Tuesday, March 4, 2014

TORTILLA AYAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Jeng jeng…

Kembali bersiaran hari ni…minggu lepas QH sedikit sibuk…dengan kursus lagi tu yang tak sempat nak ke udara…QH berkursus sekitar KL jer…balik kursus pulak kepala pening2…mana tidaknya kalau dah berjemur kat tengah2 panas…macam2 kan…entah kursus apa la agaknya tu kan…nanti kalau rajin QH nk share kat sini…kalau rajin yer…hehehe


Sekarang ni KL dilanda jerebu pula…dari semalam lagi…tapi pagi ni keluar rumah…nampaknya jerebu tersebut makin teruk…kena guna face mask kalau nak keluar…kalau tak rasa sesak nafas pulak dengan bau asapnya…kat KL jugak beberapa hari ni…dah mula hujan setiap petang…itu pon sekejap2…bersyukur la kan…terasa nikmatnya bila nampak air hujan membasahi bumi KL dan sekitarnya…


Untuk resepi hari ni QH kongsikan resepi yang simple je…memandangkan ada beberapa tempat mengalami krisis airkan…setakat ni kawasan rumah QH…masih takde gangguan lagi…Alhamdulillah…bila air dah dicatu ni…kerja2 rumah memang tak selancar sebelum ni kan…nak memasak beriya2 sangat tak boleh…nak membasuh pon sama…tau2 je la kalau dah membasuh ni banyak guna air…mandi pon begitu juga…kena catu untuk menjimatkan penggunaan air dan macam2 lagi la…harap banyak2 bersabar ye…pada kawan2 yang mengalami situasi catuan air ni…


Ok berbalik pada resepi…
Suka tak dengan Tortilla Ayam…sebelum berblog dulu…QH memang rajin buat tortilla ayam ni…sebabnya senang, simple dan mengenyangkan…buat macam ala2 KFC tu kan…dulu2 buat QH biase menggunakan pop corn chicken ayamas tu…kali ni rajin kan..jadi ayamnya QH buat buat sendiri…bukan buat ayam ehh…ayam gorengnya tu…menggunakan fillet ayam…tepungnya QH gunakan tepung goreng seri aji yang dicampurkan bersama dengan cornflakes…memang rangup dan sedap…ayam tu pula tak perlu digoreng terlalu garing…agak2 dah masak dan luarnya tu kuning keemasan dah boleh angkat…tujuannya untuk mendapatkan isi ayam yang lembut…ibarat garing diluar lembut di dalam…hehehe…sayangnya takde pula bukti tersebut…lupa nak snap gambarnya…kalau nak cuba versi QH ni..resepi seperti di bawah tu yer…selamat mencuba…


TORTILLA AYAM

Bahan A
8 keping fillet ayam
1 cawan cornflakes – dikisar
1 cawan tepung goreng Seri Aji
1 sudu kecil serbuk cili – boleh jika suka pedas
1 sudu besar sos seasoning Maggi
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan B
Tortilla Wrap secukupnya
Tomato ceri
Lada benggala
Daun salad
Sos Thousand Island
Mayonis
Sos cili (jika suka)


Caranya
1. Ambil fillet ayam yang telah dibersihkan terlebih dahulu dan ratakan dengan garam secukupnya.
2. Masukkan pula serbuk cili dan sos seasoning. Ratakan dan perapkan selama 30 minit.
3. Selepas itu, masukkan telur dan ratakan. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung goreng seri aji dan cornflakes yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dalam gorengan terendam.
6. Ambil fillet ayam tadi dan salutkan dengan campuran tepung sehingga rata.
7. Goreng sehingga masak dan kuning keemasan. Jangan goreng terlalu garing untuk mengelakkan ayamnya terlalu kering nanti.
8. Angkat dan toskan.


Cara penyediaan tortilla ayam
1. Panaskan tortilla wrap dengan menggunakan pan tanpa minyak selama 2 minit. Angkat.
2.  Susun salad, ayam, tomato dan lada benggala ke atas tortilla wrap tadi.
3. Picitkan sos thousand island dan mayonis. Tambahkan sos cili jika suka.
4. Lipat atau gulungkan tortilla dengan kemas dan padat.
5. Siap untuk dihidangkan.


9 comments:

cheq da said...

Wah sedapnya...mcm kfc la plak

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, haritu baru try makan kebab turki. ni tengok tortilla ayam pula. adehh terliur sangat kak. btw terima kasih sangat sudi share resepi yang simple ni. tak sabar sheila nak cuba buat sendiri nanti. sheila mohon share entri akak dekat fanpage ya ~~~

Umie Jazz said...

Assalamualaikum QH sesekali tuka selera dari makan nasi ke tortila apa salahnya kan..nampak pun sedap.=)

Gee® said...

QH...k.gee dtg ni nk ngendeng tortilla ayam yg sedap tu... bestnyaaa

Sofia Ningkan said...

wahhhh...sedappp nih...boleh buat untuk brunch ujung minggu...utk dinner pun ok.

jamiah tulisman said...

sedapnyerrr...nak try nanti..anak2 suka mkn ayam goreng..kalau buat mcm ni lagi dorang suka..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer QH...
akak suka sgt hidangan yg mcm ni... selain mudah.. ia mengenyangkan & dlm kategori sajian sihat juga ni sbb penuh dgn sayur2 segar...

Suzana Ibrahim said...

kesukaan saya ni,bestnya..teringin nak buat juga,minta resepi ye.

norhidana miswan said...

perkh mmg sedap,... nk cube gk lah nnti ngn ayam tuh... selalu dana boh tlr hancur or sosej jumbo tuh n salad je... nk senang je kan