Friday, June 17, 2016

AYAM MASAK LADA HITAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Masuk sudah Ramadhan ke-12...sekejapan je masa berlalu...
Nah satu lagi idea menu untuk berbuka puasa dan bersahur nanti...ni hidangan iftar QH hari ke-11 Ramadhan...bulan puasa balik kerja awal sikit jadi dapatlah masak ikut mana yang sempat untuk berbuka...siap2 masak tu pula terus ambil gambar...takde la beriya2 sangat dengan prop bagai...sebab nak kejar masa...hehehe...dah gelap nanti susah pula nak ambil gambar...nipon susah juga nak mengejas kamera untuk dapatkan hasil yang betul2 memuaskan...



Macam biasa bulan puasa ni selera macam2 sikit...semalam tetiba nak makan ayam masak lada hitam...ok resepi ni simple je...QH guna drummet & kepak ayam Ayamas je...senang tak payah nak perap2 ayam...hehehe...kalau banyak masa boleh la buat step yang tu...bahan2 pon hiris2 je...kecuali lada hitam kena kisar...kalau ada stok yang dah siap kisar lagi senang kerja...resepi kali ni ikut pada citarasa QH...terpulang jika ingin tambah dan kurang bahan yang ada...resepi ada seperti di bawah tu yer...selamat mencuba!!!


AYAM MASAK BLACK PAPPER

Bahan2
12 ketul ayam – drummet & kepak Ayamas
10-15 batang lobak merah mini – dibelah dua
1/2 biji lada bengala merah
1/2 biji lada bengala hijau
10 biji tomato ceri 
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris halus 
1 inci halia – dihiris
2-3 sudu lada hitam – kisar halus
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya


Caranya
1. Panaskan minyak dan goreng drummet & kepak ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Tambah lada hitam. Tumis hingga harum dan naik bau.
3. Masukkan sos tiram, kicap manisdan air secukupnya. Kacau rata.
4. Terus masukkan lobak merah. Masak hingga empuk.
5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
6. Tambah lada bengala merah dan hijau. Kacau biarkan sebentar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sekejap. Tambah tomato ceri. Siap untuk dihidangkan.


2 comments :

Amie said...

Rancak dah dia update resepi.... meriah sungguh!

Nooriah Abdullah said...

ayam masak kicap mmg fav anak2 kaknoor ni QH
sebab ada sorang tu yg tak suka pedas
tapi kalau buat ayam kicap mesti kena buat sambal pada yg suka pedas hehe