Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAMBAL TAUHU DAN KENTANG

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam manis kepada pengunjung blog saya ni …semoga sihat dan ceria selalu.


Hmmm nak bebel ape yek pepagi ni...macam takde idea lak...saya sebenarnya ade rancangan nak buat 1 contest...yang pasti hadiah untuk orang2 yang bertuah tu nanti...tentu sesuatu yang istimewa dari saya...suprise la kan...tarikh dan syarat2 penyertaan akan diberitahu kelak...nak pegi cari hadiah dulu...




Ok la...hari ni layan gambar aje la yekk...lagi pon saya nak pegi café beli makanan...terasa lapo lak tengok gambar2 ni semua semasa upload tadi...hehehe...


Jom layan resepi dari saya ni...nanti kita berjumpa lagi di alam maya ni ye...

SAMBAL TAUHU DAN KENTANG

Bahan2
3 keping tauhu
1 biji kentang
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* - rendam dan * dikisar bersama

Mula2 tauhu dan kentang didadu, kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing.
Tambah sos cili dan sos tomato. Kacau dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkn jus asam jawa, gula dan sedikit garam. Kacau dan masak hingga pekat.
Masukkan bawang dan masak sekejap.
Masuk tauhu dan kentang tadi. Gaul rata dan masak hingga pekat.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
Masak sekejap dan boleh angkat. 


2 comments

ady said...

as-salam
sedapnye resepi ni..

Melly Octaviana said...

sedap nya sambal tahu & kentang, memeng cocok makan dengan nasi.. slurrrp