Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sebelum tu QH mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang
telah memberikan komen2 yang positif mengenai wajah baru blog Qasey Honey ni…terharu
atas sokongan anda semua tu…rata2 mengatakan wajah baru blog ni lagi best la
senang cakap…hehehe…jika terdapat lagi kelemahan2 yang lain mengenai blog ni…jangan
segan yer untuk mengomen lagi…InsyaAllah ianya akan diperbaiki dari masa ke
semasa…sebab kita sendiri tak akan nampak cacat celanya jika tak diberitahukan…pada
kita dah cukup sempurna…tapi bile ade mata2 lain memandang lain pula
presepsinye kan…cehhh ayat taknak kalah tu…cakap dah macam YB dah…hahaha….
Tapi betul QH amat berterima kasih sangat atas sokongan anda semua tu
untuk memperbaiki lagi blog ni…tanpa kalian sape la QH ni…huhuhu…sila baca
dalam mood sedih yer…huhuu…
Ok cukup2 la tu ehhh…jom kita bergembira balik dan ceria2 di hari Jumaat
yang mulia ni…di penghulu segala hari…sebab ape kena gembira sebab hari ni
merupakan hari terakhir untuk kita bekerja pada minggu ni…pastu esok kita boleh
bersukaria di rumah…boleh pergi berjalan2 dengan keluarga untuk menghabiskan
duit ke misalannya…hahaha…minggu gajikan minggu ni…yahuuuu…mesti ramai yang
keluar untuk bershopping…mungkin ramai juga yang mengambil cuti pada hari Isnin
nanti…sebab memandangkan pada hari Selasa tu nanti merupakan Cuti Umum sempena
Hari Pekerja…alang2 1 hari aje lagi bekerja tu…baik la ambil cuti yer tak…dapat
la 4 hari secara terus menerus…hehehe…
Kebetulan sekarang ni…kat PWTC sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan pada 27 April
2012 hingga 6 Mei 2012…yang bertemakan "Dunia Tanpa Sempadan"…tertarik
sangat dengan tema pesta buku tahun ni…mane tidaknye…terus teringat blog CMG...Dapur
Tanpa Sempadan…hehehe…
Jadi pada sesiapa yang berminat boleh la pergi ke sana yer bawa anak2
sekali…masa ni harga buku murah sedikit dari biase…QH pon bercadang macam na ke
sana jugak besok…itu pon kalau terajin la…nak pergi masa lunch…nak borong buku
resepi banyak2…hehehe…masa ni jugak la kalau nak membeli mane2 majalah yang
terlepas keluarannya…QH suka pergi ke booth Karangkraf…banyak buku2, majalah
dan novel2 yang QH suka…lagipon seperti kebiasaanya booth tu la yang paling
besar kat pameran tu nanti…
Ok jom sekarang ni pula QH nak menjemput anda semua untuk menjamu mata
dengan resepi QH kali ni…hehehe…jangan marah yer…resepi kali ni merupakan kuih
kegemaran QH tau…pergi mane2 ker mesti kuih ni tak ketinggalan QH beli kalau
jumpa la…kalau bulan puasa tu antara menu wajib la dan agak kerap jugak QH beli
untuk berbuka…kalau nak buat memang tak berbaloi la masa tu sebab nak makan
setakat seeping dua aje…hihihi…
Resepi ni QH ambil dari Noorsha@1001 cerita 1001 rasa…kuih ni projek QH
dan hubby…tugas QH bahagian menguli doh…tapi tak uli guna tangan…menggunakan
khidmat bibik robot QH tu…hubby pula bahagian masak sambalnye…hihihi…ade tugas
masing2…burger ni buat pon dah tengah malam tau…tetiba teringin nak makan lak
masa tu…bahan pon memang ade…cuma timun aje la yang takde stok…tapi tu tak
menjejaskan langsung pon…hihihi…yang penting sambalnya dan doh tu yang penting…
RESEPI PAU SAMBAL @
BURGER MALAYSIA
Bahan² untuk doh
2 cawan tepung gandum
2 sb margerin
2 sb susu tepung
2 sb gula halus
1/2 sb bread softener
1 st bread improver
2 st yis
125 ml air suam
Cara² Penyediaan Doh
1. Gaulkan semua
bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli
sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air
suam sedikit lagi.
2. Biarkan seketika
hingga naik 2 kali ganda.
3. Bila dah naik,
tumbuk² adunan untuk buang angin. bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama
besar, leper²kan sket...
4. habiskan membentuk
baru digoreng. mulakan gorengan dengan bulatan doh yg mula2 dibentuk tadi
hingga kuning keemasan.
5. toskan dan biarkan
sejuk sebentar.
Bahan² Untuk Sambal
Tumis
*15 tangkai cili
kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
Cara² Penyediaan
Sambal Tumis
1. Blend bahan
bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di
blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam
jawa, perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan juga ikan
bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)
Bahan Pelengkap
Telur Rebus
Secukupnya- hiris – QH guna
telur dadar
atau timun secukupnya
– hiris – QH xletak
Cara² Penyediaan Pau
Sambal @ Burger Malaysia
1. Belah tengah pau
yang siap digoreng.
2. sudukan sedikit
sambal dibahagian yang dibelah tadi.
3. letakkan hirisan
telur @ timun.
4. cover dengan
belahan kedua. siap untuk dihidang.
31 comments:
cantiknya gambar gambar. Terasa lapar melihatnya. Nak tanya QH set kamera kat auto atau manual ya? Nampak very sharp. Di dalam atau di luar rumah?
Salam kak QH!!! kita nak!!! nak buat bf, lama sgt tak buat pau sambal, sbb takde sambal tumisnyer, eeeeeee.. ni yg terasa nak buat jugak ni kak :D kalau ari ni rajin tp penat, kita buat sambal tumisnya dulu hihihi.. aduhhh mengidam sudahhh
salam QH adoiiiii sedappppppp nye nampak tu mula2 macam simpul2 malu gitu pastu baru terserlah kejelitaan nya yg penting sedapp ni akak sangat suka yg pedas2 gini
Adda memang suka burger malaysia ni..igt zaman-zaman sekolah dulu..kuih ni la wajib beli bila nk g sekolah...
Tengkiu QH akak tersilap tadi p publish hahah masa tu tengah update ,sukeeeee beger ni dolu2 jaman sekolah pantang nampak
Qaseh Honeyku,
Salam kenal juga dari hakak..makasih yer sudi berkunjung!! rumah burok ajer..hihihi
selalu nampak qh tapi tak tegur,segan!!
datang lagi nanti.
akak follo sebab skrg nie nak link tak boleh dah banyak kwn2 tapi tak leh link lagi..
muah muah muah..sebagai pengenalan bak ler sedulang berger tu..kalau dulu suka makan kat kantin sekolah(masa zaman sekolah).skrg dah boleh dah buat sendiri kan.tinggal rajin tak rajin ajer
salam QH...mula2 tengok gambar semuanya bertutup, ingatkan nak hantar kt ucu b.m'si tu..bila turun bawah..lagilah di'close up' burger tu buat ucu terliur..ucu blm sarapan lagi ni..
Assalam Dik QH..Akak berkunjung balas....Wah akak suka burger ni...dah lama tak buat...malas nak menguli..hehehe..nak sebijik?
Salam HQ....sedap tu...fev anak2,rajin HQ menguli malam ye....
Salam QH..
alahai burger msia... mmg lama betul tak buat
kalau x silap pernah buat sekali jer masa bln pose..
hehehe rajin cik hubby tlg :)
Assalamualaikum QH,
berderet-deret susunan gambar burger Malaysia dia... ni kita pun berderet2 menunggu habuan masing-masing he he hehh ada ke lagi burger untuk kita rakyat Malaysia ni?
salam qh...rajin betul die eh...even working woman pon rajin lg eh..kalo kite balik sure da fingsan...hehe
Salam QH memang blogs QH cantik dan meleTOP! cantik akak suka naaaa.. dan nak komen pendek aje ni... NAK SEMUA YANG ADA DI ATAS TU.. hehheheh muahzzz
assalam
Sedap dik burger Malaysia ni, kena sambal bilis, 2,3 ketul habis he he
salam kenal QH.
1st time singgah sini...sedap2 resepi disini.bolehlah saya mencuba.
bestnye kak...siap ada telur dadar yg special tu...lain kali kalau buat nk letak telur dadar gak.
As'salam Qaseh
pernah buat tapi tak cantiklah kuih ni tak bulat2 dia jadi bujur lak..hehehe. Tapi lembut aje memang suka makan kuih pau sambal ni, dulu kalau balik dari sekolah mesti singgah gerai beli 2 ketul makan sambil jalan..hehehe
sedapnya tgk burger malaysia ni....lama tak buat. best buat sendiri boleh bubuh sambal tu byk mana kita nak kan..:)
As'salam QH ..
Cantik picture QH. Tahniah !!
Nampak sangat menyelerakan Burger Sambal QH tuu... mintak 3ketul tuk Nina
hehee . . . .
Wahh .. Beruntung QH, hubby rajin bantu kat dapur buatkan sambal.
Ermmm .... sambal ur hubby bikin Nina lagi terliur~~
hehee
Hi Casey, first time I see a Malaysia burger. But it sure looks good. I think 3 pieces will be fine with me, ha ha.
Have a fun weekend, and keep a song in your heart.
Lee.
salam qh
agak kelewatan singgah..h eheee rasa2nya dah habis ler burger tue..kita suka jgk..:) ingat zaman sek2 ..slalu beli:)
wah sedapnya, ingat lg dulu2 time sekolah kirim kat kawan ni, sebab mak dia mmg pakar buat burger ni, naknya kalau sambal dia pedas,wahhhhh
Sedapnya terliur tengok!!
Ada kelainan letak telur dadar..Masalahnya akak buat mesti tak jadi!! buat donut pun keras
Kalau nak beli tak cukup ,anak suka makan tapi maknya tak tahu buat..Akak ikut semua stepnya..
Pelik tapi benar!!Malu dekat CMG
wah!akak suka kombinasi telur dan sambal itu..Letak timun mesti krap krup bunyinya...sedap ni nanti akak pun nak buat juga lah..^_^
Pagi QH,
datang semula nak bagi reply tentang lauk sardin tu... masak seperti biasa, boleh bubuh cili jika suka pedas, tapi sebab sebahagian sos sardin sudah digunakan untuk nasi sardin, jadi bolehlah tambah sos lain termasuk tomato puree (sebab guna tomato puree juga dalam nasi sardin tu). Tumis dulu segala bawang & halia, segala sos pilihan termasuk sos tomato, sos tiram, cili kisar dan sebagainya, barulah masukkan ikan sardin. Selamat mencuba QH.
klau buat sendiri mcm2 boleh letak filling.. klau beli ada sambal jer.. sebiji tak cukup ni QH..
Waaah sukenya burger sambal...peberet ni...x cukup satu adunan klo bt ;-)
Salam KAk QH..patriotik kuih tu... terliur CW tengok! =)
wah dah lama tak makan dan buat burger malaysia aka pau sambal niiiii..
kecurlah bila akak tengok gambar QH ni..rasa nak ambik 10 ketul ..
Assallamualaikum QH
Firstly, tq sbb bagi link utk buat tanda tangan tu dan tq gak sbb bg tau kat mana nak beli cawan kertas yg cute tu..heheheh Tp jauh la dari akak.. Nape la IKEA tu cuma ada kat KL jer..huhuhuhuuu..
Amboiiii siap amik gambar di balik tudung saji hehehe... Best buger malaysia akak buger mini ni. Letak sambal banyak2 biar tesembul2 sambal tu masa digigit..hehehehe
Salam QH,
Alamak, hari ni terlepas bas la pulak, agak agak ada lagi tak lebihan burger Malaysia tu, tak tahan nengok sambalnya tu......
Post a Comment