Wednesday, May 22, 2013

GULAI IKAN TONGKOL

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Baikla hari ni sambung untuk mengupdate set Nasi Dagang yang QH dah tayangkan dahulu sebelum ni…saje nak membanyakkan kerja…agaknya la kot…hehehe…ye la kadang ade yang nak makan nasi dagang ni dengan lauk yang berbezakan…maklum la selera kita juga pon berbeza…ade yang lebih gemar makan nasi dagang ni dengan lauk kari atau gulai ayam, telur pon boleh…QH pernah jumpa dengan kari daging pon ade…tapi kebiasaannya dengan lauk ikan tongkol la kan…tu yang bila mengupdate blog ni QH mengasingkan nasi dengan lauknya…gandingan lauknya boleh pilih ikut pilihan sendiri…kebiasaanya pon kalau QH membeli nasi dagang lebih gemar makan dengan lauk kari ayam…hihihi…


Tapi bila dah masak sendiri ni…teringin la pula makan dengan Gulai Ikan Tongkol…resepinya QH ambil dari blog yang sama juga iaitu blog Kak Madihaa aka Kak Ratna…terima kasih sekali lagi yer kak…nampak sangat menyelerakan gulai ikan tu…lagi satu sebab teringat semasa ke Terengganu dulu makan nasi dagang ni dengan kari ikan tongkol alahai sedapnya…tapi gulai ni versi Kelantan yer…kalau versi Kelantan ade sambal keringnya tu tapi QH tak buat…sebab pada QH dah cukup dah setakat gulai ikan dan acar timun sebagai lauknya…ni versi tak berape nak lengkap la ni…nak tengok set lengkapnya sila singgah ke blog Kak Madihaa tu yer…


GULAI IKAN NASI DAGANG (versi Kelantan)

Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka (QH tak letak)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin) 
MaDiHAa tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan) (QH tak letak)
MaDiHAa tambah 1 sudu besar gula merah



Bahan kisar 

2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air

Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.


Untuk acar timun ni pula QH ikut cara yang biase QH buat dan QH pernah kongsikan resepi ni di blog tak lama dulu…

ACAR TIMUN

Bahan2
1 biji timun jepun – lebih pon boleh
1/2 biji lobak merah
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
2 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
Sedikit garam
Air kapur secukup 

Caranya
Bawang besar dan lobak merah dimayang halus.
Hiris nipis timun secara bulat dan tak perlu buang bijinya sebab timun jenis ni tak banyak biji.
Hiris nenas dan pastikan buang bahagian tengahnya.
Bersihkan dan rendamkan bahan2 hirisan tadi ke dalam besen bersama dengan air kapur secukupnya.
Lebih kurang 30minit. Tujuan untuk membuatkan sayur tu semua rangup bile dimakan.
Bersih dan tapiskan sehingga kering.
Gaulkan bersama gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Rasa dan jika dah ok sedia untuk dihidang.


18 comments :

Gee® said...

Mengancam !!

Asyifa Mustaffa said...

mcm tu je ye buat kuahnya...kut la ada guna serbuk rempah ke....bole cuba nnti ni....:-)

Bbwana adienia said...

salam QH..

gulai tu nampak mengancam..dan makan acar timun tu memang sedap..suka makan acar timun..

:: Mrs.Eady :: said...

aaaa....sedap nyer!

Evelyn Gemina said...

Assalam & gud morning kak QH, mmg sedap makan ikan tongkol masak cam ni kan, nak nasi lebih ya, hehe

Mori Said said...

Yummyy nyer...

ady said...

as-salam
ikan tongkol mmg favourite saya..sedapnye..

Balqis Nazid said...

suka sangat kari ikan tongkol.. makan dengan roti pun sedap...

norhidana miswan said...

hehehe agak2 akak percaya tak dana tak penah msk ikan tongkol dh bertahun lama nyer, kt umah skrg nih adik2 tak minat ikan tongkol... kalu ada pun beli gulai tongkol yg sekali ngn ns dagang..

Sury Abil said...

Kecur le tgok gulai tu...faveret ni..mkn ngn nasi putih pun ok..:-)

zana fahmi said...

Salam QH, lama tak jengah dapur ni.
Ikan tongkol ni kena reneh kan? Kalau tak dia keras, kakpb tak berapa suka. Tp bila dah hancur2 baru selera nk mkn:-)

Mayang ABDUL RAZAK said...

oo tak de complicated sgt ekk .... sedapnyer QH.. lg dalam bungkusan daun kelapa...

Ally said...

Saya rasa kalau nak makan nasi dagang kena pegi kelantan atau trengganu.
Kalau kat tpt lain kick dia jadi kurang. Tak tau kenapa.
Apa pendapat u? ;)

Shiela said...

Sedap sungguh yunk.. Terlior akk nengok..

rahel said...

sedapnya gulai ikan tongkol....nasi dagangnya mana?

zila norazila said...

ikan tongkol ada 2 ekor kt peti ais akk tue..nnt balik klu rajin bolelh buat..:)..nampak sedapp

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lepas ni nak buat nasi dagang.. boleh try resepi gulai nasi dagang cara Terengganu pula ye QH.. resepi mak akak ada akak kongsikan juga kat blog.. pd pendapat ikhlas akak.. akak lebih suka gulai cara Terengganu.. lebih 'bangkit' kata org ganu... hehehe...

Anonymous said...

Thanks for sharing....sedap....i dah cuba...