Wednesday, October 31, 2012

AYAM LAKSAMANA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi kita pada hari ni…entri hari ni juga dibuat secara autopost…tu yang dapat bersiaran seawal pagi macam ni…malam tadi dah QH siapkan…kalau tidak tak tahu la waktu bile QH dapat bersiaran nanti…silap2 dan boleh jadi…besok la baru kita berjumpa…pagi ni QH ade taklimat…kalau tak silap mengenai harta baitulmal…nampak sangat tak prihatinkan…sampai lupa ape nama taklimat tu sepenuhnya…dapat surat tu terus simpan kat tray…hehehe…harap nanti dapat la QH mengutip sedikit ilmu yang dikongsikan tu nanti…jangan tertido sudahhhh…hahaha


Baik la…hari ni QH nak kongsikan pula lauk untuk nasi serai yang QH kongsikan semalam…sesaje aje buat begitu…ala2 perasan biar ade yang tertunggu2 dan tertanya2 ape la agaknya lauk yang QH gandingkan bersama dengan nasi serai tersebut…hehehe…dengan cara tu jugak dapat la memperbanyakkan sikit entri di blog ni…hahaha…ade2 ajekan…selain tu ade 1 lagi lauk yang QH gandingkan bersama tapi kalau nak tau...kena la tunggu lagi yea...insyaAllah...akan ditayangkan secara umum pada esok hari...hehehe

Lauk yang QH gandingkan tu adalah Ayam Laksamana…tak tau la laksamana dari negeri mane lauk ayam tu…hehehe…Laksamana Bentan kot dari negeri Johor...hihihi...bile menyebut mengenai laksamana ni…mula la teringat zaman silam ketika di alam persekolahan dulu…


Bersempena untuk menyambut hari guru di sekolah…kelas QH ade jugak terlibat dengan persembahan…kami memilih untuk berlakon ala teater melayu klasik gitu…memang hampir kesemua rakan2 kelas QH masing2 terlalu sporting...sampai sekarang kami masih berhubung di FB...jadi takde sebarang masalah yang timbul untuk bersama2 menjayakan teater ala2 budak sekolah tu...masing2 telah diberi tugas dengan seadilnya mengenai watak dan barang2 keperluan yang diperlukan untuk teater mini tu...

Kami memilih kisah Sultan Mahmood Mangkat Dijulang…berkisahkan mengenai Sultan Mahmood, Laksamana Bentan dan isterinya Dang Anum…beriya2 jugak tau kami menjayakannya…hampir setiap petang kami berlatih bersama…kalau tidak di sekolah…kami akan berkumpul di rumah salah seorang dari kawan2 yang terlibat sama…jangan tak tahu…kami siap buat proses merakam suara dengan menggunakan radio dan kaset saje waktu tu…hehehe…nanti bile teater kami tu berlansung di atas pentas…boleh dibuat secara miming…tak la lupa skrip…hahaha…ramai jugak cikgu2 yang kagum dengan idea kami tu…aduh manisnya saat tu jika diingatkan kembali…


Ok la dari QH terus melalut dan tersasar ke lain…baik la diteruskan saje dengan resepi untuk hari ni… QH terpanggil untuk mecuba resepi ni setelah melihatnya beberapa hari sebelum raya hari tu di blog Kak Madihaa…nampak sedap dan ianya jugak nampak macam ala2 rendang jugak...lagi satu mungkin disebabkan namanya tu jugak tu kot…hihihi…

Jadi untuk resepi ni QH ambil dari blog Kak Madihaa…empunya resepi asal ni adalah Che Mat Gebu…selain tu juga resepi ni telah dicuba oleh Kak Diana…memang sedap dan berbaloi mencubanya…kena betul dengan selera…berulang2 juga la QH makannya…siap meratah lagi lauk ayam ni…hihihi…licin…

Nak cuba?? Resepinya ade dibawah yea…pada kesemua peyumbang resepi yang sedap ni…izinkan QH untuk kongsikan dan memanjangkannya pula di sini yea…terima kasih semua…jom tengok resepi…


AYAM LAKSAMANA
Resepi diambil dari: KakMadihaa
Resepi Asal : Che Mat Gebu
Dicuba juga oleh : Kak Diana@SkyBlueKitchen

Bahan²
1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar²
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut ( nutmeg ) MaDiHaA guna 1/2 sudu kecilnutmeg powder

Cara Membuatnya
1.        Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar² sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap² saja. Angkat dan tos, ketepikan.

2.        Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.

3.        Masukkan ayam dan kismis, gaul rata² dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...


Dibawah ni adalah link menu yang QH gandingkan bersama dengan ayam laksamana di atas:

Nasi Serai


11 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

glup!!

Shiela said...

wahh.. nampak sedap sungguh ayam laksamana ni.. mmg kena sangatlah dengan nasi serai tu

zila norazila said...

salam syg QH..
dgar taklimat tu tau..he hee jgn malas2..ayam mantopppp..nampak sungguh myelerakan tue:)

hazila said...

Nampaknya kena bersila atas tikar baru puas makan ayam laksamana ni kan...

Rohah said...

unik nama ayam ni QH..aha, baru teringat..pernah nampak kat dapur Diana..

sabar dubai said...

Nmpk sedap jeee qh

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Qh...

Grrrr...berapa banyak kali dah kak Naz download blog Qh ni tau.. Internet ni slow tahap siput betul..hhuuhuhuuu..

QH, ari tu kNaz tgk ayam ni kat kak Madiha nyer blog. Ni ada kat sini lak.. Terliur beb.. Rasa nak seluk tangan dalam monitor ni jer nak amik seketul..heheheee..

Marsita yahya said...

Salam Honey sayang...semalam lagi akak nak tanya partner nasi serai tu...tapi hari ni dah ada jawapannya. Lauk yg lagi satu tu acar ke? Lagi satu kacang gajus tu kalau tak nak bak lah sini jgn tabur aje cam tu :)

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
nani singgah sini lagi... tengok ayam laksamana ni plak..
huhuhu.. tengah banyak daging korban ni.. agak2 leh wat daging laksamana gak ni.. ehehehe

mas kitchen said...

Lapar lah tgk ayam nie...btl gak kata Jassnani tu..boleh buat daging laksamana x...?

Yatie said...

Assalamualaikum QH,
menyelerakan sungguh ayam laksamana ni, dah lama akak berangan nak masak mcm ni, tapi tak terbuat2....tentu sedapkan...rasanya nak kena cuba ni....tq...