Qasey Honey. Powered by Blogger.

KARI AYAM

Assalamualaikum…

Selamat tengah hari semua dan selamat bercuti lagi…

Dah makan tengah hari ker????
Mungkin dah kot atau mungkin kejap lagi…lepas tengok blog mungkin…hehehe…

 

Sama la seperti QH…tengok blog dulu…sebelum buat ape2…hihihi…sebenarnya setiap 5 minit yea…bukan ape takut ketinggalan nak tengok resepi2 terkini dari teman2 blogger yang lain…lepas tu mula la ligat kepala ni…fikir lepas ni nak buat ape…nak buat ape…hehehe…biase masa ade kat rumah atau cuti la terkena penyakit ni…kalau time bekerja lak…buat list lak tak habis2…sampai berhelai2…kejap2 salin tak pon…copy screen tu terus save dalam pendrive…senang nak cari nanti…alamak kantoi la macam ni…oppsss rahsia tau…hahaha…tapi benda2 tu dibuat bile kerja betul2 dah takde yekkk…alamak penipuan lagi…hahaha



Ok la untuk resepi kali ni pula…menu kari ayam lak…buat kari ayam ni sempena untuk dimakan bersama dengan roti jala…pada entri sebelum ni tu…sebenarnya QH cukup suka sangat makan kari ayam…mak dan makcik2 QH memang sedia maklum…kalau QH ade menu kari tu pasti ade…lauk lain takde pon takpe…kalau boleh hari2 kari…hehehe…tapi kalau dah hari2 nak kari bertambah lak lemak di badan2 ni…tak sanggup!!!! sorry termelalut lak…



Kari ayam ni QH buat sedikit pekat sikit…suka yang macam ni…baru la macam ala2 mamak sikit…kalau hubby lak suka tambah dengan kicap sikit…tak tau la macam mane rasanya…ikut selera masing2 la kan…jom la kita tengok resepi yea…kalau rasa teringin boleh la cuba…



KARI AYAM

Bahan2
1/2 ekor ayam
1 paket Perencah Kari Ayam Maggi
1 paket kecil serbuk kari ayam
1 biji bawang besar
4 tangkai daun kari – dihiris
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 biji cili padi - diketuk
3 biji kentang – buang kulit dan dibelah 4
Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Caranya
Panaskan minyak, tumis cili padi dan bawang besar hingga kekuningan & pastikan jangan sampai hangit.
Masukkan perencah kari ayam maggi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Gaulkan ayam dan kentang hingga bergaul rata dengan rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit dengan api sederhana.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa, air asam serta santan cair.
Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut, masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.


No comments