Thursday, December 15, 2011

KEK GULUNG BLUEBERRY

Assalamualaikum…


Kali ni saya nak berkongsi pula pengalaman membuat kek gulung @ swiss roll pula…baru pertama kali buat kek gulung ni…proses membancuh dan membakar sama macam buat kek biasa…tapi proses mengulung tu agak susah jugak membuatnya…susah sebab memang tak penah buat…tak boleh nak agak saiz gulung tu…nanti anda semua boleh saksikan sendiri macam mane bentuk kek gulung saya tu…macam huduhhh aje bentuknya…tapi rasa tetap sedap yea…;-)


Masa proses mengulung tu memang gagal la…patutnya kena hati2 sikit dan buat jangan tergesa atau nak cepat siap aje…rupanya kita kena buat slow2 supaya kek tak mudah patah…kalau dah biase mungkin senang la kot...lagi 1…permukaan kek tu pula terkopek2 kulitnya…melekat kat baking paper…mungkin terlebih tekan kot semasa mengulung tu…tapi saya berbangga juga sebab percubaan pertama saya membuat kek gulung ni tak mengecewakan sangat...walaupon rupanya tak cantik dan sempurna...takpe bile buat lagi kek gulung lepas ni saya akan lebih fokus semasa nk membuat proses mengulung nanti…hihihi


Resepi kek gulung ni saya ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan…terjumpa resepi ni semasa tengah selongkar ke dapur CMG ni la…terus rasa berkenan sangat…memang sedap kek ni…nak2 lak dari hasil air tangan sendiri…lagi bertambah la sedap rasanya…

~ nampak tu body dia terkopek2 ~

Ok jom la kita tengok resepi tu di bawah ni yea…pada CMG saya nak minta izin untuk copy and paste resepi ni…untuk diletakkan di sini pula...

KEK GULUNG BLUEBERRY
by: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
60 gram gula halus
60 ml minyak jagung (CMG guna minyak canola)
2 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna violet
Jem blueberry secukupnya (CMG guna jenama SMUCKERS, jenis tanpa gula) 


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. 
Sediakan loyang swiss roll berukuran 7 inci x 10 ini.
Alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan. 
Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. 
Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula.

~ sebelum dibakar ~
(buat corak ikut suka)

~ selepas dibakar ~
(bile dah sejuk kuar jerawat lak)

Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. 
Campur warna violet tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. 
Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Buat beberapa garisan. 
Lorekkan garisan tadi, secara berlawanan. Bakar 18 - 20 minit.

~ sebelum disapu jem ~

~ selepas disapu jem blueberry ~

Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). 
Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. 
Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan jem blueberry rata2.
Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

 

1 comment:

Miss Cat said...

waaahhh.. nmpk sedap sgt!
nk cuba la! thanks kak sbb kongsi~ hehe