Tuesday, May 23, 2017

KURMA TELUR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kali ni selera tetiba nak makan kurma telur pula...rasanya lama juga QH dah tak makan lauk berasaskan kurma ni...hasil carian di Google terjumpa la dengan resepi dari dapur Kak Ratna iaitu Dari Dapur Madihaa...sesekali tu pasti ingin mencuba resepi dari kawan2 jugakan...terima kasih kak atas perkongsian resepi tersebut...

Thursday, May 18, 2017

KILLER BREAD CHOCOLATE



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Opsss!!! termeroti tanpa sengaja pula kali ni...hehehe...macam mana tak tersengaja apabila kemas2 tengok tepung roti dah tak lama hayatnya...hihihi...dari dibiarkan membazir macam tu sahaja...rajinkan juga la menguli...QH menguli menggunakan mixer je ni...Alhamdulillah masih sempurna kejadiaannya...

Wednesday, May 17, 2017

KEMPEN MASAKAN PENSONIC CHEF'S LIKES MUSIM KEEMPAT (2017)



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaaa tahun ni QH berpeluang untuk menyertai Kempen Pensonic Chefs Like 2017 yang merupakan tahun yang ke -4 kempen ni diadakan...
ehhh ehhh sebelum tu dah tahukan...baru2 ni QH ade join kontes dari Pensonic iaitu "We Want You To Be On Tv"...Alhamdulillah rezeki memihak kepada QH apabila terpilih sebagai salah seorang dari 7 orang pemenang yang dicari...


Memang sangat2 seronok...satu lagi pelajaran dan pengalaman yang baru bila berpeluang muncul di TV...berpeluang pula shooting bersama artis dan Chef pilihan Pensonic iaitu Dato Chef Haji Ismail...selain tu sudah tentu la hadiahnya dari Pensonic pilihan Chef Mail lagi...


Sebenarnya ada banyak lagi barangan yang menjadi pilihan Chef kali ni...antara barang2 tersebut adalah seperti gambar di bawah tu...banyakkan pilihannya...antara barangan Chefs Like ni ada juga menjadi pilihan QH iaitu AIRFRYER dan BREADMAKER...

Kenapa harus wajib memilih barangan Chefs Like Pensonic ni...cuba tengok kalernya...alahai suwitt muwittt la tengok...kaler pepel tu...sangat cantik bukan...bayangkan la jika barang2 tu kita susun di kabinet dapur mesti bertambah2 seri dapur kita tu nanti...mood nak ke dapur n memasak pon makin bertambah2kan...



Selain itu, sempena Kempen Pensonic Chefs Like ni terdapat kelas dan demostrasi masakan dari Chef Ismail di lokasi2 terpilih seluruh Malaysia...jom sertai "Chef Mail Live Cooking Class"...sebabnya setiap peserta akan dapat membawa pulang masakan yang telah di masak sendiri dan juga hadiah2 bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!! 


Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chefs Like Musim Keempat (2017):

      Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
      CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
      Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
      HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
      AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
      Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
      Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
      Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
      Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
      senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad)


Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chefs Like Musim Keempat (2017).


Lagi satu jangan lupa tau untuk menonton rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic" setiap hari Isnin pada pukul 6.00 petang...

Tahun ini rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” yang terdiri dari 8 episod akan kembali dengan lebih banyak aksi hebat. Para pemenang akan bersama barisan selebriti hot yang akan menyediakan hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Bukan sahaja setiap episod rancangan ini dengan kehadiran selebriti tanahair rancangan yang mesti ditonton, penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini. 

In shaa Allah QH akan muncul di episod ke-5 nanti...jangan lupa saksikan episod QH nanti tau...  


Ok apa tunggu lagi jom sertai kempen Pensonic Chefs Like 2017 ni..untuk maklumat lanjut sila layari laman:

Facebook Pensonic: 
laman sesawang Pensonic: 
atau menelefon
Pensonic Careline: 1-800-881-770  
untuk maklumat lanjut.


Monday, May 15, 2017

ASAM PEDAS AYAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haaa nampak tak...ni la dia asam pedas untukku...hehehe

Asam pedas ayam dengan orang Johor berpisah tiada tau...lagi satu tak semua tahu tau ada asam pedas ayam ni...agak susah juga la nampak di kedai2 makan...biasa yang kita akan jumpa asam pedas ikan, daging atau tetel...kebiasaanya kalau terjumpa asam pedas ayam tu semestinya pemilik kedai makan tu orang Johor...kalau di Johor asam pedas ni terlalu biasa...jika buntu nak masak ape...lauk ni la penyelamat pasti seisi rumah makan bertambah...hihihi

Friday, May 5, 2017

CHICKEN CHOP NESTUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaaa tudiaa...
Hari ni selera omputeh lak...ala2 western gituu...hehehe
Jemu sekejap nak makan nasi...hihihi...iye la tu
Sesekali tukarlah selerakan...lagipon chicken chop ni makanan peberet QH...kalau tak buat sendiri...kalau rasa teringin pergi la mana2 kedai...

Wednesday, May 3, 2017

PASTA SPIRAL GORENG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu lagi hari ni...
Walaupon kita sudah jarang bertemu di sini...
In shaa Allah QH akan cuba berikan resepi yang terbaik, meletop dan sedap sudah pastinya buat semua...
Yang penting semua tetap setia bersama QH...tanpa anda anda anda blog QH ni tiada maknanya...

Hendak di tutup blog ni terasa sayang la pula...walaupon dah agak sendu...tapi QH akan cuba teruskan jua meskipon jarang berupdate...

Tuesday, April 25, 2017

SPRIRAL BOLOGNESE AYAM RINGKAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Maaf la semua...sejak2 ni memanjang sibuk je QH...sibukkan ke ape tak tahu la...hihihi...setiap hari ada je benda yang perlu dibuat...ada je perkara yang terjadi...menjadikan tak sempat nak menjengah ke blog...memalam ni QH curi masa sedikit untuk mengupdate blog...update malam tau...lepas tu QH menggunakan auto publish...setkan je pukul berapa nak bersiaran esok pagi...hehehe...senangkan...

Friday, April 21, 2017

TERIMA KASIH SAJI MEI 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah…
Qasey Honey muncul lagi di dalam majalah Saji keluaran Mei 2017 pula...rezeki yang datang jangan ditolak ye tak...hihihi...
Sememangnya QH tidak mampu menolak pelawaan kali ni...sebabnya QH sangat2 berminat untuk sama2 memeriahkan Edisi Istimewa Aidilfitri ni...memang kena dengan minat QH yang suka membuat kukis yang comel2 ni...

Lagi satu apabila dapat tahu kawan2 blogger QH turut sama ada di dalam edisi khas ni...mana hati tak suka...buat hati tak sabar juga nak tahu ape la kukis2 yang mereka kongsikan...hihihi...walaupon belum pernah bersua muka...bertemu di dalam majalah ni pon jadi la dulu setakat ni...hehehe...

Kalau nak tahu siapa kawan2 blogger QH yang lain tu dan apa resepi kukis raya yang mereka kongsikan di dalam Saji kali ni...kena la dapatkan majalah ni cepat2...habis nanti QH tak tau ehhh...yang ada di dalam tu semua blogger hot tau...hahaha...


QH sendiri menyumbangkan 6 jenis resepi di dalam majalah ni...jadi jadi jadinya kena dapatkan juga la majalah Saji ni...QH pon tak dapat nak janjikan ada ke tak resepi kukis yang baru di dalam blog ni...kerana di majalah ni terdapat banyak resepi kukis yang sedap2, comel2 dan menarik untuk di cuba...

Akhir kata dari QH...terima kasih kepada team Saji Edisi Istimewa Aidilfitri ni terutama Encik Tajul kerana sudi mempelawa QH sekali lagi untuk memeriahkan keluaran terbaru ni...sekiranya dipelawa lagi untuk keluaran yang akan datang...in shaa Allah Qasey Honey sudi bekerjasama dan memberikan resepi yang terbaik...ngeeeee


***pssttttt JANGAN LUPA BELI TAU MAJALAH NI CEPAT2...LAMBAT2 NANTI HABIS PULA KANG...TAK MAHAL PON RM7 JAAAA...hehehe

Thursday, April 20, 2017

DI BALIK TABIR PROGRAM CHEF MAIL MASAK BERSAMA PENSONIC



Heyyyy ready...3  2  1  ACTION!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Tudia aiihhhhh...
Apa la yang makcik tu nak buat ye tengah2 set tu...haaa ni la nak cerita dengan semua ni...ajoommm teruskan membaca pengalaman makcik!!! hehehe

Wednesday, April 12, 2017

SOTO KETAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Apa khabar semua??
Akhirnya bersiaran juga QH hari ni...
Beberapa minggu yang lepas bukan sengaja QH meninggalkan blog ni tetapi banyak sangat perkara yang terjadi dan QH terpaksa berehat dan  merehatkan diri sebentar...
Terkadang ada perkara yang terpaksa kita dahulukan dari perkara2 yang lain...
In shaa Allah ada masa yang sesuai je QH akan kembali bersiaran...

Tuesday, March 21, 2017

KEK EPAL LOBAK MERAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Membaking pula resepi kali ni...orang kata nak lepaskan gian...hehehe...sungguh memang jarang sangat dah QH membakingkan sekarang ni...banyak resepi masak2 yang QH kongsikan sekarang...minat dah tukar kot


Sejak2 jaga badan a.k.a diet la sangat ni...tak boleh kerap sangat membaking...kikiki...boleh caya ke tuhhh...lagipon memang tak larat dah nak mengadap kek macam dulu2...suka buat tapi makan sekeping dua je dah cukup...sekarang ni kalau QH buat mesti bawak ke opis makan ramai2...bestkan...

Thursday, March 16, 2017

AYAM MASAK SAMBAL KACANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Ingat tak lagi QH pernah kongsikan resepi sambal kacang ni…tak ingat takpe…boleh klik SINI…resepi yang lepas QH letakkan tauhu goreng dalam sambal ni…kali ni bubuh ayam pula…sebab sedap dan kena sangat2 dengan citarasa QH…maka masak la lagi…


Ayam tu QH tak goreng garing sangat…goreng setengah masak…lagi sedap bila isi ayam tu juicy dan lembab2 macam tu…jadi takde la isinya nanti keras dan kering…yang ni terpulang pada selera masing…kalau suka ayam tu garing…boleh je nak buat macam tu…tak salah pon…pilihan di tangan anda…hehehe

Tuesday, March 14, 2017

CUCUR UDANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Nah tiba giliran QH pula untuk mencuba resepi viral ni…tetapi sedikit lambat la mencubanya dengan kawan2 yang lain…hehehe…biasekan macam tu…masa tengah hot resepi ni boleh dikatakan hari2 la lalu di wall FB QH…mana boleh tahan melihat je cucur udang ni lalu je depan mata…kena buat juga baru puashatikan…


Resepi ni QH ambil dari FB@Kak LinaZubir…geram tengok kegebuan kekembongan cucur udang ni…ni percubaan pertama QH…Alhamdulillah menjadi walaupon ade sedikit gabra la bermain dengan minyak panas…hehehe…seram tu bile sesekali udang tu letup2 dalam kuali…hihihi…

Friday, March 10, 2017

SAMBAL KERING TAUHU TEMPE KENTANG & IKAN BILIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Resepi hari ni yang biase2 je…sesiapa pon boleh masak dan selalu buatkan…mak QH pon selalu masak begini juga tau…terkadang resepi yang mudah macam ni la selalu dicari2kan…sebagai pembuka selera macam tu…hihihi…pada musim haji kebiasaannya para Jemaah Malaysia sudah tentu menjadikan sambal kering ni sebagai menu pilihan utama untuk dibawa bekal ke sana…masak garing2 dan kering lagi…boleh tahan lama jika disimpan elok…tapi tauhu tu tak boleh letak la sebabnya mudah basi nanti…

Tuesday, March 7, 2017

KERABU MAGGI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bertemu lagi…
Hari ni nak kongsikan resepi yang simple2 je tapi ianya mengenyangkan juga tau…sesekali tukar la sikitkan selera tu…
Kali ni menu kita ala-alai thai gitu…boleh ker…hihihi
Kerabu maggi ni QH baru2 juga mencuba...pertama kali nak makan memang agak teruja juga...tak sabar nak tahu akan rasanya...kalau di KL ni tidak susah nak mencari kedai yang menjual kerabu maggi ni...banyak kedai2 makan siam di sini...kena dengan selera atau tidak je...hehehe...bila dah cuba tu boleh la masuk dengan selera QH...

Wednesday, March 1, 2017

SIAKAP GORENG LADA HITAM




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Terlebih dahulu QH ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Ary Malik iaitu bekas peserta Masterchef Malaysia musim pertama yang telah kembali kerahmahtullah malam tadi...semoga suami dan anak2 beliau tabah dan redha dengan pemergiannya...pada yang beragama Islam mari kita sama2 sedekah Al-Fatihah buat arwah...semoga tenang disana dan dicucuri rahmat...

Monday, February 27, 2017

CUCUR SAYUR RANGUP




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu lagi...

Hari ni QH kongsikan menu ringkas je...bila2 masa sesuai sahaja untuk dinikmati...lagi2 bila tiba hari hujan mesti inilah yang dicari2kan...sebabnya sangat mudah dan senang untuk disediakan...yang paling penting ianya sedap dinikmati bersama minuman panas betul tak??? nak lagi sedap pencicahnya tu jangan lupa tau...hihihi...macam QH orang Johor mesti nak makan bersama sambal kicap...barulah kena dengan selera...nak makan bersama sos cili atau sos cili thai pon boleh...sedap juga...ikut pada selera masing2...

Friday, February 24, 2017

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dah masak belum tu???
Tentu buntukan nak sediakan hidangan ape untuk makan tengah hari sekejap lagi...
Resepi di media sosial memang banyak tetapi belum tentu seisi rumah mempunyai selera yang samakan...
Ade je la nanti yang tidak gemar masakan pedas...yang ade pula masakan tak pedas tak selera nak makan...ade yang gemar masakan berlemak dan akan ade yang kurang mengemarinya...itu yang terkadang 1 hari akan ade berjenis2 lauk pauknya...betul tak...
sebab mak QH bila anak2 semua berkumpul dia memang pening sikit...selera memasing tak sama...hehehe

Thursday, February 23, 2017

KEK PISANG NUTELLA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Taraaaa...kan akhirnya pada entri kali ini membaking juga...bukan senang nak buat tu...mood nak datang untuk membaking punya la bercinta...nak menghasilkannya apakan lagi...jenuh la keluar masuk bahan2...hehehe...pisang tu pon entah kali ke berapa beli tak terhitung dah...hihihi...punyalah susah betul nak bermain dengan tepung bagai...padahal senang sangat2 je nak buat kek pisang ni...hehehe...uitttt senang ke??? ngeeee

Tuesday, February 21, 2017

TERIMA KASIH SAJI MAC 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah…
Buat pertama kalinya QH muncul di dalam majalah Saji keluaran Mac 2017...di dalam majalah tersebut QH muncul di segmen intai-intai blogger...agak mendebarkan juga apabila muncul di dalam majalah yang gah namanya dan dikenali ramai ni... 

QH tertarik dan sangat suka la dengan kenyataan Sherson Lian iaitu Saya Bukan Cef...macam kena je dengan QH konsep Saji bulan Mac 2017 ni...sebabnya QH pon bukan chef...cuma bila hari cuti QH suka untuk mencuba apa sahaja jenis masakan atau resepi lepas tu ambil gambar dan kongsikan di dalam blog...itu je la kerjanya selama 5 tahun QH berblog...hehehe

Di sini QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Tajul Ariffin dan juga team majalah SAJI yang terlibat dengan segmen intai-intai blogger kali ni kerana sudi menjemput dan memberi peluang kepada QH untuk memeriahkan majalah SAJI pada bulan Mac 2017 ni...


Di dalam majalah SAJI ni QH ada kongsikan 3 resepi…nak tahu resepi ape yang QH kongsikan kali ni...yang tu kena dapatkan cepat2 tau majalah ni...nampak tak kat cover majalah SAJI ni...RUGI TAK BELI!! sebab dalam majalah kali ni banyak resepi2 yang menarik...mengenai resepi dari QH jika ada sebarang masalah pada resepi tersebut boleh emel QH atau boleh juga tinggalkan komen di ruangan komen entri ni untuk sebarang pertanyaan...

Ok lepas baca enrti ni cepat2 tau pergi kedai untuk beli majalah ni...habis nanti menyesal...hehehe...baiklah sekian dulu entri untuk kali ni...in shaa Allah kita akan berjumpa lagi di lain waktu...

Tuesday, February 14, 2017

IKLAN!! IKLAN!! DIBUKA UNTUK TEMPAHAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Nak buat iklan sat!!!

Bismilahirrahmannirrahim...
Nak bagitahu ni secara rasminya kali ni team QH sudah bersedia untuk membuka tempahan kek, brownies dan biskut raya untuk sebarang majlis kepada sesiapa yang berminat dengan sentuhan airtangan QH...sebelum2 ni terlalu ramai yang bertanya dan ingin membuat tempahan dengan QH kan...ok sekarang QH bersedia untuk mencuba terjun dalam dunia baking pula...

In shaa Allah degisn kek yang simple2 tu bolehlah ditunaikan mengikut tema yang dikehendaki dan akan sentiasa memperbaiki sebarang kelemahan yang ada... 
Team QH akan memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut permintaan dan citarasa anda...
Anda boleh bagi design kek  yang dikehendaki dan jenis kek yang anda suka...

Gambar2 yang ada di dalam entri ni adalah contoh2 kek yang pernah QH buat dan ada juga tempahan dari kawan2 QH mengikut tema yang mereka mahu...
Sekiranya berminat untuk membuat tempahan dan akan menyenangkan kedua belah pihak
sebaiknya ditempah seminggu atau dua minggu awal dari tarikh yang dikehendaki

Sebarang tempahan boleh dibuat melalui whatsapp di talian 0173681580 (urusan bisnes sahaja)