Wednesday, April 13, 2016

KEK COKLAT DELICIA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah!!! Bertemu kembali…

Hmmm…tenggelam timbul tenggelam timbul saje yer pemilik blog ni…hihihi…minta maaf yer semua sebab blog QH tak semeriah dulu-dulu yang selalu berupdate…selalu juga QH kena tegur dengan follower bila nak update blog…bila singgah ke sini takde dan tak nampak resepi baru yang QH kongsi…iye jugak bila singgah ke blog tapi tidak berupdate boring jugak orang nak datang singgah…hehehe…in shaa Allah yang tu QH akan cuba sehabis baik untuk menunaikan kehendak semua…QH akan bahagikan masa untuk mengupdate blog selalu…cuma terkadang tu kengkangan masa yang menyebabkan agak terbatas untuk buat semua benda dalam 1 masa…QH akan cuba perbaiki…kalau tidak mereput la tunggu blog ni berupdate…hehehe




Pada 1 April 2016 yang lepas merupakan hari ulangtahun kelahiran QH…yang ke berapa tu rahsia la…hehehe…semakin bertambah usia ni tiada apa yang QH harapkan cuma QH mengharapkan semoga kehidupan QH bertambah baik dan dimurahkan rezeki…QH juga mohon pada semua untuk mendoakan yang terbaik buat diri QH…in shaa Allah…pada minggu kelahiran tersebut takde la QH nak buat kek ke apa…sebab QH balik ke kampung di Johor…kebetulan ada kenduri Aqiqah dan doa selamat…jadinya sambut di sana dengan keluarga QH yang lain…kek beli jek…hihihi…minggu lepas baru ni QH berkesempatan nak buat kek birthday sendiri…alahai terharulah pulak…dah lama tau QH tak buat kek untuk diri sendiri…kebetulan jugak agak lama QH tak membaking…tu yang tetiba gatal tangan nak bikin…nasib baik la menjadi…hehehe


Ok semua pon sedia maklumkan…yang design baju penganti Anzalna menjadi viral…sebab cantik sangat gaun pengantinnya…QH pon berkenan…hihihi…apalagi QH suka yang viral2 ni…hahaha…QH nak cuba la jugak walaupon tak nampak pon macam corak bajunya…kikiki…gigih tu calit2 krim…pertama kali QH cuba buat ker Barbie ni…walaupon loyangnya bertahun QH beli…hihihi…tu perkara biasakan bagi seorang amatur bakers macam QH ni…ngeee…tang patung Barbie tu sakit jugak tengkuk QH nak menyusun pearls tu satu persatu…sudahnya bahagian depan je yang QH letak…hahaha…tu dah tahap malas la tu…takpe kot sebab kek sendiri…sendiri yang makan…kalau untuk tempahan QH tak buat la perangai macam tu…mau kena hamun nanti dengan customer…hihihi…



Untuk keknya pula menggunakan resepi kek span yang QH pernah kongsikan dalam blog QH sebelum ni...klik SINI…kek span ni QH suka…banyak kali juga QH buat kek menggunakan resepi kek span ni…cuma QH tak kongsikan dalam blog…menggunakan resepi kek span ni in shaa Allah menjadi…keknya pon lembut dan gebu…nak menjadi tu kenalah ikut caranya dengan betul tau…tetapi kali ni QH ada buat olahan sedikit…tapi tak banyak pon cuma QH tambahkan sapuan coklat gardenia Delicia ke dalam adunan tersebut…tu yang QH ubah nama kek tu…hihihi…kek bertambah wangi bila ditambah coklat Delicia tu tau…nanti tengok resepi di bawah…QH ada bagitahu mana yang QH tambah dan ubah…sumber resepi ni QH ambil dari blog Juwita…terima kasih kerana berkongsi kek span yang sedap ni…


KEK COKLAT DELICIA

Resepi Chocolate Sponge Cake
Pernah Dicuba Qasey Honey
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak (QH gantikan dengan Buttercup - carikan)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 3 sudu besar Delicia (yang ni QH tambah)
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan


BAHAN C:

* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek BARBIE


Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan
 terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.


CARA MENGHIAS KEK BARBIE

Bahan-bahan:
Non Dairy Whip Cream
Pewarna pink
Pewarna purple
Pewarna kuning
Gold pearls secukupnya
Softsugar rainbow pearls secukupnya
Patung badan barbie

Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 4 lapis. Ini terpulang ingin membuat berapa lapisan.
2. Pukul nondairy whip cream hingga kental, ringan dan gebu. Jangan sampai terlebih pukul.
3. Paipkan fresh cream ke atas lapisan pertama kek.
4. Letakkan lapisan kek kedua di atasnya. Ulang proses yang sama seperti di no. 3.
5. Selepas tutup dengan lapisan terakhir kek, sapu fresh cream di seluruh kek dan ratakan permukaannya sehingga licin.
6. Simpan sebentar kek yang sudah siap dilepa dengan fresh cream tadi ke dalam peti sejuk. Biarkan permukaannya keras sedikit.
7. Kemudian warnakan fresh cream kepada 3 warna iaitu pink, purple dan kuning.
8. Keluarkan kek dari peti sejuk. Mulakan mendeco kek tersebut dengan menggunakan spatula kecil. Calit2kan fresh cream berwarna tersebut.
9. Kemudian cucukkan badan patung Barbie tersebut di atas kek yang telah siap dideko.
10. Paipkan fresh cream ke atas Barbie tersebut dan ratakan. Kemudian susun sugarsoft pearls rainbow seperti dalam gambar. Siap.