macam ala2 ayam penyet la dengan hiasan yang ade disekelilingnya tu…hihihi...resepi yang simple ni kalau kena gayanya...akan nampak mewah dan begitu menyelerakan...betul tak?? boleh mengundang keterujaan untuk menikmatinye...hihihi




Ayam goreng tu digoreng macam biase saje…lumurkan dengan garam dan kunyit pastu goreng…tapi sambal hijau tu QH ambil resepinya dari blog Kak Yatie@Cahaya Hidupku…menurut Kak Yatie ini Sambal Hijau Indonesia…sampai membuatkan emaknya terkenang2 akan kesedapan sambal hijau ni…hehehe…terima kasih yer kak atas perkongsian resepi yang sedap ni…QH dah panjangkan resepi ni dalam majalah dah pon…minta dihalalkan yer…lauk ni sedap dimakan panas2 bersama nasi putih tau…memang akan laris la nasi…memang sedap…mengikut selera QH la kan…pada yang ingin mencuba dialu2kan ye…berbaloi



Ayam Goreng Sambal Hijau

Resepi Sambal Hijau dari KakYatie@Cahaya Hidupku

Bahan2
3 ketul peha ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
20 biji cili api* (terpulang kalau nak pedas tambah lagi, pastu pilih yang warna hijau sahaja)
5 biji cili hijau*
7 biji bawang merah* (dikukus)
Semangkuk kecil ikan bilis (ditumbuk sedikit saja, jangan lumat sangat)
garam secukup rasa
minyak masaka secukupnya



Caranya

1. Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya sehingga rata.
2. Goreng ayam tadi sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan.
3. Mula-mula kukus cili api, cili hijau dan bawang merah. Kemudian tumbuk sedikit jangan lumat sangat bersama garam. Boleh juga dikisar kasar dengan food processor.
4. Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan bilis tadi sehingga sedikit garing.
5. Selepas itu masukan cili yang telah ditumbuk atau dikisar tadi.
6. Kemudian goreng sehingga naik bau wangi. Rasa sama ada garam cukup rasa atau tidak, tambah garam jika perlu.
7. Siap untuk dihidangkan bersama ayam goreng tadi. 



Wednesday, May 8, 2013

KEK UNTUK SUAMI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Cakkkk
Kembali bertemu semua…salam rindu-rinduan buat semua…lega bile akhirnya dapat berblog semula hari ni…alhamdulillah…beberapa minggu yang lepas QH agak sibuk sedikit…tak sempat nak menunaikan tanggungjawab yang satu ni…tetapi aktiviti mencuba resepi tetap dijalankan seperti biase…cuma untuk mendedahkan resepi yang dicuba tu yang tak sempat…pada follower baru terima kasih kerana sudi memilih blog QH ni untuk difollow walaupon pada hakikatnya blog ni terhenti siaran seketika…sokongan kalian amat QH hargai…pada kawan2 yang lama juga terima kasih atas sokongan anda…



QH mengharapkan supaya hubungan persahabatan kita yang terjalin di alam maya ni akan berkekalan sampai bile2…walaupon kita berlainan pendapat dan faham dalam dunia politik…jangan disebabkan itu kita bermusuhan…QH terpaksa cakap begini…bukan untuk berkempen…sebab dah tiada guna pon…cuma tak nak disebabkan masalah tersebut kita bertelagah untuk mempertahankan hak bersuara masing2…yang dah lepas tu biarkan berlalu…ape yang penting kita memikirkan ape yang harus dilakukan pada masa hadapan…




Kalau tengok pada wall FB buat masa sekarang ni…kadang tu tak sanggup nak singgah ke situ lama2…ade saje berbalahan yang tercetus…memang la wall masing2 katanya...tapi kenapa sampai ade yang nak ‘unfriend’ atau ‘block’…padahal sebelum ni elok saje kita berkawan…tapi atas disebabkan masalah fahaman politik kita bermusuhan…QH mohon maaf yer jika ade yang terasa…QH tak menujukan pada sesiapa pon…ianya umum…bersegera la kita bermaafan…jernihkan kembali hubungan yang telah keruh tu…QH mengharapkan lepas ni keadaan akan kembali seperti biase…lebih elok jika tayang gambar masakan atau kek…hidup masakan!!! hehehe




Baikla…resepi kali ni resepi kek lagi dari QH…kek ni khas buat hubby QH sempena besday pada minggu lepas 28.4.2013…punya la lamakan nak ditayangkan…keknya pon dah tak nampak rupa dan sisanya lagi…hehehe…nak kongsikan awal2 memang tak sempat…sabo aje la...resepi kek ni QH ambil dari blog kak Azlita@Masam Manis…terima kasih yer kak…kek ni memang dalam list QH untuk dicuba…hubby pon suka kek ni…sedap bile oren dan coklat bergabung…jadi amat berbaloi la QH mencuba kek ni dihari istimewa beliau…hilang penatku…hehehe




Kek yang QH buat memang agak berbeza sedikit la dari resepi asal…dimana dibahagian tengah tu QH buat sebaliknya dari cara resepi asal…sebab dah tersalah bahagikan adunan tersebut…hehehe…bahagian dalamnya pula setelah dioperate nampaknya tak menjadi sangat corak badan leopard...hihihi…nampak sikit2 tu boleh la kan…dah nampak macam corak sebarangan aje pula…hehehe…tentang deco pula memang QH pilih yang berbeza…untuk tema besdaykan…nak buat corak rimau nampak macam ganas sangat lak…hehehe…tu yang deco ala2 drum…selaras dengan minat hubby QH yang suka main dengan benda tu…tapi yang kat rumah punya drum kecil elektronik tu aje…nak besar kena pegi jamming atau studio sape2 la kan…tak kuasa nak menyemak set drum tu dirumah…




Pada yang ingin mencuba dipersilakan ye…bahan yang digunakan pon tak banyak…semuanya basic saje…resepi ni untuk membuat 1 buku kek atau 2 keping kek yang berukuran 8 inci dan ketebalannya 2cm…jika nak buat 3 keping kek atau lebih…aduan tersebut perlu digandakan… 

LEOPARD CAKE/CHEETAH CAKE

Bahan2
240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan 
200 gm gula caster
100 ml susu segar atau susu cair
3 biji telur
250 gm tepung gandum
16 gm baking powder
1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh pes oren
sedikit pewarna oren 




Caranya
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc 
Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C

Satukan tepung dan baking powder, kemudian di ayak
dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster
Pukul hingga adunan lembut
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Semasa masukkan sebiji telur masukkan juga 1 sudu besar tepung
Masukkan esen vanilla 

Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
Gaul hingga sebati

Ambil anggaran satu cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna, masukkan dalam piping bag 




Untuk step seterusnya boleh lihat gambar di blog kak Ita yer...disitu ade gambar step by step cara di bawah ni dan mudah faham...klik SINI

Ambil anggaran 2 sudu besar adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang ~ gambar 1
Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi.
Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
Lingkaran ni terpulanglah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5, 4 atau 3
Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.

Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
Lingkaran warna oren ni pun buat dalam 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.

Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.

Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata

Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
Jangan kacau kuat-kuat tau..perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.

Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit

Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.

Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.

Selepas tu boleh la deco ikut kreativiti masing2 atau nak deco macam yang kak Ita buat…resepi sepenuhnya boleh lihat di SINI yer

selamat mencuba…





Wednesday, April 24, 2013

BLACK FOREST CAKE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Terlebih dahulu QH ingin mengucapkan terima kasih dan selamat datang buat follower2 baru blog QH ni…pada yang ade blog jugak nanti QH akan follow kembali yer…cuma QH perlukan sedikit masa sikit untuk berbuat demikian…tidak dilupakan juga buat kawan2 yang sudi meninggalkan komen2 yang manis dan indah2 pada setiap entri blog QH ni…insyaallah ade masa nanti QH akan BW blog semua…sekarang ni masa agak terhad sedikit…malam tadi QH free tapi tu la line internet la pulak boleh problem…ade saje dugaan dan halangannya…sabo aje la yer kak Ton…nanti baru la comelll…hehehe


Hari ni QH nak ajak semua untuk buat kek pula…hehehe…kali ni QH mencuba kek black forest pula…kek ni antara kek kesukaan QH juga…biase beli aje kalau rasa2 teringin nak makan…tapi kali baik buat sendiri la…rasanya lebih berbaloi kot…sebab dapat ulang makan banyak kali sampai kek tu habis…hihihi…pastu jangan marah kat penimbang ehhh kalau kilo tu bertambah…huhuhu…kek black forest ni bukan la kek yang baru…zaman QH malas lagi kek ni dah ade…hahaha…ramai dah pon QH tengok yang mencubanya…pelbagai versi dan deconya yang tersendiri…


Kek yang QH buat ni agak simple saje…tapi tetap nampak mewah…semua bahan2 memang dah tersedia ade di rumah…resepi kek ni QH ambil dari blog Juwita@JuwitaFaris and Family…terima kasih yer…QH nak kongsikan pula resepi ni di sini pula…diam tak diam dah 2 kali QH buat kek ni…selang seminggu aje…pertama kali QH buat…tak sempat nak snap gambarnya…pastu minggu berikutnya QH buat lagi dengan deco yang sama saje…pada QH resepi kek ni tidak la terlalu manis…sedang2 saje rasanya…suka la dengan resepi ni…


Ok kenapa QH kata kek yang QH buat ni simple tapi mewah??? Tengok saje la bahan yang digunakan seperti di bawah tu…senang dan mudah…kalau nak lagi mewah boleh la dipelbagaikan lagi bahan2 hiasannya tu…cara deco yang QH buat ni mengikut bajet bahan yang QH ade…kalau nak tengok deco kek versi macam Juwita juga boleh…sila klik di SINI yer…selamat mencuba ye semua…


Kek Black Forest
By: Juwita@Juwita Faris andFamily

Resepi Chocolate Sponge Cake
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.




BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan



BAHAN C:

* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci

Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.




CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:
Non Dairy Whip Cream
Filling blueberry
Buah cherry bertangkai secukupnya
Coklat compound
Coklat Cadbury yang telah dihiris kecil2

Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul non dairy whip cream hingga kental, ringan dan gebu. Jangan sampai terlebih pukul.
3. Paipkan fresh cream ke atas lapisan pertama kek. Buat secara berselang seli dengan filling blueberry.
4. Kemudian taburkan coklat cadbury yang telah dihiris kecil2 tadi.
5. Letakkan lapisan kek kedua di atasnya. Ulang proses yang sama seperti di no. 3 dan 4.
6. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu fresh cream di seluruh kek.
7. Tabur coklat cadbury parut di tepi kek. Guna coklat biase pon boleh. Ikut citarasa.
8. Pastu boleh la deco ikut kemahiran sendiri.
9. Untuk buah cherry bertangkai tu, QH celupkan dengan coklat terlebih dahulu.



Monday, April 22, 2013

APAM BERAS TRADISIONAL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Apa khabar semua?? Macam mane cuti hujung minggu hari tu…seronok tak…minggu ni QH tak ke mane2 pon…menghabiskan masa dengan menjalankan rutin mingguan dan membaca novel…hehehe…kalau diikutkan dah lama juga tau QH tak membaca novel ni…lagi2 la sejak berblog ni…masa amat terhad sekali…tapi disebabkan penangan cerita kat TV3 setiap hari jumaat malam tu…Sebenarnya Saya Isteri Dia…mula2 cerita tu ditayangkan QH tak tengok pon…sebab takde kat rumah…masuk minggu ke 3 tu baru la berpeluang tengok cerita tu sampai habis…haiii best la pulak…rupanya cerita tu dari novel…apalagi terus saje nak dapatkan novel tu…tapi bile tengah hangat ni novel tu memang takde stok la kan…dah satu kerja merata mencari novel tu…kesudahannya dapat la di MPH JJ Wangsa Maju…masa nak membayar tu lucu jugak…bukan QH saje yang berminat dengan novel tu…rupanya ramai duk berkepit dengan novel tu…dah memasing tersenyum2 masa beratur nak bayar…hehehe…pengaruh TV betul la ^__^



Sekarang ni dah habis baca novel tu…so insyaAllah takde gangguan lagi untuk berblog…kalau tidak selagi tak habis baca novel tu…nak buat kerja lain pon takde mood…hehehe…tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya…


Jadi sekarang boleh la ke resepi pula ye…kalau tengok di wall FB QH dan group yang QH join...ramai pula yang menayang kuih apam beras…berwarna-warni…cantik saje mata ni memandang…ade yang mekar…ade yang biase2 aje…jadi hari ni QH pon nak ajak juga la kawan2 semua mewarna…hehehe…sesekali bermain dengan warna ni syok tau…


Resepi Apam Beras ni QH ambil dari blog Kak CT@Dari Dapur CT…terima kasih ye kak…kali ni QH nak kongsikan resepi ni di blog QH pula…resepi apam ni juga turut dimuatkan dalam majalah Rasa edisi April 2013…Tahniah ye Kak CT…akak sememangnya layak…semoga lepas ni akan terus lagi sukses dan berjaya lagi…


Apam beras ni sedap juga tau rasanya tu…bile dimakan dengan kelapa parut tu bertambah sedapnya bile kelapa tu ade rasa masin2 sikit…hehehe…itu pada citarasa QH la kan…orang lain tak tahu la macam mane…sangat berbaloi la mencuba apam ni…satu adunan dapat banyak jugak kalau dibuat comel2 macam dalam gambar…untung bisnes sangat menguntungkan…hihihi…jika ade lebihan nasi semalam tu bolehla tukarkan nasi tersebut kepada apam ni...sila la tengok resepi dibawah tu yer…


Apam Beras Tradisional
By: Kak CT@Dari Dapur CT

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan

pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam



Cara-cara:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.