Friday, October 5, 2012

BESDAY REZA & RAINBOW CAKE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Cakkkk…QH kembali untuk bersiaran pada hari ni…
Dah beberapa hari sudah blog ni ditinggalkan dan tak terupdate…ade beberapa perkara yang menyebabkannye jadi begitu sejak kebelakangan ni…salah satu line tenet yang sangat tidak memuaskan dan pc di opis pula entah kenapa buat perangai pula minggu ni…padahal di draf banyak resepi untuk dikongsikan…makin bertambah bilangannya…


Entri ni sepatutnye QH nak update dari hari Isnin hari tu lagi…tapi tertunda2 disebabkan masalah di atas tu…line tenet tu kejap ok kejap tak…sudahnya jadi malas dah nak melayan…tutup terus…tapi hari ni kena update jugak walau pon line tenet masih problem…punya la lama nak menyiapkan entri ni…refresh berkali2…aduyaiii sabar je la kan… 


Pada hari Ahad lepas…bff QH yang bertudung kuning tu ade buat majlis harijadi untuk anaknye yang ke-4 tahun…jadi bertemu la kami bertiga ni kembali…kedua2nya adalah bff QH…bukan senang untuk kami bertiga berjumpa walaupon sebenarnya jarak antara rumah kami tak la jauh mane pon…tapi disebabkan masing2 ade komitmen dan hal masing2…yang dekat pon terasa jauh…hihihi…dulu sebelum QH posting ke tempat baru ni…kami selalu jugak keluar lunch bersama…tapi dah jauh sikit ni memang agak sukar la nak jumpa macam dulu2…


Ohhh yea…bff QH ni ade blog juga tau…QH tengok dia pon dah update dah mengenai majlis harijadi ni…cuma tak sempat lagi Qh nak komen2…kalau nak tengok dan follow blog dia boleh klik di SINI yer…


Sempena majlis harijadi tersebut kawan QH ni adalah membuat permintaan untuk menempah kek harijadi anaknye tu dengan QH…kek yang diminta tu adalah Rainbow Cake…nak menolak tak sampai hati la pula…sebab QH bukan pakar dan pandai sangat pon untuk mendeco2 kek yang cantik seperti blogger2 yang lain…tengok la kek yang QH buat tu…terlalu simplekan deco keknya tu…setakat tu saje yang mampu QH buat…terasa pula untuk pergi ke kelas…untuk belajar teknik dan cara mendeco kek yang betul…


Untuk membuat keknye tu mungkin takde masalah la kot…bab bermain dengan cream tu yang QH tak mahir…cream atau buttercream memainkan peranan yang penting dalam membuat kek ni…kalau setakat untuk makan2 sendiri takde masalah…tapi bile memikirkan selera dan citarasa orang lain tu yang agak merunsingkan sikit…takut juga nanti ade yang berasa muak ker…manis sangat ker krim yang kita gunakan tu dan macam2 lagi la…


Semasa tengah mengedit sikit2 gambar2 kek ni…terfikir la pulak…kenapa la teruk deco kek ni…atas buh gambar superman yang gagah perkasa tapi bahagian bawah kek tu ade rumput2 hijau la pulak…hehehe…macam tak kena langsungkan…sendiri tengok pon malu kek tu rupanya macam tu…tak tahu ape motippp deconya begitu…hahaha…tema besday hari tu spiderman…


Tapi takpe la dah lepas pon hari tersebut…keknya pon dah habis licin…betul tak Mamaleen…bff QH cakap kek tu sedap dan creamnya tak muak langsung…untuk creamnya tu QH menggunakan Non Dairy Whipping Cream…sangat halus dan sangat senang juga untuk melepanya…lain kali kalau buat kek lagi QH nak menggunakan cream tersebut…pertama kali juga QH buat kek menggunakan cream ni…mudah dan cepat disediakan…


Biasa kalau buat kek rainbow ni QH menggunakan resepi dari Kak Wan@Citarasawan...nak tengok resepinya di SINI, SINI, SINI dan SINI…tapi kali ni nak bertukar selera pula…QH menggunakan resepi kek dari Rahel@I Love Cake pula…tak cuba tak tahukan macam mane pula hasil dan rasanyakan…walaupon pada mulanya agak was2 juga…takut tak jadi…hehehe…tapi ternyata silap…takde apa2 masalah pon buat kek ni…jadi dengan sempurnanya…

Untuk kek ni QH buat sebanyak 1 setengah adunan untuk kek barsaiz 8inci dengan 6 kaler…kalau nak buat 7 kaler dengan saiz yang sama…buat la 2 adunan…mesti kek tu lagi cantik ketebalannya…jangan tak tahu…QH pon turut merasa sepotong kek ni…memang sedap dan lembut…ditambah pula cream yang sedap tu…waduhhh bertambah2 sedapnye…tak tipu tau…tak percaya jugak…kena la cuba yer…hihihi

Rahel mohon untuk dikongsikan pula yer resepi kek yang sedap ni disini pula…terima kasih banyak2…jom tengok resepinye tu yer…selamat mencuba…



Rainbow Cake/Kek Pelangi
By: Rahel@I Love Cake
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:

1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.



Untuk cream QH menggunakan Non Dairy Whipping Cream…QH buat ikut cara Kak Azlita seperti di bawah ni…

 Sumber gambar dari Kak Azlita@Masam Manis
“Untuk creamnya pula ita gunakan NonDairy Whipping Cream jenama Rich kotak warna biru. Sukatannya pula 2 cawan non dairy cream campur dengan 1 cawan susu. Kalau tak suka susu boleh gantikan air atau jus. Tapi pastikan jus tu tak de warna sebab nanti tak dapat pula warna putih.

Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan terlebih pukul tau! janji ia nampak lembut. kalu terbalikkan bekas tu dia tak jatuh.

Kalau nak gunakan buttecream pun boleh atau apa-apa cream lain yang dirasakan sesuai dan menepati selera anda dan keluarga”.


24 comments :

yan's cottage said...

salam QH....
cantik kek pelangi tu....kalau rumah QH dekat dengan rumah yan pasti yan tempah punya he heeee..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam QH..happy birthday tuk Reza.Cantik & nampak sedap kek rainbow yg QH buat tu,Klu k.atie lg teruk deconya kot.hilhik

Zee Suhaini said...

Heppy Besday Reza....terliur plak tengok rainbow kek tu..mesti sedap ni..

Kakcik Nur said...

Rupa tak melambangkan rasa, kan?

Tapi di mata kakcik, kek itu nampak cantik je. :)

mama leen said...

memang sedap kek ni... bahagian yang last tu reza makan sorang.. sedap sangat kot.. tq ye Qasey.. nanti boleh order lagi... hehe

mama leen said...

tema keknya ialah.. spiderman jatuh atas rumput... haha

:: Mrs.Eady :: said...

waaaa...sedap nyer kek!!

CT Delima said...

As'salam QH

cantik dan kemas kejadiannya, pandai QH buat. kalau k.ct emm apalah jadinya nanti hehehe. Masih belum cuba lagi buat rainbow cake ni..nanti2 lah nak cuba juga :)

Rohah said...

cantek je Qh..janji sedap..

HALAMANKU said...

Salam QH.. cayalah.. tak gi kelas deko pun erma tgk sangat cantiq n kemas.. walau akak kata tak tau cama rumput tu blh terjebak tapi erma tgk menaikkan seri ngan keliling putih.. memang cantiq n nampak sedap kek rainbow tu.. memang sesuai deko yang simple tu... memang terbaaeeekkk.. eh byk lah komen tentang kek cam juri lak he he he he

rahel said...

Cantek banget keknya...i jeles tau...erm..dapat tengok gambar jer..

mama sara nur said...

asslam qh
cantik kek besday tu

norhidana said...

cantik kek akak tu.... walaupun deco simple, msti sedap kan lg2 bile mkn kek warna warni tuh

ady said...

as-salam QH
Very rich & luscious looking RAINBOW cake...

ibh_sue said...

Asslmkum QH..
Lawooo la deco kek tu. Kalau sue la yg buat tu ntah mcm mana lah rupanya..Maklum la tgn keras..Hee

zila norazila said...

nampak sedapp QH...akk pun x reti nk deco2 jgk.:)yg penting diorg puas hati kan:)

ibundo said...

bundo ni nengok je la orang punya rainbow cake. Nak buatnya ntah bila...

Mamasya said...

Aslmkum QH. suka tengok kek rainbow ni.....berlapis2 warna-warni menarik.kek pun sesuai dekonya utk kanak2....

inahar ali said...

wowww kek rainbow yg sgt menawan kalbu..meletopss gitew!!

Bicara Kak Noor said...

rajinnye QH buat kek ni akak dah lama teringin nk buat tapi memandangkan berlayer2 macam tu takut jugak tak jadi jahanam semua bahan,menunggu kekuatan diri ni dulu dan bila jeles dah menebal nnt pasti akak nak buat jugak heeee

Naz / Nadz COSK said...

Wahhhh...cantik dah kek tu.. Ok ape tema spiderman dan ada rumput2 tu. Maknanya spiderman berpijak di bumi nyata tu.. Kalau terlepas webnya tu, pasti jatuh ke tanah di atas rumput jua..hahahaaa...ngarut jer kan..

Amie said...

Happy birthday Reza... seronoknya dapat potong kek hasil air tangan ibu!

IntaNBerliaN said...

wah bestnya... meriah je nampak...

kek tu terlebih2 la meriahnya.. dgn colourful.. sedap je :-)

Anna Qawina said...

Cantiknya layer kek...kemas je