Qasey Honey. Powered by Blogger.

MUFFIN PANDAN

Assalamualaikum dan selamat malam…

Selamat bertemu sekali lagi…seperti  yg saya maklumkan pd enrti sebelum ni…ni merupakan enrti kedua dan terakhir utk hari ni…rancangan asal nak mencuba resepi yg lain…tp keadaan x mengizinkan…terasa letih lak hari ni…seperti biase dgn kerja2 mingguan yg perlu diurus dan dibereskan segera…xde masalah bile nak memcuba resepi lain tp kerja selepas itu…bile bab nak mengedit gambar dan mengupdate blog tu nti…byk jugak kejenya…dan mengambil masa yg agak panjang juga…xpe sok2 ade lagi…insyaAllah… 


Selepas sarapan pagi tadi…saya buat muffin pula…muffin ni saya buat utk dibawa ke rumah kawan…anak beliau bertunang hari ni…so rasa mcm xsedap lak ke rumah beliau berlenggang aje tanpa membawa ape2 kan…dah la beliau 1 opis dan 1 bahagian dgn saya tu yg rasa xsyok … takut nti dlm hati dia berkata2 (dtg dgn tangan kosong jerk) agaknya kot…hehehe…memandai kata kt org…sbb sejak saya menceburkan diri dlm dunia blogger masakan ni…ape yg saya buat mesti akan dibawa ke opis bagi kawan2 merasa lak…



Semasa saya sampai ke rumah beliau tadi majlis dh selesai dh…xsempat nk tgk dan tahu berapa hantarannya tu nti…hehehe…xpe lepas cuti ni nti…saya akan cuba tanye tupon kalau empunya diri nak menjawab…huhuhu…harap2 beliau suka la muffin yg saya buat tu...


Ok sekarang kita masuk bab resepi lak…resepi muffin ni saya ambil dari blog Secubit Garam…hari tu saya dh pernah mencuba 1 resepi dari blog beliau…muffin juga…tp masa tu muffin saya xsecantik mcm muffin yg dibuat oleh K.Nor…utk muffin ni pulak…rupa muffin saya agak ok la kot…tp masih harus belajar lagi utk mendapatkan kejadian muffin yg sempurna…


Muffin pandan ni mmg sedap rasanya…nak2 lak time kuar dari oven…semerbak baunya dan rasa sedang2 aje xberapa manis…kalau ikut citarasa saya kandungan gula perlu ditambah sedikit bile nak membuatnya lain kali…

Pada K.Nor saya nak minta izin utk berkongsi pula resepi muffin pandan tu kat sini pula yekk…jom zasss tgk resepi kt bawah…



MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com &
Rinnchan
sumber :
K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya http://rinnchan.fotopages.com/images/smilies/wink.gif.

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.


3 comments

quinnie said...

salam kenal honey..catik muffin dia..:)

Cendana Kasih said...

geram tgk mapin tu...comel jer...

Qasey Honey said...

tq...
quinnie..slm perkenalan jugak dr saya..