Sunday, November 13, 2011

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Assalamualaikum dan selamat malam….

Kembali bersiaran pd mlm ni…mlm ni saya buat muffin lak…ni sbb terterjah blog K.Nor@SecubitGaram...terus jerk nk buat xsesabo tgu besok…mengoda sungguh dan cantik muffin yg dibuat oleh K.Nor tu…mmg betul kata K.Nor buat muffin ni senang jerk rupanya…xspi sejam settle semua…buat muffin sambil tgk AIM tu…AIM kt tv pon xsempat habis kita dh boleh makan muffin tu…ok jugak hosnya mlm ni…AC dan Zizan mmg xbosan nk tgk…xde la terjerit2 atau buat lawak xde org gelak mcm sesetengah hos yg lain…oppss termerapu ke benda lain lak…


Ok la berbalik pd muffin ni…buat muffin ni cuma guna whisk dan spatula aje…xpayah guna mixer bagai…sgt2 senang…menurut kata K.Nor buat muffin ni jgn sampai terlebih pukul lak nti adunan jadi keras…buat cara kaup balik, kaup balik saje spi adunan rata tp……


…tp yg xbestnya…muffin yg saya buat xsama langsung rupanya dgn yg K.Nor buat…K.Nor buat cantik dan terletak jerk kt dalam cup tu…muffin saya lak tersengit2 kt dlm cup tu…anda semua pon leh nampakkan..klik sini klau xcaya…mmg berbezakan cara org pro ngn x…tp xpe saya akn cuba lg…saya bukan pengalah!!! ayat penyedap hati…1st time buat mmg cmtu…sok2 jd la tu…huhuhu…dlm sengit2 tu rasanya mmg sedap sgt!! tp kena sediakan semasa mkn takut nti tercekit lak…sbb terlampau sedap sgt…lg2 mkn panas dgn coklat chip yg mencair tu…kredit pd empunya resepi asal ni…pd K.Nor saya mintak izin utk copy and paste disini yek…nk tgk resepi asal sila klik sini

 
NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : K.Nor@SecubitGaram
*makes 12-14 muffins

Bahan2

250 gm tepung*
2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
2 sudu besar serbuk koko* (*diayak)
170 gm gula castor – ikut K.Nor letak 150 gm
150 gm coklat cip (asingkan 1/4 coklat cip utk hiasan)
200 ml susu segar
80 ml minyak sayuran
1 biji telur gred A
1 sudu teh vanilla extract (xde guna esen vanilla)

Mula2 panaskan oven 200C (bergantung kpd kepanasan oven masing2) saya guna 170C.
Campurkan tepung, baking powder, baking soda, serbuk koko, gula castor dan coklat cip dlm mangkuk besar dan kacau rata.
Satukan susu, minyak sayuran, telur dan esen vanilla dlm measuring jug dan kacau rata.
Kemudian satukan bahan kering dan basah td. Kacau adunan perlahan atau kaup balik sehingga rata. Jgn terlebih pukul nti adunan akan jd keras atau kaku.
Sudukan adunan ke dlm cup muffin 3/4.
Taburkan lebihan coklat cip yg telah diasing td kt atas muffin dan bakar dlm masa 20 minit atau sehingga masak.



2 comments:

K.Nor said...

salam ziarah dr k.nor.. k.nor bg tips sket ya utk hasilkan muffin yg cantik.

1. panaskan oven ke suhu 200C, kemudian godek adunan muffin sampai siap.
2. letak adunan lebih kurang 3/4 cup, jgn lebih (melainkan dlm resipi dinyatakan boleh letak lebih atau disuruh letak 1/2 cup) dlm resipi ni diletakkan 2 sudu kecil baking powder jd biasanya muffin akan naik tinggi sbb tu tak leh letak lebih dr 3/4 cup
3. masukkan muffin yg dah diisikan tadi dlm oven. sebolehnya jarakkan sket dr tepi loyang dgn dinding oven dan jgn rapat2kan sgt antara satu sama lain. kebiasaannya kalau guna oven kecik/biasa ni, kalau kita letak rapat2 sgt, haba dr oven tu tak leh nak serata. tu yg biasanya buat muffin jd senget benget. biasanya yg duk kat tengah2 loyang ok jer tak senget. ni dr pemerhatian k.nor dah apa yg teman2 lain duk tanya k.nor pasal apa muffin bila bakar jd senget. jawapannya sbb disusun terlalu rapat antara satu sama lain dan terlalu rapat ke dinding oven.
4. bakar dgn suhu 200C td lebih kurang 10 min. insyaallah masa ni muffin akan naik membumbung.
5. turunkan suhu oven ke suhu asal spt yg diperlukan dlm resipi kebiasaannya 170 - 180C. dan bakar lg dlm 10 min (depend atas saiz muffin cup)
6. keluarkan dan cucuk dgn lidi, kalau dah bersih tanda muffin dah masak. insyaallah kebiasaannya mmg muffin dah masak bila dilakukan cam step yg k.nor cakap ni

ni kaedah utk hasilkan muffin berbentuk vulcano atau crack.
*sebolehnya letak hiasan atas muffin spt badam/choc chips/ choc rice/bijan atau apa yg disukai kat tengah2. biar membukit kat tengah2, jgn tabur rata sbb nanti bila muffin tu naik dan crack, semua hiasa tu akan ketepi gak. so kalau diletak dr awal rata ke tepi, nanti semua duk tepi dan tak duk tengah2 sgt..

ok.. tu tips cara nak hasilkan muffin yg cantik.. slmt mencuba :)

Qasey Honey said...

tima kasih kak...sbb sudi komen n jenguk blog saya ni...tima kasih jugak sbb bagi tips2 yg amat bguna...