Tuesday, February 7, 2012

MIHUN SUP

Assalamualaikum…

Selamat pagi dan selamat bercuti semua…

Pada penganut agama hindu Selamat Menyambut Hari Thaipusam…

 

Suka duka sebuah kehidupan…kadang2 tak terduga apa yang akan terjadi…sedang ade yang gembira tak kurang juga ade yang berduka…

Malam tadi dan pagi mak QH telefon mengatakan yang makcik QH ni kena rompak dihadapan rumah di Taman Pulai Jaya, Skudai…terperanjat bukan kepalang dibuatnya QH…kejadian tu berlaku ketika makcik QH ni nak buka pintu pagar rumah…hubby dan anak dia kat dalam kereta...tetiba perompak ni dah acu parang kat dia dan sorang lagi masuk dalam kereta…habis semua barang2 berharga penyangak ni sapu…kebetulan pula makcik QH ni terbawa la pula begtangan yang berisi semua barang2 kemasnya…memang rezeki penyangak tu la malam tadi…nasib baik tak masuk ke rumah atau melakukan hal2 yang tak sepatutnya…lagi la tak tau nak kata ape…

  

Penyangak ni lak berjalan kaki je masa nak merompak dan tak sangka berparang…lagak penyangak ni pon macam biase je…elok sampai kat makcik QH tu yang penyangak ni terus buat kerja…penyangak ni orang asing...indon…mesti keluarga makcik QH sekarang ni dalam trauma…sebab kejadian malang yang menimpa diaorang berlaku dalam masa 10 minit…sekelip mata…memang diaorang tak boleh tidur malam tadi…nasib baik makcik QH yang sorang lagi tu yang duduk di Kulai Jaya tu datang teman…untuk bagi semangat balik pada diaorang…

Ape yang QH kongsikan ni…semoga ape yang berlaku dan terjadi pada keluarga makcik QH ni boleh kita jadikan sebagai iktibar…supaya lepas ni kita perlu lagi berhati dan tak perlu berlebih lebihan jika berada di luar rumah…lagi satu jangan mudah berbaik sangka dengan orang yang tak dikenali…harus berwaspada dan jangan mudah percaya…


Ok…kali ni QH nak kongsikan pula lagi satu resepi…Bihun Sup…menu yang simple dan cukup lengkap…asyik makan nasi aje sesekali bertukar selera la pulak kan…kita makan pula jenis mee2…cuma bile masak jenis masakan macam ni…kita akan kerap berulang la makannya…hehehe…mudah akan berasa lapar kembalikan…jom la kita tengok resepi ni…rasanya pon boleh tahan juga tau...


 

Bihun Sup

Bahan2
1 bungkus Mee Hoon – direndam dan celur dengan air panas
Daun sup – diracik halus
Bawang goreng
Kacang tanah goreng
Ayam goreng - disiat2 
Begedil


Sup Ayam

Bahan2
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 -6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia* (*dikisar)
3 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
1 sudu besar serbuk rempah sup
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 bungkus sup bunjut tulang Adabi
1 ketul kiub ayam Maggi
Garam dan sedikit perasa
Gula
Air secukupnya

Caranya
Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 kisar bersama bunga lawang dan kayu manis hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan serbuk kunyit dan serbuk rempah sup kemudian tumis sebentar.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
Tuang air secukupnya dan masak dengan api kuat hingga mendidih.
Masukkan sedikit bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar. Perlahankan api dan renihkan.
Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Masak hingga ayam empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


SAMBAL KICAP

Bahan2
10 batang cili padi
3 biji bawang putih
2 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan gula
kicap secukupnya
garam secukup rasa
air panas secukupnya

Satukan semua bahan di atas dan kisar. Sedia untuk dihidang.



4 comments :

Sue @ Nenie said...

Salam...Issshhhh ngeri pula dgr cerita MakCik QH ni..iyalah, sekarang keselamatan kita agak terancam kannnn tak kira dimana saja berada..pantang leka siketttt....

emmmm...mee hoon sup tu nampak sedappppp je..makan panas2 ngan sambal lebih pasti terangkat...

Jay said...

wow..lipsmacking gooooooood..
new to your space..lovely space you have..
very interesting presentation ..
with stunning cliks..
Am your happy follower now.;)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

rahel said...

Qasey...menggiurkan sangat meehon sup itew...lapar pulak tengok...apamacam dah ni?..tooolong..

Cekgu Maz said...

sedap...sedap....sekali sekala makan seronok gak nie...