Sunday, November 27, 2011

CUCUR KELEDEK oren

Assalamualaikum


Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H kepada kawan2 dan seluruh umat islam xkira berada dimana…semoga hijrah kali ini akan membawa seribu kebaikan buat kita semua dan semuga tahun ini akan lebih baik dari yang sebelum2nya...InsyaAllah.


Skrg ni xboleh nk membebel panjang2 sbb nk pegi ke dapur lagi utk sambung memasak utk menu tengah hari lak…Ok la…jom jenguk menu ape pula dari saya utk pagi ni…utk sarapan tadi saya buat cucur keledek…


CUCUR KELEDEK oren

Bahan2
I biji keledek oren
2 cwn tepung gandum @ secukupnya
1/2 tsp baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
air secukupnya

Satukan semua bahan2 di atas kecuali air. Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sambal kicap atau sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.


SAMBAL KICAP

Bahan2
10 btg cili padi
3 biji bawang putih
2 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan gula
kicap secukupnya
garam secukup rasa
air panas secukupnya

Satukan semua bahan di atas dan kisar. Sedia untuk dihidang.


No comments :