Tuesday, February 21, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.......
Selamat tengah hari semua...
Dan salam penuh kasih sayang dari QH...semoga anda semoga tak jemu untuk berkunjung dan menjenguk blog QH yang tak seberapa ni....

Hari ni QH nak ajak semua berbrownies pula...
resepi kali ni Super Fudgy Brownies...
resepi ni dah di olah oleh Kak CT dari blog Dari Dapur CT...
QH pula meniru resepi Kak CT ni...hehehe
Tak tahan sangat tengok bile Kak CT menayang brownies tu hari tu...
Coklat pula tu...memang favret la kan...
Sudahnya QH pon buat la...memang berbaloi bile mencubanya...
Semerbak baunya semasa proses membakar tu...
Rasanya memang sedap sangat...sampai tak sempat brownies tu nak menyejuk sepenuhnya...
Suam2 lagi QH dah potong...hihihi...tak sabo nak merasa...
Pada QH lagi sedap dimakan brownies ni masa panas2 tu...


Tapi disebabkan brownies ni nak dimasukkan ke blog...
Jadi QH tinggalkan sedikit untuk ditayang la pula dan dideco sikit...
Kalau tak mengenangkan tu...dah habis time tu jugak kot...hahaha
Untuk brownies ni...QH letakkan coklat ganache...sebelum letak perhiasan yg lain2 tu...
Pada QH rasa brownies ni pula memang sedang2...tak berapa manis...secukup rasa...
Pada Kak CT...QH minta izin untuk letak resepi yang sedap ni kat sini pula yea...
Jom la kita reramai tengok resepi ni nak...


SUPER FUDGY BROWNIES
Resepi: Martha Stewart
Di Olah: Che CT

Bahan-bahan:
120 gm unsalted butter – (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour – (1cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko – (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan – dadu kecil-kecil
240 gm gula perang – (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur:
Almond Slice / choc chips - QH xletak


Cara-Cara:
1. Panaskan oven 180’C. Sapukan loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak ke dalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna kaedah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga bercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang telah diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
 7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)



4 comments :

rahel said...

Salam QH,
tak tahan tengok brownies lama2,takut tergoda..ahaks..ahaks...

E-na Lovely Kitchen said...

nanti e-na nak try plak resepi ni...:))

CT Delima said...

As'salam QH

salam pagi ceria, nak jugak brownies tu, mengencessss dah ni, lagi ditambah ganache tu emm...telan2 air liur dah ni...hehehe

tr kasih ya QH sudi mencuba, dan belek2 resipi Dari Dapur CT tu, semoga perkongsian resipi ini memanjangkan silaturahim antara kita bersama2..A-minnn

quinnie said...

dah lama betul saya tak buat brownies...:)