Friday, August 23, 2013

BEBOLA MENTEGA KACANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Salam takziah buat semua keluarga mangsa nahas kemalangan ngeri bas yang terbabas dan terjunam ke gaung di Genting Highlands baru2 ni...


Sedih dan tak sanggup rasanya nak tengok gambar2 kemalangan tersebut di akhbar dan juga FB...melihat mayat2 bergelimpangan dan saling bertindih...sekelip mata saje kemalangan tersebut telah meragut nyawa hampir 37 orang...pada mangsa yang selamat semoga cepat sembuh...


Semoga keluarga mangsa nahas tersebut sabar serta tabah dan dapat menerima kehilangan orang tersayang...Al-Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam...




Baikla...hari ni nak kongsi lagi kukis raya yang QH buat untuk hari raya yang lepas...resepi ni QH ambil dari belakang kotak nestle cornflakes...kebiasaannya kita agak takut sikitkan nak mencuba resepi dari belakang kotak cornflakes tu...kadang tu nasib cuba2 menjadi...ada masa tak menjadi pula kan...QH pon begitu juga...sayangkan kalau tak menjadi...dah membazir...frust pon iye juga....bile dilihat dari gambar2 belakang kotak tu ade juga kukisnya yang nampak macam sedap dan menarik untuk dicuba...kalau ade rasa2 nak mencuba juga cari resepi yang senang2 dan bahannya tak banyak...hehehe



Untuk resepi ni memang QH syorkan untuk kawan2 yang lain cuba...sedap tau kukis ni...rangup pula tu...aroma peanut butter tu pon menusuk2...hihihi...bahan2 pon tak banyak...sambil tengok tv boleh siapkan kukis ni...tak perlu dibakar2 pon...kalau dihidangkan kukis ni pasti akan habis dulu...buat untuk kudapan seisi keluarga pon sesuai..tak perlu tunggu nak raya baru buat...bile2 masa ianya sesuai dimakan...lagi satu jangan takut dengan coklat...sebab ianya tak akan cair jika di simpan di balang kuih...kadang ade yang ragu2kan...cair ke tak coklat tu...jika berminat resepinya QH sediakan seperti di bawah yer...caranya tu QH ade edit sedikit dari resepi kat kotak tu dan ikut cara sendiri...



BEBOLA MENTEGA KACANG
Resepi dari belakang kotak nestle cornflakes

Bahan A
240gm Nestle Cornflakes dikisar kasar (QH ramas2 guna tangan saje)
150gm badam cincang (QH bakar dahulu selama 10minit pada suhu 100C)

Bahan B
300gm coklat masakan – dicairkan
300gm mentega kacang (QH guna jenama lady choice’s jenis crunchy)

Cawan kertas secukupnya
Manik hiasan jika suka

Caranya
1. Campurkan bahan A dan ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
3. Bila coklat sudah cair, masukkan mentega kacang sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
4. Kemudian masukkan campuran bahan B tadi ke dalam bekas campuran bahan A. Gaul rata.
5. Cedok adunan kepada bebola 3cm atau masukkan terus ke dalam cawan kertas dan bentuk seperti bebola.
6. Sejukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
7. Sebagai perhiasan, celupkan bebola dengan coklat cair (QH tak buat ni) dan taburkan dengan topping kesukaan jika suka.
8. Bila bebola mentega kacang tadi sudah keras bolehlah simpan ke dalam bekas kedap udara.


17 comments :

JaSSNaNi said...

owh.. tak payah bakor ye.. sedap tu.. nampak mudah la sbb tak payah bakor tu.. leh cuba gak ni.. stok biskut dah abis ni.. nak kudap2 wat anak2 yg datang beraya..

tun_telani said...

mmg confirm habis dulu biskut nih.. tun tgk pun rasa mcm nk ngap je.

Tina Othman said...

Selamat hari raya qh

Nampak sangat menarik nak buatlah nanti buat munch2 time boring

:: Mrs.Eady :: said...

Menarik niii :) nyumm nyumm..

inahar ali said...

salam QH..perghh ni wat 10 balang pun x cukupkan..mmg sekejapan jek licin mkn sendirik x sempat bagi tetamu..haha!!

rahel said...

salam QH...selamat hari raya,maaf zahir dan batin...Nampak sedap sangat cookies ni...teringin nak buat...

Melly Octaviana said...

Hello QH.. oh ada kemalangan nya, seram yah melihat nya. :{
senang macam nya buat bebola ini, cepat buat nya mungkin cepat juga yah abis nya.. hehe

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak QH..Nampak menarik ni..betul tu, kadang2 memang slalu takut nak ikut resipi2 kat belakang paket bahan-bahan yang kita belikan..Sebenarnya mungkin bergantung pada kita juga...jika dah memang ada air tangan tu...InsyaAllah buat apa pun menjadi....

Bbwana adienia said...

salam QH..

wah, bestnya..Nampak menarik la kukis tu..telan liur pla tengok..Nampak sedap..

Cik Siti MAR said...

Wah nampak sedap tu.. Kukis camni makan pun x cepat muak

Cik Siti MAR said...

Wah nampak sedap tu.. Makan pun x cepat muak

Cik Siti MAR said...

Wah nampak sedap tu.. Kukis camni makan pun x cepat muak

ogyep yummy mellow said...

Qh,
ogyep kalau buat cookies yg sama species camni, memang x sempat nak hidang kat tetamu.. habis kat mulut anak2 aje..

Shasha said...

Wah! kukis camni la yg saya suka, sedap dan ringkas. Tak payah bakar pulak tu. Nak try la nanti. Nampak sedap kan? ;)

Wattie said...

Assalamaualaikum QH,
Selamat hari raya, maaf zahir dn batin. Menarik sangat nampak cookies tu, menyelerakan

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Anonymous said...

Assalamualakum QH, saya nak tanyalah biasanya coklat masakan tu QH guna brand apa ye,terima kasih.
sbb saya dah cuba guna beberap brand tetapi bila dah salut cookies dia tak kering betul2lah....