Monday, January 16, 2012

APPLE ASAM BOI


Assalamualaikum

Selamat petang semua…

Dah lama QH tak bertanye khabar dengan pengunjung2 dapur QH ni…ape khabar anda semua…semoga sihat2 belaka la hendaknya yea…cuma QH aje yang tak berapa nak sihat 2 hari ni…huhuhu…semua rancangan QH tergendala…blog pon tak terisi dengan enrti terkini…

 

Tapi sekarang dah ok sikit…semasa entri ni ke udara...(ceh ayat)…QH dah setup pukul bape enrti ni boleh kuar…hehehe sebab QH dah setkan malam tadi…sebab lagi…QH perlu menguruskan beberapa hal yang dah tertangguh dan bertangguh dulu…so hari ni QH terpaksa la kena amik cuti…kalau tak…tertangguh lagi la jawapnya semua urusan tu…(dah macam PM lak…banyak sangat urusan…hahaha)


Kali ni QH nak share salah satu air atau minuman kesukaan QH…jeng2 iaitu air apple asam boi…suka sangat air ni…tak kira makan dimana…mesti air yang akan QH order…tapi dalam banyak2 tempat makan yang QH pegi…rasanya air ni yang paling tersedap yang QH pernah minum la…dekat Medan Selera kat Jalan Semarak tu…yang dekat2 dengan Mindef tu…kat situla tempat QH bekerja dan berkhidmat setakat ni…bukan kat Medan Selera tu yea…kat Mindef tu tau…(cam poyo aje)


Ok…oleh kerana suka sangat air ni…QH ade la membuatnya sendiri…sebab selalu sangat tengok makcik tu buat…QH boleh la agak2kannya sendiri ape bahan2 yang diperlukan tu…kalau anda semua teringin pula…boleh la mencubanya yea…



APPLE ASAM BOI

Bahan2
2 biji epal – dipotong dadu
7 sudu makan gula
2 cawan air suam
Asam boi secukupnya – rendam air panas seketika

Caranya
Satukan epal, gula dan air dalam blender dan kisar hingga hancur. Kemudian tapis dan tuang ke dalam gelas.
Akhir sekali letakkan asam boi dan ais.
Siap untuk dihidang.


4 comments :

nOOrsha said...

ermm..panas2 ni nmpak sedap sgt jus epal asamboy ni..yumyum...

Qasey Honey said...

btul tu sis...tgh2 pns dpt minum air ni..mmg kena la sgt...nyum2

izahdaut said...

bertuah betul tengah hangat2 tunjuk air yg sedap ni. hehe.. dan dan terus teguk segelas air oren en hubby yg kat sebelah ni. licin. hahaha.. adeh sedap nya airrrr..

Qasey Honey said...

hahaha...jgn marahhh...kelakar la sis izahdaut ni...cian hubby u...