Tuesday, April 2, 2013

KEK SPAN ALMOND



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Terlebih dahulu QH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang sudi mendoa dan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat QH semalam…bertambah lagi la usia QH tahun ni…huhuhu…Alhamdulillah masih diberi peluang OlehNya untuk QH bernafas lagi sehingga saat ni…tiada perkataan lain selain terharu dan gembira bile melihat ucapan yang tidak putus2 yang diterima di FB dan SMS…maaf jika QH tidak dapat membalas ke semua ucapan tersebut atau terlepas pandang…ucapan tersebut amat QH hargai sangat2…QH sayang semua…muahh…muahh


Sebenarnya QH ni ade kembar tau…kembar lelaki perempuan…sepasang!! jadi kami tahun ni sambut besday awal sehari la pada Ahad hari tu…kembar QH tu pon dah ade beberapa hari sebelum tu di rumah…ambil cuti sempena nak sambut besday di sini…takde la sambut dengan acara2 yang besar…setakat buat kek sebiji aje…hahaha…yang lain makan kat luar saje…kebetulan besday tahun ni QH kurang sihat la pulak a.k.a penyakit wanita setiap bulan tu…faham2 aje la ehhh…memang ape yang dirancang sebelum ni nak masak itu ini terbengkalai…nasib baik la semua faham…



Malu nak tunjukkan kek besday QH ni…rupanya tidak seindah impian akan hasilnya tu…berkedut sana berkedut sini…hehehe…pilihan pon kemain lagi…bercitarasa tinggi…LV…hehehe…kali ni kek span yang QH gunakan adalah hasil olahan QH sendiri…yang telah dicuba beberapa kali sebelum ni…cuma tak dipublishkan saje…dah ternyata hasilnya tetap sama dan lembut baru la berani untuk ditayangkan…hehehe…sedap tau kalau dimakan begitu saje…aroma kek ni ketika pembakaran pon…menusuk2 di setiap pelusuk rumah…hehehe…kemudian kek ni QH gadingan bersama dengan FC perisa coklat…pada QH sangat sedap tau…



Untuk deco kek ni pula QH menggunakan edible image dibahagian luaran kek tersebut…tu yang nampak berkedut2 sana sini tu…pertama kali QH mencuba deco yang sebegini…pilihan pertama QH nak buat kek ni bentuk handbag…tetapi terpaksa ditukar kepada deco yang biase saje…memandangkan masa tu QH memang tek berapa nak sihat…jadi buat yang simple saje…insyaallah jika QH buat lagi deco yang serupa…QH akan perbaiki lagi hasilnya tu…edible image ni QH tempah khas di FB dari Ebidleimage Printing…QH menempah EI ni bersaiz A4 sebanyak 2 keping…bile kek dah siap dilepa dengan FC baru QH potong EI tu mengikut ukuran kek…



KEK SPAN ALMOND


Bahan A:
120gm tepung kek
30gm serbuk almond
1 sudu the serbuk penaik

Ayak dan satukan kesemua bahan tersebut. Ketepikan

Bahan B:
4 biji telur gred A
120gm gula kastor
10gm ovalet

Bahan C:
40ml air
1 sudu teh esen vanila
60gm minyak masak

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 7", griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper. Adunan kek ni QH bakar 2 kali sebab menggunakan loyang size kecil 7”. Boleh juga menggunakan loyang 9”.  
2. Ayak dan satukan bahan A ke dalam mangkuk sederhana besar. Ketepikan
3. Menggunakan pemukul elektrik, putar telur dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovalette.
4. Masukan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan air. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada suhu oven masing2.
7. Bila kek sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula dan keluarkan dari acuan.
8. Biarkan ia sejuk, kemudian bahagi dua untuk setiap kek tersebut sebelum dilepa dengan krim.


Seperti kebiasaannya QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kali ni QH memilih perasa coklat pula. Untuk ni tak payah diwarnakan sebab memang dah tersedia warna dan perasa coklat tu.

Sukatannya untuk FC ni pula adalah 2 cawan non dairy whipping cream.

Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau terbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.

Lepas tu boleh la dilepa ke katas kek keseluruhannya sehingga rata.

 

Cara mendeco kek
1. Setelah kek sejuk, bahagikan kedua2 kek tersebut kepada 2 bahagian.
2. Selepas itu lepakan FC di atas setiap lapisan kek tersebut dan keseluruhannya dengan rata sehingga siap.
3. Simpan kek tersebut seketika di dalam peti sejuk.
4. Sementara tu sediakan edible image, ukur dan potong mengikut saiz kek tersebut.
5. Keluarkan kek yang dimana FC tersebut sudah keras. Ambil sekeping edible image dan lekatkan di sekeliling kek tadi. Ratakan keseluruhan edible image tu dengan menggunakan fondant smoother. Lakukan proses tersebut sehingga selesai.
6. Kemudian lekatkan pula edible image untuk bahagian atas pula yang telah dipotong bulat. Ratakan dan simpan kek dalam peti sejuk.
7. Kemudian sediakan sedikit fondant dan warnakan untuk dilekatkan pula pada tepi dan bawah kek seperti dalam gambar di atas.
8. Untuk melekatkan fondant pada edible image tersebut QH hanya sapukan sikit air dengan menggunakan berus pada keliling edible image tersebut atau mungkin ade kaedah lain kot.


25 comments :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, sedapnya! terliur kita.....

Shiela said...

Selamat hari lahir QH cayang.. Seksinya kek tu..

Gya DuniaKu said...

terbaek lah QH... nanti besday GD tolong wat sebijik ye LV tu.. nak beli mahal.... tabik springgggg...

Hepy belated besday ye untuk QH dan kembar... moga diberikan kebahagiaan berpanjangan... May Allah Bless U all berdua...

syapex said...

ya allah...
cantiknya...
nk mkn pn syang...

umi's cup cake said...

Cantik sangat kejadian kek ni bagi orang macam saya

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

happy birthday QH... ehh.. ada kembar rupanya yer... sama tak muka u all? hehe... akak doakan yg terbaik buat QH & kembar ye..

pasal kek tu.. akak baru je nak tanya camner buat corak tu.. cantik.. rupanya guna EI... memang susah juga nak gunakan EI ni kan.. tak kena cara mmg jd kedut2.. akak pun pernah kena.. apa2pun.. mmg cantik kek tu QH.. walaupun tak jd hbeg tp ia tetap menarik.. dah rupa bekas mekap aje akak bygkan.. hehe..

Azlita Aziz said...

Happy B'day QH
Semoga panjang umur dan semakin dimurahkan rezeki..

walla... kek yang cantik dan menarik!
akak suka sangat..

QH berani mencuba dan sentiasa tampil dengan resepi yang hebat !

Tahniah dari akak..
Satu percubaan yang cukup membanggakan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, selamat hari lahir, QH.. & utk kembar QH juga.

Wahhhhh!! Hebat idea QH tempah edible image ni, memang tak membazir sebab memang sedap dimakan kan.. nak tiru idea Qh laaa

Marsita yahya said...

cantik deko kek nya...kalau dapat ngan ori LV bag pun okay gak kan?

rahel said...

Selamat Hari Lahir QH...
waaaaa...canteknya kek span almond itew....gue kagum banget....

Mayang ABDUL RAZAK said...

hepi belated besday QH.. Baru tau ada edible image LV... cantik le kek tu QH..

mama sara nur said...

hepi besdayyyyyyyyyyyy to you
semoga bertambah ceria dan bahagia
bestnya kan ada kembar rupanya QH ni

cantikkkkkkknya kek dia

asmah yusof said...

Happy Besday dear...
Semoga sentiasa diberkati dan ceria sokmo....serius mmg cantik keknya..!!!

inahar ali said...

masyaallah..cantikye deko kek besday QH wat nih..wowwww..hepi besday wat QH serta kembarnye ye!

Nooriah Abdullah said...

salam QH aduh cantiknya kek tu, mmg hebat QH tak nampak kedut snagat pun pada mata akak yg tak reti ni, mata chef memang nampak cacat sana sini apa2 pun mmg terbaik lah kek ni dan happy busday semoga bertambah rezeki utk tahun ni dan kirimsalam jugak utk kembar tu ya..

ibh_sue said...

Nak wish kat sini pulak..HAPPY BIRTHDAY QH...Kek lawoooo :-)

Bbwana adienia said...

salam QH, hasil kek tetap cantik dan menarik untuk dimakan..apapun, happy belated birthday QH..

Ayu said...

Happy belated birthday to QH & the other twins ..cantik kek ni QH..pandai qh mendeconya..sebiji memang macam beg LV u..:)

Mori Said said...

Salam QH... Happy belated birthday yer... dan untuk twin QH... kek tu canteekk...la..

norhidana miswan said...

aduhla lawo nyer kak msti sedap tuh berlayer2 lg, dpt tgk jelah, kalu dpt mkn lg best kan

eyda said...

wahhhh menggancam betul teriingin nk cube satu hari nnti

Melly Octaviana said...

Happy belated bday QH sayang and the twin bro..wishing u all the best.
Cantik cake nya..keren deh.. :)

Tina Othman said...

kreatifnya lah, jenuh pikir ingat guna apa

apapun happy belated besday ye, cmana agaknya rasa ada kembar

Mamasya said...

Happy bday QH...moga bahgia dan sejahtera selalu..begitu juga buat kembar QH.
cantik menawan kek LV bday Qh....kreatif sungguh....terpegun tengok!kekpun nampak sedapp..nyummm

Nur-nba said...

Selamat Hari Lahir QH... semoga bahagia dan dipanjangkan usia.. Cantik kek tu.. Kreatif!