Sunday, January 6, 2013

Kek Tempahan RVC + Choco Ganache



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Nak buat pengumuman sedikit…hehehe…dengan rasminya QH ingin umumkan…untuk tahun 2013 ni QH dah bersedia untuk menerima tempahan jika ade yang berminat…sudi2kan la yea…insyaAllah QH akan buat dengan sebaiknya…harga boleh dirunding dan bersesuaian dengan kos serta bahan2 yang digunakan…semuanya berkualiti dan bersih…yang paling penting sekali HALAL…QH akan mengambil tempahan cuma dihari cuti sahaja iaitu Sabtu dan Ahad…termasuk jugak cuti umum jika tiada ape2…

Seperti tajuk entri di atas…kali ni QH ingin siarkan kek yang telah ditempah oleh salah seorang kenalan di FB…kek yang diminta adalah Red Velvet Cake bersama coklat ganache…untuk si puterinya Keysha yang berusia 2 tahun…


Sebenarnya…bile dilihat dan diteliti berkali2…QH agak kurang berpuashati dengan hasilnya tu…masih terdapat cacat celanya disana sini…QH akan cuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa…diharapkan Azura berpuashati dan tak serik yea untuk menempah lagi…hehehe

Untuk kek red velvet ni…QH melapiskan setiap lapisan dan keseluruhan kek ni dengan freshcream coklat jenama Rich…pastu baru la disalutkan dengan coklat ganache…untuk deconya pula di atas tu edible image dan dikeliling edible image tu QH letakkan gula2 pelbagai bentuk dari famous amos…disamping belon2 comel tu…pada QH sesuai la untuk budak berusia 2 tahun kan…di bahagian bawah sekeliling kek tu QH lekatkan dengan coklat Cadbury…simple ajekan deconya tu…berat kek ni lebih kurang 2kg++…

Resepi kek ni QH masih gunakan resepi yang seperti sebelum ni…dah serasi dengan resepi tersebut…terima kasih kepada empunya resepi ni…untuk kek ni QH gandakan adunannya…

gambar ni QH ambil dari FB Azura

RED VELVET CAKE

Bahan2
1 1/4 cup tepung - guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - guna gula kastor
1 biji telur - guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk – jika tiada (boleh guna susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Caranya
Panaskan oven pada suhu 175C atau bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C. QH guna 160C.
Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
QH bahagikan adunan kepada 3 dan dibakar berasingan.
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. QH guna loyang bersaiz 8”
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. QH guna api atas bawah
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.


Chocolate Ganache

Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila

Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.

Cara mendeco kek

Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan frech cream di atasnya.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Selepas itu salutkan kek dengan coklat ganache dan deco mengikut kreativiti. Simpan dalam peti sejuk semula.


15 comments :

Mummy Ayda said...

Tahniah QH, mummy turut berasa bangga, tambah lagi ushawan kita
cantek betui Bday cake tu :-)D

suri solehah said...

Saya memang kagum dengan tangan yg kreatif...tahniah..moga akan banyak order mulai sekarang....

syapex said...

tahniah2...!! teruskan usaha...

Nooriah Abdullah said...

salam QH
wah cantik lah akak pun semenjak dua menjak macam jadi minat lah pulak nak buat kek2 ni hehee tak kenal maka tak cinta kan, syok bila hasilnya menjadi kan..
semoga usaha QH berjaya menjadi bisnis woman yg disegani chewahh

mama sara nur said...

sukernya he he selamat maju jaya ye QH, dah cantik tu keknya. QH memang boleh ke depan sb hasil2 tangan yg menjadi. jgn lupa letak phone no tu ye he he nanti boleh akak order

mori said said...

congrats QH.. semuga berjaya... hipp hipp hooraayy.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah bertambah lagi sorang usahawan wanita..tahniah QH

MaMa Rey said...

cantiknya kek tu..macam tak mau makan pula..
pandai betul buat..

rahel said...

Waw...sangat menawan...sedap kek tu...tentu c penerima sangat enjoi mamam kek....semoga bisnes maju terus ye QH.

Amie said...

Kalau kak amie kanak-kanak pasti terlompat2 gembira dapat kek yang cantik begini QH!

Rohah said...

cantek keknya..semoga terus maju..

Mamasya said...

Aslmkum QH
comei kek tu...sesuai dg kanak2.
bagus QH mula ambil tempahan....langkah yg baik dithn baru...moga terus maju...

a zura said...

hehhehe cntik..insyaAllah x serik punyer...hbs kek nye

a zura said...

cantikk nmeriah...tq tau sudi buatkan....hbs kesemua kek nya

Wattie said...

Assalamualaikum QH,
Welcome to the club!!! hehehe... Tahniah, semuga terus sukses ya. Hasil tangan QH memang sangat mengagumkan akak, tak pernah jemu memandangnya....