Monday, January 23, 2012

ROTI JALA zam zam ala kazam

Assalamualaikum…

GONG XI FA CAI…HAPPY CHINESE NEY YEAR…diucapkan kepada masyarakat berbangsa cina atau kepada sesiapa yang menyambut perayaan ni…tak lupa juga kepada teman2 blogger yang menyambutnya…

Kawasan rumah QH malam tadi meriah dengan bunyi mercun…dum dam dum dam…sana sini berlawan2 pasang mercun…memang meriah la malam tadi…makin tengah malam…makin rancak lak…mungkin lepas makan besar malam tadi kan…semua keluarga berkumpul…tu yang rancak aje bakar mercun…kalau perayaan kita pon macam tu jugak kan…masa berkumpul la seronok bermain bunga api…hehehe…




Tapi resepi yang QH nak share hari ni…takde kena mengena yea dengan perayaan ni…hehehe…sebab tekak kampong…jadi nak masakan kampong juga la seleranya…

Menu ni merupakan salah satu makanan kegemaran QH tau…ape lagi…roti jala la…nak pula dimakan bersama kari ayam…perghhh…mak mentua lalu pon tak perasan agaknya…hahaha



Resepi roti jala ni…QH ambil dari blog Air Tangan Reen Khan…Kak Reen Khan menamakan roti jala ni…roti jala zam zam ala kazam…hihihi…sikit punya panjang yek namanya…tapi jangan tak tau…disebabkan namanya tu la…resepi ni masuk dalam majalah AROMA keluaran edisi Januari 2012…klik sini…tahniah yea kak…siapa sangkakan…editor majalah masakan sekarang memandang hasil karya blogger2 masakan pula…berbaloi jugak kan…hasil penat lelah kita dihargai…Kak Reen Khan pon ade menjual botol roti jala muncung 3 tu…kalau berminat sila rujuk sini yea…



Tapi untuk acuan roti jala ni…QH guna botol muncung 2 aje…QH beli di kedai D.I.Y Jaya Jusco AU2…ok la…kita tengok resepi jom…pada Kak Reen Khan…QH mintak share yea resepi ni untuk diletakkan di blog QH pula…terima kasih…


ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 air
garam secukup rasa
2 warna yang berbeza
1 biji telor

Cara
Blend kesemuanya.
Tapiskan adunan supaya tidak berketul2.
Bahagikan 2 bahagian.
Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza
dan 1 bahagian lagi warna yang lain.
Masukkan ke dalam botol muncung 3 – QH guna muncung 2.
1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan
dan 1 botol warna yang berbeza picit secara menegak.



2 comments :

Melly Octaviana said...

cantik roti jala nya.. pasti nya sedap juga..

Qasey Honey said...

Melly Octaviana...
tq...tp xbape kemas la...makan mcm tu pon dh sedap...bleh la cuba plak..hehe