Thursday, March 28, 2013

TEMPAHAN : RAINBOW CAKE


maaf gambar agak kurang memuaskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu kembali…semalam sepatutnya QH nak bersiaran tapi sampai opis baru perasan yang lappy tertinggal kat rumah…nak berpatah balik itu memang tidak mungkin akan terjadi la kan…walaupon sekarang ni musim cuti sekolah tapi keadaan jalan di KL ni sama saje…hari2 jem jugak…sebab orang yang bekerja tetap keluar bekerja seperti biase…hehehe…lagipon orang dulu2 cakap tak elok jika berbuat begitu…patah balik ke rumah jika ade barang yang tertinggal...


Hari ni QH nak tayang kek yang dibuat a.k.a ditempah bersempena perhimpunan bulanan di opis QH…bukan semalam tau tapi dah dekat 2minggu lepas…biase la…muncul diblog ni memang lambat sikit…hehehe…kebetulan masa tu bahagian QH yang menjadi hos merangkap urusetia…jadi QH nak buat rainbow cake…dah lama tak bermain dengan kaler rainbow ni tu yang jadi gian…hehehe…sebab utamanya juga bila setiap kali perhimpunan asyik kek coklat la, vanilla la macam dah biasa sangat…masa ni la nak tunjuk kepandaian yang memandai la kononnya dalam membuat kek…hehehe…lagi pon kat opis QH ni ramai yang tak tahu QH ade blog masakan…cuma orang tertentu sahaja…

sesekali nak interprem...hehe..

Nampaknya ramai juga yang berpuashati dengan kek yang QH hasilkan tu…tak tahu la mungkin depan cakap sedap kot…belakang sebaliknya mungkin…tapi kita harus berfikiran positif…kalau nak tegur pon ape salahnya…QH akan terima dengan hati yang terbuka + sentap sikit kot…hehehe…jika takde teguran mane tahu kesilapan yang ade tu kan…jadi boleh la diperbaiki di masa akan datang…macam biase deco kek QH takde la kedebabommm meletop…deco yang simple sangat…tapi menarik sangat pada pandangan mata ni…hahaha…siap2 masuk bakul angkat sendiri okehhh ^__^


Resepi rainbow cake ni QH ambil dari blog Rahel@I Love Cake…terima kasih Rahel…dah 2 kali QH menggunakan resepi yang sama…boleh tengok di SINI yer…mudah dan sedap resepi ni…2 biji kek yang bersaiz 8” ni QH gandakan resepi di bawah ni 4 kali ganda…pastu baru la bahagikan mengikut berapa warna yang nak dibuat…cara yang QH gunakan senang saje…QH adunkan sekali 4 adunan ni dalam mangkuk yang besar…malas nak banyak kali…memudahkan kerja…tapi jika was2 jangan buat yer…buat satu persatu…bile dah siap diadun tu…QH bahagikan kepada 6 kaler pula dan bakar satu persatu kaler tersebut…lepas tu bile kek dah sejuk baru la QH bahagikan kek tersebut kepada 2 bahagian…jadi dapat la 2 buku kek…siap dan deco la ikut citarasa…mudahkan…  


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
By: Rahel@I Love Cake
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}, diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:

1. Griskan acuan bulat 6". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2. Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
5. Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan.
6. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.


Untuk creamnya pula seperti biasa QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream. Tapi kali ni QH mencuba dari jenama Vivo pula. Untuk 2 biji kek ni memang cukup 1 kotak FC tu digunakan sepenuhnya. Fresh cream ni pon sedap dan tak muak. QH tambahkan 2 sudu kecil perisa oren untuk menyedapkannya lagi.

Pukul adunan Non Dairy Whipping Cream dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau diterbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.

Lepas tu boleh la melepa kek keseluruhannya sehingga rata. Untuk deco kek seperti dalam gambar, gunakan spatula atau belakang sudu dan tarik2kan fc tersebut sehingga siap. Simpan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.

25 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, berapa harga kek ni? sheila teringin nak tempah untuk suami. lagi 1 minggu birthday beliau. first time nak sambut sebagai isteri ni. hoho. bestnya, QH pandai masak. nak belajar tapi tak confident :)

mama sara nur said...

assalam QH
wah cantikkkkkkkknya kek rainbow
tuannya pun manisss

tun_telani said...

bestnyerr!!! tun xbuat lg rainbow kek nih. ada 2 bijik loyang je kt umah yg sama saiz, x sanggup rasanya nk ngadap satu2 layer tu. hihi
ps: cantiknyer baju akak.

anna alaui said...

aah org tua ckp tak baik patah balik..xtau la sejauh mana kebenarannya..hehehe...

btw, kek tu mmg ohsem..:)

Tina Othman said...

nyum, bestnya rainbow kek, lama tak mengekek, rindu lah pulak tapi kalau buat takde org makan pun

comel je kaler pink dgn biru

Azie Kitchen said...

QH, utk sebiji kek, kiranya guna berapa adunan? Share sikit mcm mana mewarnakan non dairy whipping cream tu

JaSSNaNi said...

perghhh QH.. serius cantek kek tu.. tapi lagi berkenan tang tudung and baju model yg pegang kek itu... lawaaaaaaa laaaaa.. berkenan cekk..!

:: Mrs.Eady :: said...

wahhhhh...

Mas Sani said...

Dgr qh celoteh je dh membayangkn yg kek tu pasti sedap. Dah lama teringin nk mkn tp smpi skrg xdpt sbb hajat nk buat asyik tbntut je hihii alasan sungguh! Tgk resepi mcm mudah bhnnya...haish kena try juga ni

Mas Sani said...

Dgr qh celoteh je dh membayangkn yg kek tu pasti sedap. Dah lama teringin nk mkn tp smpi skrg xdpt sbb hajat nk buat asyik tbntut je hihii alasan sungguh! Tgk resepi mcm mudah bhnnya...haish kena try juga ni

~ayusleeping~ said...

wah, cantik nya kek...boleh order nih

norhidana miswan said...

naper takde gamabr yg dh potong kek nyer kak? nk tgk dlm tuh... apa salahnyer sesekali tayang skill kan kak... comei akak berpeplum tuh...

Shiela said...

Waaa.. Sweetlaa colour dia yangg.. Suker suker..

Cheq Sue said...

sedondon baju dan keknya... he he he... saya pun teringin nak cuba rainbow kek rahel ni sebab takyah nak asingkan telur putih dan merah tu..

Nieda ramly said...

lawa baju biru QH.
Org tunjuk kek akak tengok baji hihihi

Nieda ramly said...

lawa baju biru QH.
Org tunjuk kek akak tengok baji hihihi

Asyifa Mustaffa said...

x penah try lagi buat kek ni....seru x sampai....huhuhu....

inahar ali said...

wahh..cantik ape deco QH wat tu..simple & nice!! nk minta pun dh abihh ek..hehe!

rahel said...

Salam....
Ada orang kat umah? Nak order kek pelangi pink...

Nur-nba said...

Nak juga puji baju QH yang cantik tu.. Rasanya dah ramai yang tegur baju tu... ;)

Skill QH memang hebat..nampaknya lepas ni banyaklah tempahan..

Bbwana adienia said...

kek yang simple tapi cantik..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh.. rajinnyer... 2 kek sekaligus! tahniah... kalau akak mau la kena ambil cuti sehari nak siapkan kek.. kekekeke...

Rohah said...

salam QH,kek ngan orangnya sama cantik..

Ayu said...

Assalam QH,
wah dah ambil tempahan ya..eh ke dah lama ambil eh?..heheh apa2 pun congrats2..semuga more order to come for you dan bolehlah jadi side line at the same time practice kan dear..:)

Azie said...

QH,
Mcm mana buat tulisan Happy Birthday tu. cantik