Thursday, February 20, 2014

PROSPERITY BURGER (ROTI BUAT SENDIRI)



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Sekarang tiba mood untuk meroti pula...memang musim kot sekarang ni...mana tidaknya memasing menayang roti yang dihasilkan sendiri di sana sini...kalau buka FB tu pasti setiap hari ade je yang post gambar roti yang gebus gebas tu...tak percaya tengok FB masing2 sekarang ni...hehehe...maunya tak jelas dibuatnya tengok gambar2 roti yang sebegitu kan...hehehe...haruslahkan...


Jadi apalagi...menyenaraikan diri untuk sama2 meroti la pulak...hihihi...kebetulan memang teringin nak makan prosperity burger buatan sendiri...sebelum ni QH pon dah pernah buat sendiri juga...tapi roti tu QH beli yang dah siap je...boleh tengok di SINI yer...kali ni mood ade lebih rajin sikit...jadi rotinya buat sendiri...resepinya QH ambil dari blog kak Azlita...resepi asalnya dari Kak Ros...terima kasih pada Kak Ita dan Kak Ros kerana berkongsi resepi tersebut...

Kali ni QH buat roti tidak menggunakan breadmaker (BM)...sebab meragam la pulak BM tu bila dah lama tidak digunakan...kira2 dekat setahun lebih jugak la BM tu tersimpan je...jadi QH uli roti ni menggunakan mixer jer...hampir dekat sejam juga mengulinya...yang lain QH ikut seperti yang Kak Ros ajar tu...roti tu menjadi dengan berjayanya...InsyaAllah jika dibuat dengan kasih sayang ^_^


Untuk sos lada hitam pula QH masih memilih resepi dari MyResepi@AcikYarn...resepinya memang sesuai dengan citarasa QH...jadi belum nak mencuba dengan resepi yang lain buat waktu ni...kalau tengok pada resepinya...nampaklah banyak bahan yang nak digunakan kan...tetapi bahan2 tu semua memang biasanya ada tersedia disetiap rumah masing2...jadi tak pening kepala nak cari bahan2nya...tengok pula pada cara nak memasak sosnya tu...nampak macam rumit je kan tetapi sebenarnya senang sangat je masak tu tau...sekejap je dah siap masak...rotinya tak siap lagi tak kuahnya dah siap dulu...sementara menunggu roti tu naik berkali2...QH siapkan kuahnya terus...lepas tu masak daging burgernya pula...macam mana senangkan...jadi jom beramai2 buat prosperity burger sendiri...pasti berpuas hati dengan hasilnya...selamat mencuba yer...  


ROTI BURGER
Sumber Kak Azlita 
Resepi asal Kak Ros Jintanmanis

Bahan2
250 gram tepung high protein atau  tepung roti
50 gram tepung gandum ~ ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gm tepung roti terus
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk gliss pd roti
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam ~ ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus
1 sudu kecil bread improver - ita tambah
1 sudu kecil softener - ita tambah
Boleh juga sekiranyer nak letakkan water roux

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ~ kilat nnt roti tu


Caranya
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

Jika ingin buat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

Untuk roti prosperty
Ita buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4 roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6. 
Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga dough naik 2 kali ganda
Kelar atas roti dengan pisau yang tajam
Sapukan gliss
Taburkan lada itam yang di tumbuk halus (QH tambah biji bijan putih)
Kemudian bakar.


SOS LADA HITAM

Bahan2
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu) – QH guna bawang holland
sebiji tomato (potong dadu) – QH tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato – QH guna sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby) – QH letak 1 sudu kecil + sedikit air


Caranya
1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap.


Bahan Prosperity Burger
Roti burger secukupnya
Daging burger oblong Ramly (daging/ayam)
Sos lada hitam
Bawang Holland (dihiris bulat)
Daun salad

Cara penyediaannya
1. Masakkan daging burger di atas pan sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing.
2. Roti burger di potong 2 dan bakarkan sekejap permukaan di atas pan.
3. Ambil bahagian bawah roti dan letakkan daun salad.
4. Kemudian celupkan daging burger ke dalam sos lada hitam. Letakkan di atas lapisan bawah roti tadi.
5. Susun bawang di atasnya dan tutup dengan lapisan roti bahagian atas. (jika suka boleh tambah tomato)
6. Siap untuk dinikmati.


15 comments:

mia izzati said...

eh eh kagumnya akak buat roti tu cantikkk...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, wahhhh bestnya buat sendiri. sheila mohon share dekat fanpage ye. nak bookmark. mana tahu ada masa boleh cuba resepi QH ni.. lawa betul bentuk roti homemade QH tu.. takda buat kelas memasak ke? hiewhiew, berminat ni ~~~

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Elok gebus roti tu QH... Musim panas ni memang cantik roti ni naik......

umi's cup cake said...

Sedap dan menarik sangat..

Gee® said...

Nak burger 2 ketoi... lapaaar

Bbwana adienia said...

salam QH..

alahai, bestnya makan prosperity burger ni..paling best homemade pula tu..nak juga QH!!huhu..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

jimat duit tak payah susah-susah nak gi McD.

jamiah tulisman said...

sedapnyerr prosperity burger..tak pernah terpikir pun boleh buat sendiri..selalu beli kat MCD jek..memang suka sangat burger ni..sedap dgn sos lada hitamnye..pedas2..nak try gak roti QH ajar tu..cantik jer roti tu..

cheq da said...

Bestnya dapat buat sendiri...

Suzana Ibrahim said...

What a nice and best blog(sebenarnya dah lama jadi silent reader!),so saya teruja jadi follower ke-648.selamat berkenalan.. hope qasey honey sudi jadi kawan di dapur saya pula.THANKS!.

rahel said...

Sedapnya...salah satu bugger kesukaan gue...nyum nyum...boleh cuba ni..tq share resepi..

Norma NML said...

Salam kenal..

sedapnya...boleh la cuba nanti

Jom ke blog akak kiranya sudi. Thks

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Bada Ariff said...

salam perkenalan

bestnya pandai buat roti

Kak Nita said...

Salam QH....
akak ni belom pass lg bab2 meroti ni ..teringin jugak nnt nak try resepi ni...doaka kita ya...moga2 gebusss camni nnt...

Nizam Musa said...

peh..lazatnye...cuba try buat burger inti cheese pulak...inti jem strawberry ke..guna Stufz..senang je nak buat..boleh tgk bende tu kat http://bit.ly/stufz-malaysia