Saturday, November 26, 2011

NASI GORENG KAMPUNG

Assalamualaikum…

Selamat petang semua…


Ape dah petang!!! Alamak lambat lagi utk update entri hari ni…byk sgt agenda utk hrni…tu yg x sempat2 nak menekan keyboard atau  melihat enrti blogger yg lain…


Boleh x…nk update entri tanpa perlu bercerita ape2 kali ni…kita tgk gambar2 jerk kali ni…sbb lepas ni pon ade entri tertangguh lagi…


Kali ni saya nak share pulak menu sarapan pagi tadi...nasi goreng kampong…tanpa membuang masa…jom kita intai resepi yg xseberapa kat bawah ni…


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan2
3 cwn nasi sejuk - dileraikan
1 keping isi ayam – didadu kecil
10 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 gm ikan bilis* (*dikisar)
1/4 biji kobis – dihiris halus
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng – utk hiasan

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam kacau rata sehingga masak.
Masukkan kubis dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan nasi dan gaulkan hingga rata.
Pecahkan telur di tengah dan kacau rata dengan semua bahan.
Rasakan garam.
Sediakan untuk hidangan keluarga.

1 comment:

Ann said...

sedap ni.. makan time-time hujan