Wednesday, May 3, 2017

PASTA SPIRAL GORENG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu lagi hari ni...
Walaupon kita sudah jarang bertemu di sini...
In shaa Allah QH akan cuba berikan resepi yang terbaik, meletop dan sedap sudah pastinya buat semua...
Yang penting semua tetap setia bersama QH...tanpa anda anda anda blog QH ni tiada maknanya...

Hendak di tutup blog ni terasa sayang la pula...walaupon dah agak sendu...tapi QH akan cuba teruskan jua meskipon jarang berupdate...



Seperti biase QH suka buat resepi belasahan je sekarang ni...hihihi...ala2 syiok sendiri...tapi boleh dijamin akan kesedapannya...hehehe
Spiral goreng ni QH buat selepas entri Spiral Bolognese Ayam itu hari...kuahnya habis dulu tapi pastanya banyak lagi tu yang QH gorengkan aje lebihannya...bahan2 pon ada lebihan dari resepi sebelum ni...kebetulan udang pon ada jadi senang kerja tak perlu keluar cari bahan2 lain...hehehe...

jika ingin mencuba resepinya ada QH sertakan seperti di bawah...jikalau ingin menambah dan mengurangkan bahan yang ada itu terpulang pada selera memasing yer...ejas2 la sendiri...resepi ni QH masak mengikut selera sendiri...Selamat Mencuba!!!


PASTA SPIRAL GORENG

Bahan2
300 gm pasta spiral – rebus dan toskan
15 – 20 ekor udang – dibuang kulit
1/2 pokok brokoli – potong kecil
5 batang kacang botol – potong kecil
1/4 biji lada bengala hijau – hiris kecil
1/4 biji lada bengala kuning – hiris kecil
1 biji tomato – belah 8
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil kicap pekat
1 biji telur – goreng hancur
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar
15 – 20 tangkai lada kering – rendam dan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Hiasan
Lada merah – hiris nipis
Bawang goreng
Limau kasturi


Caranya
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan sedikit minyak masak. Rebus pasta sehingga lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan lada yang telah dikisar tadi. Kacau dan tumis sehingga naik minyak.
4.  Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi.
5. Masukkan udang dan gaul rata. Apabila setengah masak, masukkan telur yang telah digoreng hancur.
6. Masukkan kacang botol, brokoli dan lada bengala. Kacau lagi sehingga rata.
7. Kemudian masukkan pasta spiral yang telah direbus tadi. Kacau dan ratakan.

8. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dihiris. Kacau rata. Perasakan rasanya. Jika telah sempurna matikan api dan hidangkan.


No comments :