Tuesday, April 9, 2013

IKAN BAWAL GORENG BERLADA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Bertemu kembali…
Seperti yang dijanjikan sebelum2 ni…hari ni QH nak kongsikan satu lagi resepi yang QH sumbangkan untuk majalah Aroma pada bulan Mac yang lepas…mungkin ade yang terlepaskan untuk memiliki majalah Aroma tersebut…setiap kali keluaran majalah tersebut perlu dapatkannya cepat2…kalau tidak gigit jari la jawabnya sebab majalah ni cepat habis…dulu majalah ni agak sukar juga QH nak dapatkan…tak banyak kedai yang menjual majalah ni…amat terhad…tapi sekarang tidak lagi...sekarang ni QH berlanggan di kedai buku kat depan pintu masuk ke Pertama Komplek… 


Baik la…resepi kali ni telah menjadi salah satu resepi kegemaran QH tau…dimana resepi ni dah kali kedua QH buat…rasanya tetap sama walaupon menggunakan ikan yang berbeza…sebenarnya ikan tu tak menjadi masalah pon…hihihi…boleh gunakan ape saje jenis ikan…boleh dipelbagaikan…kali pertama QH menggunakan ikan siakap…boleh klik di SINI yer...kali ni ikan bawal pula menjadi pilihan…makan dengan nasi panas…alahai boleh bertambah2 pula nasi dalam pinggan tu…hehehe



Resepi ni QH ambil dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…terima kasih Che Mat kerana menyumbang resepi ni…memang sedap dan menepati citarasa…minta dihalalkan yer sebab QH dah muatkan dan panjangkan resepi ni dalam majalah Aroma…kali ni di blog pula…pada yang ingin mencubanya pula resepi ade di bawah yer…resepi yang simple dan mudah dimasak…



Ikan Bawal Goreng Berlada

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal bersaiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


CARA PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dengan campuran garam dan kunyit tadi hingga rata.
2. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar lembap2, tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.
3.Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan.
4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.
5. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau rata dan masak hingga pekat.
6.Masukkan ikan goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Perasakan dan jika ok boleh matikan api.
7.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.


12 comments :

Mori Said said...

Sedapnya tengok nya ikan nie... tambah2 ada jus lemon ..

:: Mrs.Eady :: said...

agagaga..sedap nyer..

tun_telani said...

Salam kak QH.. sedapnyer ikan bawal. bawang goreng pulak tun.. tun blh meratah je nih.

Shiela said...

Hmm.. Dap dap..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Majalah Aroma agak sukar...Tak semua kedai ada jualnya...Bukan saja dulu, sekarang pun...Especially di kawasan penempatan kecil ni...Kadang2 nak masuk shopping/mall malas plak nak cari parking...Apa2 pun ikan ni nampak sedapppp sangat

Sri Love said...

Slurppppp...telan air liur ni je la QH...sedap sungguh ikan tu ;)

JaSSNaNi said...

oh cik qaseh honey yg comel itu..
sangat sedap la ikan bawal ni.. teringin terus.. huwaaaaaa.. bekal kita telo dadar + sambal ikan kayu je.. :D

Gee® said...

Pergh!! kalau makan dgn nasi panas2ni... fuh!! lazaaatttt....

Nooriah Abdullah said...

aduh sedap merah2je ikan bawal ni tak tahan ada yg meleleh dah ni QH heee

Melly Octaviana said...

Konfirm sedap nih..mmg enak di makan dengan nasi hangat..jd lapar...hehe

dari dapur nasya said...

as salam Qasey, nanti singgah umah amik award...

zila norazila said...

Klu kak zila ratah jew nie..x jd lauk...he heee