Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM MEKAR SUNQUICK COKLAT



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bersiaran sekali lagi pada minggu ni...seperti yang dijanjikan...kali ni masih lagi tampil dengan resepi yang mengunakan kaedah mengukus...hihihi...hari ni QH kongsikan apam mekar yang telah QH cuba baru2 ni...

Seperti kebiasaan juga...QH akan menambah perisa pada resepi yang QH cuba...mengikut citarasa pada masa itu...tetiba hari tu QH teringin makan apam mekar perisa sunquick coklat...faham aje lah bila perasa oren bergabung dengan coklat memang sedap...boleh jika nak buat perasa lain...ikut pada selera masing2...tapi hari tu tekak QH nak gabungan perasa oren coklat tu...heaven...cuma masa ni QH terlebih pula tuang sunquick...hihihi...dah terasa sedikit pahit...huhuhu...konon nak lagi sedap tapi lain pula jadinye...tak ikut sukatan...main tuang saja...hehehe...tu lain kali jangan memandai berlebih2an...tapi jangan risau...resepi yang QH sediakan tu takde masalah macam QH ni...



Kalau kita cari di google tentu akan jumpa berbagai2 versi resepi apam mekar ni...beza pon tidak la ketara mana sangat...tapi tak salah jika ingin mencuba mana2 resepi yang ada...lagi banyak mencuba pasti akan nampak perbezaan pada setiap resepi tersebut...yang penting kena berani mencuba...jadi atau tidak pada QH tu no 2...

Hasil carian resepi ni...QH memilih resepi dari blog HaSue...terima kasih berkongsi resepi apam mekar yang sangat mekar ni yer...izinkan QH memanjangkan resepi ni di sini pula...

daripada adunan asal...QH buat separuh sahaja...itu pon dapat banyak juga menggunakan papercup yang comel ni...lepaslah untuk memenuhi selera anak tekak yang tetiba teringin nak makan apam mekar ni...hihihi...pada yang ingin mencubanya pula...resepinya seperti di bawah...selamat mencuba semua...



APAM MEKAR
Sumber: HaSue

Bahan-bahan  (dalam 50 biji papercup kecik)
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat) 
(QH ikut sukatan asal)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar - 
kali nih guna air aiskrim soda (QH guna air revive)
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
1 sudu besar coklat emulco (QH tambah)
1 sudu besar sunquick oren + pewarna oren (QH tambah)
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya


Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna ke dalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
(QH kukus selama 20 minit)
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!


5 comments

Anonymous said...

Salam sis..sy x da sukatan gram..gula & tepung dlm sukatan cawan brapa ya..utk resepi apam ni

Sweet red cherry said...

comel..nampak mekar cantik apam mekar tu.. ^_^

tun_telani said...

Salam QH..bila gmbr cantik semua pon nmpk sedap.. elok kembang mekar semua apam QH ni.

Sue Izza said...

ermmm mekar molek,sedapnyaa nampak hehehe

Unknown said...

waw sedap sekali bikin perut keroncongan saja...
























Jelly Gamat Gold G