Friday, June 2, 2017

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Ada peminat sushi ker?? QH takde la nak kata minat sangat...tetapi kekadang selera sesekali nak juga bertukar dan merasa masakan dari negara Matahari Terbit iaitu masakan Jepun...restoran yang biasa menjadi pilihan ialah Sushi King...adalah di antara pilihan yang ada tu menjadi kegemaran QH..antaranya adalah golden balls...



Kali ni QH mencuba buat sendiri pula...iye la tahu2 saje la sepiring golden ball tu dah berapakan...kalau buat sendiri kan dah jimat sedikit...hihihi

Agak mudah je penyediaan golden balls ni...bahan yang digunakan pon tidak la rumit...sesiapa sahaja boleh membuatnya...jom kita semak resepinya yang ada QH sediakan seperti di bawah tu yer...resepi takde sukatan khas...agak2kan sahaja...SELAMAT MENCUBA!!!


SELAMAT MENJALANI  IBADAH PUASA DAN BERSAHUR...


GOLDEN BALLS ala sushiking

Bahan2
Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan salut
Telur ayam* - dipukul
Tepung tempura*
Breadcrumb* secukupnya

Caranya
Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.
Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya.
Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.
Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Kemudian celupkan semula dengan telur.
Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis.
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

Biarkan sejuk dan di potong tengah2nya.


Sediakan pula ketam mayo

Bahan2
Filamen ketam
Mayonis
Garam dan gula secukupnya

Caranya

Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Letakkan di atas telur yang telah digoreng tadi. Siap.


No comments :