Qasey Honey. Powered by Blogger.

AISKRIM GORENG

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Hari ni saya nk berkongsi lg resepi yg saya buat 2 - 3 hari yg lepas…sbb ape saya kta gitu…resepi yg sya nk kongsi ni adalah Aiskrim Goreng dan telah digoreng pada petang tadi. Aiskrim Goreng ni kita kena buat awal baru dpt melihat hasil kejadiannya (ehwa2..bahasa x agak2 kn). Nk buat aiskrim goreng ni pon rasa mcm mencabar gak walaupon kita tgk mcm senang kn…kne buat dgn laju-laju...klau x...aiskrim mencair la….bersilat gak la time buat ni…hehe..tp hasilnya mmg umphh…sedap…


Untuk resepi ni..saya amik dari blog Ucu Bakery…pada Ucu Bakery saya mintak izin yek utk letakkan di sini lak resepi aiskrim goreng ni… pada kawan-kawan yg lain boleh la mencuba..skrg kita lihat ape bahan2 yg kita perlukan kt bawah ni yek…

AISKRIM GORENG
Oleh: Ucu Bakery

Bahan2:

Roti secukupnya - tak kira brand apa
Ais krim secukupnya - ikut citarasa 
1 sudu tepung jagung
Sedikit air - utk bancuhan tepung jagung
Penggelek 

Saya akan tunjukkn step by step utk buat aiskrim goreng ni...

Mula-mula potong dulu tepi roti. Kemudian gelekkan roti tadi sehingga nipis.
Selepas tu bubuh aiskrim mengikut citarasa ditengah-tengah roti tadi. Sapukan air jagung dihujung roti tujuan untuk melekatkan roti dan tutup roti tersebut. Tekan tepi roti dengan garpu.
Akhir sekali balut roti dengan pembalut plastik atau beg plastik yg bersih dan simpan di dalam peti sejuk (beku) semalaman. Lepas tu boleh la digoreng dengan minyak yg banyak dengan api sederhana besar.

Boleh dihidang terus...Selamat mencuba semua......

No comments