Wednesday, June 7, 2017

MAGGI GORENG KAMPUNG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan ke-12

Baru beberapa hari berpuasa dah buntu nak masak apa kan...hari2 memikirkan menu apa yang ingin dimasak...nak reka menu tu la menu ni la..haihhh tinggi sangat angan2nya...hehehe...penyudahnya ni la dia menu yang terjadi...stok maggi pon ada boleh la dipelbagaikan...yang penting mengenyangkan...



MAGGI GORENG KAMPUNG

Bahan2
3 bungkus MAGGI perisa kari
1 paket perencah kari maggi
2 biji telur
10 – 15 ekor udang – dibuang kulit
5 ekor sotong
1 keping dada ayam
10 batang kangkung
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 biji cili padi
2 sudu besar ikan bilis

Hiasan
Lada merah – dihiris
Daun sup – hiris halus

Limau kasturi


Caranya
1. Rendamkan mee MAGGI ke dalam air panas. Tidak perlu terlalu kembang nanti mee akan lembik ketika menggoreng. Toskan airnya dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Masukkan telur dan gorengkan hancur. Angkat dan ketepikan.
3. Tambah minyak dan gorengkan pula ayam yang telah dipotong kecil. Goreng sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing.  Angkat dan ketepikan. Asingkan lebihan minyak ke dalam bekas lain.
4. Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau. Masukkan perencah kari MAGGI dan gula secukupnya. Kacau hingga rata.
5. Masukkan pula sotong dan kacau lagi. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan udang dan kacau lagi.
6. Masukkan ayam yang digoreng dan telur hancur. Kacau lagi sehingga rata.
7. Kemudian masukkan sayur kangkung dan kacau lagi.
8. Akhir sekali masukkan mee MAGGI yang telah direndam tadi. Kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika rasa dah ok matikan api.

9. Hidangkan bersama limau kasturi, daun sup dan hirisan lada merah.



No comments :