Wednesday, April 24, 2013

BLACK FOREST CAKE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Terlebih dahulu QH ingin mengucapkan terima kasih dan selamat datang buat follower2 baru blog QH ni…pada yang ade blog jugak nanti QH akan follow kembali yer…cuma QH perlukan sedikit masa sikit untuk berbuat demikian…tidak dilupakan juga buat kawan2 yang sudi meninggalkan komen2 yang manis dan indah2 pada setiap entri blog QH ni…insyaallah ade masa nanti QH akan BW blog semua…sekarang ni masa agak terhad sedikit…malam tadi QH free tapi tu la line internet la pulak boleh problem…ade saje dugaan dan halangannya…sabo aje la yer kak Ton…nanti baru la comelll…hehehe


Hari ni QH nak ajak semua untuk buat kek pula…hehehe…kali ni QH mencuba kek black forest pula…kek ni antara kek kesukaan QH juga…biase beli aje kalau rasa2 teringin nak makan…tapi kali baik buat sendiri la…rasanya lebih berbaloi kot…sebab dapat ulang makan banyak kali sampai kek tu habis…hihihi…pastu jangan marah kat penimbang ehhh kalau kilo tu bertambah…huhuhu…kek black forest ni bukan la kek yang baru…zaman QH malas lagi kek ni dah ade…hahaha…ramai dah pon QH tengok yang mencubanya…pelbagai versi dan deconya yang tersendiri…



Kek yang QH buat ni agak simple saje…tapi tetap nampak mewah…semua bahan2 memang dah tersedia ade di rumah…resepi kek ni QH ambil dari blog Juwita@JuwitaFaris and Family…terima kasih yer…QH nak kongsikan pula resepi ni di sini pula…diam tak diam dah 2 kali QH buat kek ni…selang seminggu aje…pertama kali QH buat…tak sempat nak snap gambarnya…pastu minggu berikutnya QH buat lagi dengan deco yang sama saje…pada QH resepi kek ni tidak la terlalu manis…sedang2 saje rasanya…suka la dengan resepi ni…



Ok kenapa QH kata kek yang QH buat ni simple tapi mewah??? Tengok saje la bahan yang digunakan seperti di bawah tu…senang dan mudah…kalau nak lagi mewah boleh la dipelbagaikan lagi bahan2 hiasannya tu…cara deco yang QH buat ni mengikut bajet bahan yang QH ade…kalau nak tengok deco kek versi macam Juwita juga boleh…sila klik di SINI yer…selamat mencuba ye semua…


Kek Black Forest
By: Juwita@Juwita Faris andFamily

Resepi Chocolate Sponge Cake
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.





BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan



BAHAN C:

* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci

Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.




CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:
Non Dairy Whip Cream
Filling blueberry
Buah cherry bertangkai secukupnya
Coklat compound
Coklat Cadbury yang telah dihiris kecil2


Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul non dairy whip cream hingga kental, ringan dan gebu. Jangan sampai terlebih pukul.
3. Paipkan fresh cream ke atas lapisan pertama kek. Buat secara berselang seli dengan filling blueberry.
4. Kemudian taburkan coklat cadbury yang telah dihiris kecil2 tadi.
5. Letakkan lapisan kek kedua di atasnya. Ulang proses yang sama seperti di no. 3 dan 4.
6. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu fresh cream di seluruh kek.
7. Tabur coklat cadbury parut di tepi kek. Guna coklat biase pon boleh. Ikut citarasa.
8. Pastu boleh la deco ikut kemahiran sendiri.
9. Untuk buah cherry bertangkai tu, QH celupkan dengan coklat terlebih dahulu.



24 comments :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, sedapnya. terliur sheila tengok tau :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam QH...
sedapnya blackforest! akak pun suka blackforest.. kek ni rasanya dia lite lite je kan.. mkn byk pun tak muak..

akak tengok ramai yg buat kek blackforest menggantikan pitted cerry dengan blueberry... dulu masa akak masuk kelas kek dgn chef anuar deraman ada juga ajukan soalan boleh tak gantikan pitted cerry dlm tin tu dengan filling blueberry..? jawapan chef anuar.. katanya kalau dah ganti dgn blueberry dah tak bolehla guna nama blackforest lg... sebab bahan utama yg paling asas dah diganti dgn bahan yg tak sama.. rasa ceri dgn blueberry dah tentu2 tak sama... hehehe.. rupanya dlm kelapa pelajar mmg ramai nak ganti pitted cherry tu dgn blueberry filling yg ready made sbb nak senang keje katakan.. sebab kalau guna ceri dlm tin tu nak kena masak dulu dengan ramuan2 lain... keje nak senang je.. hahaha..

akak pun baru ni ada gak dpt tempahan buat kek ala2 camni gunakan blueberry filling pastu customer nak letak ceri marachino tu jugak.. dlm kepala akak terus teringatkan kek blackforest.. ni kek ala2 blackforest derhaka ni dlm hati berkata2.. hehehe...

ops sorry panjang lak komen..

Sury Abil said...

Salam qh,sedapp tu..kalau dapat sepotong ehehhe

Kak Nita said...

QH ,

cantik dan mewah sungguh...dapat sepotong pon dah nikmat kannn...

inahar ali said...

waduh QH..tangkap nanges akak tengok..menjejes wehh ayaqliuq..huhu!!

Mas Sani said...

haduiii... menahan kcur sekarang ni.. sepotong tu kalo dpt compem kenyang! serius sgt kemas n cantik... haduiii tahan kecur lagi hehehe

Gee® said...

Wow! speechless...

:: Mrs.Eady :: said...

huwaa...sedap nyer kek!!!!

ady said...

salam
Your cake seems so delicious!

Aisah Ahmad said...

Nyummy....mesti terangkat ni kalau makan

Bbwana adienia said...

nyum..sedapnya black forest cake tu QH..antara kek yang menjadi favouriteku..

tun_telani said...

Salam kak QH.. cantiknye kek akak.. tun pun paling suka beli kek black forest ni kalau beli kek kat kedai. skrg nk mkn kek buat sendiri je walaupon tu wat comot. hihi...

Asyifa Mustaffa said...

nmpk resepi mcm senang...tp nak buatnya tu...alahai...malas tu lgi bnyk dri rajin...huhuhu....

Nooriah Abdullah said...

geramnya QH mendeco kek ni bila lah akak nak pandai ni kan tak boleh jadi ni kena belajar jugak dari QH

rahel said...

Ampunnn...nak fengsan tengok kek ni..cantek sangat...tentulah dalamnya enak banget...

Shiela said...

Assalam QH cayang.. Amboiii.. Geram nyer akk nengok kek black forest tu.. Nak sepotong.. :)

zila norazila said...

Slm syg qh.sedapnye lama akk x mkn kek..simple dn menarik..

mama sara nur said...
This comment has been removed by the author.
mama sara nur said...

assalam QH
cantiknya kek
Qh ni dah boleh buka tempahan
hasil tangan yg cantik

Melly Octaviana said...

Rajin nya QH buat BF, Melly pun dari jaman kecil kecil suka makan BF. sekarang pun masih suka,tapi malas mau buat sendiri.. hehe
maree..Melly bantu makan nya .. ;)

norhidana miswan said...

aduhla kak, lenkali blh la try oder kek ngn akak nih... terliur nengok... cantik betul dh sama kelas mcm kedai tau...

Rohah said...

waduhai QH..mana tahan tgk saje ni...bagi lah sikit kat sini...

Khairul Anuar said...

Wah....cantik...mesti sedap

Khairul Anuar said...

Wah....cantik...mesti sedap