Thursday, January 26, 2012

PROSPERITY BURGER

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Selamat bertemu kembali yea teman2 sekalian dan selamat menjamu mata ye...hehehe


Sebelum terlupa dan terlambat…QH nak mengucapkan tahniah kepada Kak Ucu Faridah dari blog Ucu Bakery kerana dengan jayanya telah terpilih untuk masuk ke dalam Majalah Rasa Februari 2012…QH tumpang gembira bile teman2 dari dunia blogger masakan ni telah terpilih sorang demi sorang dan hasil karya masing2 dihargai oleh editor atau wartawan majalah2…nampaknya semakin ramai dah di kalangan blogger masakan yang ke udara di majalah tempatan…lepas ni giliran siape la pula yek…


Kali ni menu yang QH nak kongsikan Prosperity Burger pula...senang jer menu ni...bahan2 pon tak banyak...boleh berkali2 lagi nak makan...QH suka menu ni...kalau makan atau beli kat McDonald@Mcd...tupon ade pada musim perayaan tahun baru cina aje...baru keluar menu ni di Mcd...memang la sedap...setanding la pula dengan harganya yea tak...tapi kalau sesekali ape salahnya...tapi biasenya akan jadi berkali2...hehehe


Tapi sekarang ni bile dah berblog...kena cuba2 la buat sendiri...lepas tu tak kira masa atau musim kita boleh makan prosperity burger ni kan…tapi QH buat sosnya aje...hihihi...kalau nak buat rotinya tu...kat rumah belum ade breadmaker@BM lagi...tapi akan diusahakan untuk mengadakannya...nak uli roti menggunakan tangan...tak berani pulak nak mencubanya...nanti membazir rasanya kalau tak menjadi...resepi kalau menggunakan yis ni memang QH tak pandai...tak geti nak agak2 yis tu dah ok ker tak...tu semua masih dalam pembelajaran lagi...hihihi


Kepingan daging burger...QH guna dari Pak Ramli...Burger Oblong Klasik Ramli...banyak terdapat di pasaraya2 terkemuka...hahaha...takde la...gurau aje...tapi senang untuk dapatkan produk Pak Ramli ni…kalau tak jumpa jenama lain pon ade… 



Untuk sos lada hitam pula…QH ambil dari MyResepi…pening jugak QH masa nak memilih resepi sos lada hitam…sebab banyak sangat versinya…semuanya nampak sedap2 lak tu dan dah ramai jugak yang mencubanya…tapi akhirnya QH ambil keputusan untuk ikut cara dari MyResepi@Acik Yarn ni…betul2 kena dengan selera QH…berkali2 jugak QH dan hubby memuji hasil sos ni…sos ni pon sesuai juga kalau nak buat sos untuk chicken chop…pada yang empunya resepi ni Acik Yarn...QH nak minta izin untuk share pula resepi ni di sini pula yea…terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni…tengok ramai jugak yang memuji2 resepi sos awak ni…


PROSPERITY BURGER

Bahan2
Roti hotdog
Burger ayam/daging oblong klasik Ramli
Bawang besar kuning - dihiris


SOS LADA HITAM

Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)



Cara-cara
1.     Cairkan butter dengan api kecil.
2.  Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.   Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.  Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.   Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.   Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.   Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..




2 comments :

hazila said...

Salam,
Baru semalam berkira kira nak makan prosperity burger ni. Lagi best kalau buat sendiri kan...

Qasey Honey said...

hazila...
wslm...yea la lg puas sdri bikin sdri makan...hehehe...nk buh byk mne pon ikut suka..bleh save bajet...hihihi