Friday, May 26, 2017

SAMBAL TUMIS DAGING BURGER



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah...dalam beberapa jam sahaja semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan dan di Malaysia pula malam ni merupakan Terawih yang pertama...dihening pagi nanti akan bermula sahur pertama...tiada apa yang diinginkan selain semoga ibadah puasa kali ni akan diberkati olehNya...



Baiklah...bila masuk sahaja bulan Ramadhan ni...mula la akan merasa buntu untuk menyediakan hidangan bukan...QH pon sama turut alami masalah tersebut...kebiasaan bila bulan puasa ni menu yang ingin disediakan pasti nak yang istimewakan dari hari2 biasa...rajin pon akan meningkat dari biasa juga...hehehe...


Apa yang ingin QH kongsikan resepi hari ni adalah sebahagian cadangan hidangan untuk bulan puasa ni...sangat mudah dan senang dimasak...sesuai di makan bersama nasi putih atau juga boleh dimakan bersama nasi lemak...sesuai juga di makan ketika waktu bersahur...

Daging burger yang QH gunakan dalam resepi ini adalah daging burger kebab mini...di mana QH membelinya dari kawan FB iaitu Ida Layla...daging burger ni selain di makan begitu sahaja ianya juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti memasing...resepi ni adalah sentuhan resepi belasahan QH...jika ingin mencuba resepinya seperti di bawah...SELAMAT MENCUBA!!!


SAMBAL TUMIS DAGING BURGER

Bahan2
20-25 keping daging burger kebab mini ayam – jika guna daging burger besar hendaklah dibelah 4
20-30 tangkai lada kering – dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar – dihiris
Segenggam ikan bilis
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih          
1 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia


Caranya
1. Panaskan minyak untuk menggoreng daging burger. Goreng daging burger sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
3. Masukan bahan tumis dan kacau sehingga naik baunya serta garing. Selepas itu, masukkan ikan bilis dan kacau lagi sehingga rata.
4. Masukkan pula lada kering yang telah dikisar tadi. Perlahankan api. Kacau hingga rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata. Tambahkan kiub ayam dan kacau rata.
6. Tambahkan air secukupnya. Kacau lagi. Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan daging burger yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris. Perasakan rasanya dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila rasa sudah sempurna, matikan api. Siap.



1 comment :

norhidana miswan said...

kalau grg gitu je pun dh sedap... ni kan pulak di msk tumis