Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Alhamdulillah dapat kita bertemu yea di hari Selasa
ni…semalam QH tak dapat nak bersiaran kerana ada hal2 tertentu yang perlu
dibuat…lagipon line tenet di opis tak ok…bukan setakat blog kawan2…blog sendiri
pon tak dapat nak ditengok…guna broadband pon macam tu jugak…opis letak aje di
tengah bandar KL…tapi line tenet macam duduk di hujung kampong…ade saje gangguan…hukhuk…jom
tukar cite ehhh…
Siapakah gerangannya yer yang mencipta dan pencetus
fenomena ni…seperti yang sedia maklum…sekarang ni tak kira dimana jua
terutamanya di blog2 masakan dan jugak FB sedang mengalami demam Durian Crepe…tak
percaya buka la mana2 blog atau FB mesti kita akan nampak resepi ni…kebiasaan
durian crepe ni berwarna kuning…tetapi ade juga dari idea2 kreatif blogger yang
mempelbagaikan warnanya…ade hijau, pink, biru dan lain2…ikut pada selera
masing2…
Jadi seperti biasa juga…QH pon taknak la ketinggalan untuk mencuba juga resepi ni…sementara tengah panas ni kan…tapi bile dah sampai ke tangan QH…resepi ni terus bertukar la jadi lain…hehehe…sebabnya QH ni tak makan raja buah tu…jadi QH tukarkannya kepada buah kesukaan QH iaitu mangga…jadi dengan rasminya namanya pon turut la bertukar menjadi Mango Crepe…maaf yer kepada empunya resepi sebab menggolahnya sedikit…^__^…nak buat perisa lain pon boleh jugak…perasa blueberry boleh, strawberry, jagung atau apa2 perasa yang sesuai dan mengikut selera…
Mango Crepe ni dah 2 minggu QH buat…masa raya haji
tempoh hari…lepas buat mango crepe ni…sementara nak tunggu ianya sejuk, sebati
dan rasanya tu bersatu…hihihi…QH keluar jalan2 ke Ikea sekejap…ecehhhh macam
dekat ajekan dengan rumah…hehehe…kereta parking di Ikano…jadi dalam perjalanan
ke Ikea tu…ternampak la booth menjual durian crepe...terus tunjuk kat adik2…teruja
kitaorang tengok…maklumla kat rumah dah ade jadi kami tengok2 saje…comel la
sangat saiznya…berbanding dengan yang dibuat sendiri…1 paket tu ade 5pcs dengan
harga RM10…QH rasa memang berbaloi kot harga tu…
Tengok orang buat macam senang ajekan…tapi memula tu gagal jugak QH nak buat crepenya tu…terhangus la…terkoyak la…bile dah nak masuk ke kepingan yang ke-4…baru la tahu macam mana rentaknya…hihihi…
Mango atau durian crepe ni sedap dimakan sejuk…amat
mengasyikkan ketika menikmatinya…tetapi QH tak tahu la berapa lama ianya boleh
tahan dan boleh disimpan dalam peti sejuk tu…dalam sehari dua tu rasanya masih
sedap lagi la…selepas tu tak pasti…
Untuk resepi ini QH ambil dari blog Kak Azlita@MasamManis…terima kasih yea kak…QH nak mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di
sini…QH pilih resepi ni sebab ianya agak mudah…ade yang mengatakan durian crepe
ni menggunakan 5 jenis tepung tapi QH tak jumpa pula resepinya tu...kalau
terjumpa nanti boleh la dicuba lagi…sekarang ni kita tengok aje dulu resepi di
bawah ni yea…selamat mencuba semua…
Mango crepe
Resepi Asal: Durian Crepe / Durian Pancake
Sumber
Resepi: Fatmah Bahlawan
Bahan2
250 gm
tepung gandum
3 biji
telur
500 ml
santan
1/2 sudu
teh garam
1 sudu
teh pandan emulco – QH letak 1/2 st esen vanilla
1 sudu
teh pewarna hijau – QH guna pewarna kuning
Caranya
Satukan
semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau
rata
Masukkan
dalam blender dan kisar
Kemudian
tapis
Sediakan
kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan
hingga kuali benar-benar panas
Oleskan
sedikit minyak pada kuali
Kemudian
kecilkan api
Tuangkan
satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan
tak perlu di balikkan
Bila
permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat
sehingga habis
Biarkan
sejuk.
Mango Filling
Bahan2
1 cawan
Non Dairy Whipping Cream
2 biji
mangga atau secukupnya
Caranya
Mangga
dibuang kulitnya. Isi mangga dipotong nipis dan memanjang.
Pukul
Whipping Cream dalam mixer hingga kental.
Kalau nak buat Durian Crepe sila gunakan filing durian yea…resepinya
seperti di bawah ni
Durian
Filling
By: Nia Kurniasih
Bahan2
1 cawan
Non dairy Whipping Cream
Isi
durian secukupnya
Caranya
Pukul
Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan
isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.
Cara membalut crepe
Bentangkan 1 keping crepe.
Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
Letakkan isi durian (isi mangga).
Tutupkan semula dengan Whipping Cream.
Lipatlah crepe.
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar.
Enak di hidangkan dingin.
Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
Letakkan isi durian (isi mangga).
Tutupkan semula dengan Whipping Cream.
Lipatlah crepe.
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar.
Enak di hidangkan dingin.
Cara2 untuk melipat crepe boleh tengok di
blog Kak Azlita yer…seperti biase QH tak dapat nak sediakan…maaf yea

22 comments:
QH, agak2 kalau buat dengan buah kuinin sedap tak?
terbaek!!!
Assallamualaikum QH..
Wah manggo crepe dah kena ikat.. Sian dia.. Meh bak kat akak 2 ketul..
nyummm nyummm!!
Assalamualaikum hemmm tebaik..sdp kan....akk next week nak cari durian pulakkkk....
As'salam Qasey
sana sini dok menayang crepe durian. kak ct boleh tengok aje. sebab tak suka durian lah dik..
Assalam QH cayang.. samalaa kita rupanya.. akak pun berajat gak nak mencuba tapi bukan durian laa kot.. akak boleh makan durian cuma yg fresh gitu jer atau yg buat bubur kacang jer.. masuk versi cake atau yg bercampur ngan bhn cake jer cam tak berapa pandai nak makan. Guna mangga ni nampak menarik sgt.. :)
Yelah skrg ni sane sini demam durian crape, rasa geram plak dok tgk je hihihi
nak buat n dh beli durian pun tp...alahaiiii si kecik ni bukan blh ummi dok dpr lama huhuhu so makin lama isi durian tu makin kurang dok kena telan sikit2 hihihi....
aduhaiiii menggoda sungguh crape mangga QH tu... comel!
alahai..hampir setiap hari nampak crepe durian, mmg dah teruja ni,cuma masa je belum sesuai..kalau buat isi buah lain pun compem sedapkan..
cantik....nampak sedap....belum pernah mencuba lagi.....lepas nie kot.....
memang tengah famous kan durian crepe.. nanti macam2 crepe ada kan..
sedap nampak.. manggo crepe pun boleh tahan mengancam gak.. tak penah rasa lagi.. :)
aiiishhhh jeles tengok org len dah pandai wat.. walaupun selepas 4 kali percubaan.. lepas tu
menjadi.. cantek plak tu ye.. :) syabas!!
aduh duh duhhh ...!!! gugur jantung~
mesti sedapp nie buh manggo! LUV MANGGO~~
tengok pun dah tau dah benda ni mmg sedap,belum lagi makan ni QH confem tak cukup satu bantai tu haha b ila lah kak noor nk buat ni
sedapnyer qh aritu mayang wat crepe sweet corn pun sedap gak....
betul kan tgk penuh je tayangan durian crepe dimana2 he he akak leh tgk je lah sb tak berminat dgn durian yg diolah2 hu hu tp kalu mangga sure blh terima tekak ni,sedapppp..
resepinya sama ekk blhlah menerai jgk tak thn tgk crepe tu he he
Ohh tidakkkkk....Crepe di sana sini...Bila la sue nak buat crepe juga ni..:D
baru tayang durian.. dah kuar mangga.. aduyaiiiii... tergodaaaa
Salam Qasey....
Skali lg gue tertinggal keta api....org dah buat crepe...saya belum lg....
Oh nooooo...(nak join jerit dgn ibh_sue) sakitnya hati kakpb tengok crepe2 sana sini. Sape nak tolong bagi kakpb rasa ni, sampainya hati korang.
Assalam Qh,
waduh first time nampak mango crepe..
selalu nampak durian crepe..satu kelainan ni..
akak pun sama macam kak pb..sana sini crepe ,..
boleh cripple tengok lama2 tau..hehe
Macam2 crepe ada.. Pernah tengok ada blogger tu letak jagung manis dalam tin.. Semalam baru menjamah durian crepe.. Memang nikmat tak terkata.. :)
demam crepe ni memang melanda sekarang tapi bundo belum pun sekali membuatnya. Mango crepe ni ada kelainan. nanti pasti ada crepe buah-buah yang lain haha..
Post a Comment