Sunday, February 12, 2012

CUCUR KENTANG

Assalamualaikum…



Selamat pagi semua…
Dah sarapan ker?
Sarapan dimana agaknya yea...biase la hujung minggu macam ni…ade yang nak bersarapan di rumah saje…ade yang nak bertukar selera pula…sarapan di warung2…
QH???
QH sarapan dirumah saje…




Kali ni QH nak share resepi untuk sarapan pagi pula…Cucur Kentang…bile memikir menu ape yang kita nak masak…memang pening kan…nasib baik ade blog2 masakan ni…hehehe…cari la menu ape pon…pastu tengok gambar macam mane rupanya…agak2 berkenan…boleh la terus mencubakan…termasukla resepi cucur ni…walaupon simple kalau dah berkenan tu…tetap kita nak mencubanya kan…




Resepi cucur ni QH ambil dari blog Pencari Harta Qarun…berkenan sangat pula nak mencuba bile tengok gambar2 cucur kat blog ni…rasanya sedap…lagi la bile dimakan panas2…cucur ni makan macam tu aje pon dah ok…tapi kalau sesiapa yang suka makan cucur bercicah boleh makan dengan sos cilia tau sambal kicap ker…

Pada empunya resepi ni...Pencari Harta Qarun…QH minta izin untuk share resepi ni disini pula yea…jom la kita terus tengok resepi di bawah ni…




CUCUR KENTANG

Bahan2
2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji kentang saiz besar (di potong dadu)
2 biji bawang besar ( dipotong dadu)
1 biji cili besar merah..di potong nipis-nipis
daun sup dan daun bawang
RM 1.00 udang kering
1 sudu serbuk kunyit
secubit garam
1 biji telur ( Optional) tak masukkan pun xpe
2 Mug air kosong
minyak untuk menggoreng

Caranya
Masukkan semua bahan dalam besen..dan kacau hingga sebati...dan goreng
panaskan kuali dengan api kuat dahulu dan letakkan api paling rendah tuk proses menggoreng supaya adunan masak luar dan dalam...


Sos

Bahan2
10 batang cili merah* - dibuang biji
2 ulas bawang putih * (*dikisar)
Sedikit cuka makan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Caranya
Semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak. Bahan sentiasa dikacau sampai cili masak supaya tidak hangit dan perasakan. Bile sos sudah pekat matikan api. Siap.



2 comments :