Monday, May 15, 2017

ASAM PEDAS AYAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haaa nampak tak...ni la dia asam pedas untukku...hehehe

Asam pedas ayam dengan orang Johor berpisah tiada tau...lagi satu tak semua tahu tau ada asam pedas ayam ni...agak susah juga la nampak di kedai2 makan...biasa yang kita akan jumpa asam pedas ikan, daging atau tetel...kebiasaanya kalau terjumpa asam pedas ayam tu semestinya pemilik kedai makan tu orang Johor...kalau di Johor asam pedas ni terlalu biasa...jika buntu nak masak ape...lauk ni la penyelamat pasti seisi rumah makan bertambah...hihihi


Selain asam pedas ikan...asam pedas ayam merupakan salah satu kegemaran QH tau...nak pula dimakan bersama nasi panas2 dan telur dadar je dah cukup membuatkan QH bertambah makan...lupa sekejap untuk berdiet...hehehe...


Mana taknya...di dalam asam pedas ni macam2 yang QH letak...hehehe...maklum la resepi belasahan...ikut suka je nak masukkan apa di dalamnya...sangat2 beraroma bila semua bergabung di dalam satu periuk...kalau nak tahu akan rasanya kena la mencuba resepi QH ni...pasti akan membuka selera nanti...seperti biase resepinya ada QH sediakan seperti di bawah yea...selamat mencuba!!!


ASAM PEDAS AYAM

Bahan2
6 ketul ayam – bersih dan dibuang kulit
10 batang bendi
1-2 pokok daun kesum
3 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 kiub ayam
2 cawan air atau scukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
20-25 tangkai cili kering – kisar berasingan
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

1 batang serai


Caranya
1. Tumiskan bahan kisar kecuali cili kering yang dikisar berasingan. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan kiub ayam. Gaul sehingga rata.
4. Tambahkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan mereneh dan dikacau sekali sekala.
5. Apabila ayam hampir empuk, masukkan bendi, bunga kantan, daun limau purut dan daun kesum.
6. Perasakan rasanya dan masukkan sedikit garam dan gula secukupnya. Biarkan kuahnya sedikit pekat.
7. Jika rasa telah sempurna dan ayam telah masak, matikan api. Sedia untuk dihidang.


2 comments :

LiNa_Pg said...

Dah nampak iklan nuuuu kat atas hehee

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

asam pedas ayam, favourite Sk juga tau QH