Friday, September 7, 2012

KUIH TAKO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hmmm mood raya lagi ker??? Tentu la kot...QH pasti hujung minggu ni mesti ramai rakan2 kat luar sana tu yang akan buat rumah terbuka...tak pon tentu mendapat banyak jemputan ke rumah terbukakan...rakan2 blogger yang lain takde ker yang buat open house jugak…jemput la QH…boleh jugak kita berjumpakan…ehhh2 QH ni sibuk ke rumah orang pulak kan...rumah sendiri bile lagi yer...hihihi...kalau buat ade ker yang nak datang ekkk???

Ok cukup la tu nanti karang kalau dah meleret2 ceritanya…dah tak siap2 pula resepi untuk hari ni…biarkan saja cerita tu tergantung macam tu saja ehhh…hihihi


Masa bershopping barang2 dapur di JJ…kat bahagian sayur2 tu…QH terpandang la pulak ade sengkuang cina di situ…rasa macam nak melompat pon ade jugak masa tu…sengkuang cina ni susah jugak nak dapat kalau tak kena pada musimnya…jadi bile dah nampak tu terus la amik…sebab dah lama jugak cari tapi tak jumpa2 atau mungkin QH tak perasan akan kewujudan buah tu si situ selama ni…terus saja terfikir nak buat kuih tako la…kebetulan hubby memang suka kuih ni…

Jadi kali ni QH nak berkongsi resepi Kuih Tako la pula…kuih ni amat senangkan kita jumpa…tak kira di pasar malam, bazaar ramadhan atau di gerai2 tepi jalan…kuih ni mesti ade antara kuih2 yang lain tu…ramai jugak yang menyukai akan kesedapan kuih ni…QH pon rajin jugak beli kuih ni kalau ternampak…


Sedang bersemangat membara2 nak buat kuih…rupa ade satu saje bahan yang lupa nak dibeli…nak tahu ape??? daun pandan!!...aduh jiwa kacau dah masa tu…nak keluar lagi dah malas…puas la memikirkan nak digantikan dengan bekas ape untuk kuih tako ni…QH duduk diam2 kat pantry untuk bertenang sambil mata meliar mencari bekas yang sesuai untuk kuih tako tu…ok dah jumpa…push up container jadi penyelamatnya…fuhhh lega sudahhh

Ok buat la kuih tako ni menggunakan push up container tu…kiranya ni versi moden la ehhh…tapi nanti bile2 nak cuba jugak versi tradisional tu…amat senang la buat kuih ni sekejap jer dah siap…wah boleh buka gerai tepi jalan ni jual kuih ni bulan puasa nanti…hihihi…

Resepi hasil carian google…jumpa la blog Juwita@Juwita Faris and Family ni…resepinye QH ambil dari blog tersebut…QH buat kuih ni mengikut pada resepi asal tu…terima kasih yer Ita atas perkongsian resepi yang sedap dan mudah ni…tak rugi mencuba kuih ni…memang sedap…kena dengan citarasa kami…yang penting hubby kena habiskan kuih tu sebab QH dah buat banyak tu…hehehe…pada Ita…QH mohon untuk letak resepi tu di sini pula yer…pada yang lain selamat mencuba tau…


Kuih Tako

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe hijau (ita guna putih)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear) - ita guna buah pear
ita tambah sedkit esen pandan dan pewarna hijau

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
secubit garam 



Cara-cara
1.     Susun kotak pandan atas tray.
2.  Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
3.   Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
4.  Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
5.   Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
6.   Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
7.   Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
8.   Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


Cara nak makan menggunakan push up container ni senang saje…tolakkan saja ianya ke atas atau boleh keluarkannya dan letakkannya dalam piring…

21 comments :

Mas Sani said...

mak aik...kreatif nye...skali pandang mcm askim plak... suka2...kalo pose wajib beli, simpam dlm peti ais makan masa sejuk...segarnya...
lain plak upe sengkuang tu ye...mcm cendawan shitaki pun ye hihihihi

Tina Othman said...

haa tak penah makan pun kuih tako ni, ingatkan mcm tepung pelita tapi lain ye

yelah sana sini mood raya lg, hujung minggu jgn ckplah dgn org kawin lah, open house lah, mcm2

mama sara nur said...

ada adeee akak nk dtg he he mesti menu2nya best2 belaka kalu QH wat OH kan
tgklah tu tako yg sedap ni pun QH dah buat...memang sedap ni tp kan bulan puasa lepas akak x makan pun x jumpa tiapkali ke bazar tu yg byk tepung pelita je hu hu nak buat malas meh antaor kat akak sikittt

~aYu~ said...

camne rasanya tu.. tak penah rasa..

:: Mrs.Eady :: said...

tak pernah rasa..

ummiakid-lily said...

kretipny...suke kueh tako. Rak utk letak acuan tu cantik...beli mana ye...?

IntaNBerliaN said...

wah... kreatifnya.... :_)

IntaNBerliaN said...

wah kreatifnya... biasa sy mkn yg dlm daun pandan je :-)

ijayuji said...

Salam QH! Terbyg byg bila kuar dr esbok kuih ni sedapppp!! Klu letak tepung hown kwe mmg rasa kuihnya asli gituuu :D

norhidana said...

alahai sedapnyer... sgt suke rasa kerangupan sengkuang cina bhg bwh tu... best gk kan kak gune container gini...

Rohah said...

mmg sedaplah ini kueh....cantek bekas tu..bagus idea tu, walaupun mula2 buntu ye..sbb orgnya kreatif..

zila norazila said...

salam syg QH wahhh tadi dpur kak ita pun ada tako ..sedapnyaaa..fav akk jgn nie tau..:)

Balqis Nazid said...

alahai kreatifnya....cantik2 comel2 pulak tu... kalaua da depan mata ni konpem saya tenung sampai puas sebelum ngap he..he..

ibundo said...

sedap.... dan bundo pekenan sungguh kat push up container tu..

Nur-nba said...

Inovasi terkini kuih tako... QH memang rajin.. Kreatifnya dia.. Boleh buat jualan dah ni.. :D

rahel said...

Salam QH...
Cantek la kuih tako ni...hantar kat umah gue separuh yer...

nOOrsha said...

salam...kretippla QH...klo kt x taw nk boh mane sbb lupa bli daun pndan....huhu..silap2 boh sume dlm loyang je..hihi:)

Marsita yahya said...

Salam perkenalan Qasey,
anak saya ternampak gambar Tako ni...emm sedap nyer mak katanya...saya kata, nak ke, nanti mak buat.

FnF Simple Life said...

comel nye kuih tako QH letak dalam bekas comel tu

Wani said...

comelnya push up container tu.. sekali tengok cam kuih tepung pelita je.. rupanya lain ekk... emm blh nak cuba nanti ...

Naz / Nadz COSK said...

QH, hihihii..comel sangat kuih tako dok dlm bekas push up tu.. Kreatiflah awak ni...