Sunday, October 16, 2011

CREAM PUFF

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.....

Ini adalah enrty pertama saya utk blog ini....teruja sebenarnya..sebelum ni xpernah terfikir nk berblog pon..tp selepas terjumpa blog masakan yg pertama iaitu Masam Manis ini...terus jer terpaut melihat setiap masakan yg telah dibuat oleh Kak Azlita kita ni...hari-hari duk menjenguk blog beliau. Pastu baru la jmpa blog-blog masakan yg lain. Kt bawah ini adalah resepi pertama yg saya cuba utk dikongsi dengan kawan-kawan yg lain...Kak saya mintak share yek kt blog saya lak...selamat mencuba semua.....

CREAM PUFF
by : Masam Manis

Bahan yg diperlukan:
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 


Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur. Tepung gandum di ayak.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.




Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm.
 



Pipe kan ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 


 
*utk resepi ini..saya gunakan filing Blueberry dan Jam Raspberry.


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

2 comments:

lyna said...

wah...nmpk mcm sedap jer...one day nak cuba gak....;)

Qasey Honey said...

mmg sedap pon...lagi2 klau mkn dgn aiskrim..he2