Tuesday, January 31, 2012

IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…


Ikan bakar…hmmm…ni merupakan makanan feveret QH tau…sejak restoran Sekinchan tu ade…agak kerap jugak la QH dan hubby berkunjung ke sana…bukan untuk bertukar2 juadah yea…hihihihi…tapi untuk menikmati juadah atau menu yang diorang sediakan…biasenya kalau makan di restoran ni…kami lebih banyak makan lauk pauknya daripada makan nasi…meratah la…kadang2 tu malu jugak sebab kalau order makan tu…macam makan untuk 10 orang…sedangkan yang nak makan tu kami berdua aje…penuh meja…hehehe…kat restoran ni yang bestnya kita boleh pilih sendiri nak ikan, sotong ke udang yang besar mane saiznya…tentu la amik yang beso2 kan…hahaha



Tapi bile dah banyak kali berkunjung ke situ…dah boleh agak2 dah ape ramuannya…cehhh2…macam chef la pulak kan…main rasa2 aje dah tahu ape ramuan atau bahan2 yang digunakan…hihihi…jadi kami pon bercadang la pula nak buat sendiri…memang dah buat pon…buktinya gambar2 ni semua la…hahaha…

Nak buat ikan bakar ni…kita kena buat sambalnya dulu…sambal tu yang penting…penentu kejadian ikan bakar ni umpphhh atau hampeh…sebab kami berdua ni memang cerewet sikit bab makan2 ni…nak yang sedap aje…

Bukan senang nak hasilkan sambal yang sedap ni…kalau tersilap, terlebih atau terkurang bahan2 mesti la tak jadikan…dup dap dup dap jugak la QH…ceh cite mesti nak lebihkan…hihihi…sepanjang proses memasak ni…Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya…sambal ikan ni...tapi tak la 100% macam restoran tu…jadi boleh la nanti QH buka restoran pula...letak brand sendiri…hahaha…berangan…



Lepas dah siap sambalnya tu…baru la boleh memulakan proses bakar membakar ikan pula…QH bakar kat atas dapur aje…menggunakan kuali leper…senangkan…pastu makan macam tak ingat besok masih ade…hehehe…boleh camtu yekk…

Ok la QH letakkan resepi ikan bakar ni di bawah yea…selamat mencuba…kalau dah cuba tu…bagi la maklumbalas…nak tau jugak respon dari anda semua…ok ke tak…selamat mencuba…


IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN

SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.



CARA MEMBAKAR IKAN

Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil

Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.


16 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum.. alamak datang pagi2 dengan perut lapo nampak lak ikan bako alal ala sekinchan. kat ampang ni pun ada jugak rwstoren tu. pernah jugak pergi sekali. trasa2 pulak nak makan ikan bako. ada resepi ni, bila2 ada ikan segar boleh la saya cube ye

cik cek said...

Emmmm...bestnya ikan bako....

Sue @ Nenie said...

Salam..Emmm sedapnya ikan bakor..Sue pernah sekali gi ke Sekinchang ikan bakar..Memang sedap cumanya hidangan lambat sampai buat anak2 kecil Sue menjerit2 dan panjat sana panjat sini..lepas ni bolehlah buat sendiri kat rumah...Lagi selesa dan amannnnnnn...

Emmm pasal loyang chiffon yang berbentuk Love tu Sue tgk kat laman web ni... (http://www.kitchencapers.net/) kat wilton pun ada kottttt

Kak Sam said...

Ambik resepi yea QH. Nampak sangat menyelerakan

Ucu Faridah said...

ucu ambik resepi ye...chef QH..

Qasey Honey said...

Sue @ Nenie...
tq yea bg info psl loyang tu...
mmg pon klau g restoran tu...servisnya lmbt sikit...mgkn rmi org kot..

Qasey Honey said...

Kak Sam dan Ucu Faridah...
ambil la mmg Chef QH kongsikan utk semua...hehehe

nOOrsha said...

salam..terliur sungguh tengok ikan bakar ni..amboih mkn nasi bertambah x toleh kiri kanan ni :)

Qasey Honey said...

nOOrsha...
hahaha tau xpe...bertambah2 seleranya...spi kekenyangan sudah...

Cendana Kasih said...

salam... pergh..tak tahan tgk ikan bakar tu... restoren sekincan ikan bakar tu tgk tempat la jugak....ada sesetengah cawangan tak brapa sedap... tp akak suka makan kat Port Klang..lebih romantik...hehehe

Qasey Honey said...

Cendana Kasih...
hehehe...ye ker...kt port klang ehh...bleh cri ni nti...sya n huby kalau bab mkn2 ni no. 1...hahaha

Melly Octaviana said...

hmm.sedap nya ikan bakar nya,kapan kapan mau buat juga.. nyam..nyam

Ahmad Purwanto, S.S. said...

Jual Alat Panggang Ikan /Sate/Daging/BBQ Sehat dan Alami Tanpa Arang

Mohamad Razali Arshad said...

Saya minta resepinye ye. Sedaaaappp

Ummu Athiyah Ismail said...

macam sedap jer nie..nanti nak cuba gakk...

Norzuryati Mohamad Basir said...

Resepi yang simple, tapi sedap !!
boleh makan ngn nasi, boleh ratah je..perrggghhhhh...sedappnye..
nak cuba ikut resepi ni la nnt..terliur..

Jemput ke blog saya..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, tips kesihatan, tips kecantikan, tazkirah dan sebagainya..
moga bermanfaat