Wednesday, March 23, 2016

AYAM BALI


Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Alhamdulillah dapat juga QH bersiaran hari ni...lately ni QH agak sibuk sikit dengan macam2 hal...banyak benda yang perlu QH uruskan dan QH memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri seketika...terpaksalah bertangguh dahulu untuk mengupdate blog...cuba juga mencari masa untuk berblog...tapi keadaan tetap tidak mengizinkan...ramai juga yang bertanya dan komplin blog lama tidak berupdate...hehehe...maaf yer semua...^_*

Ok QH nak sambung cerita entri yang lepas…ada yang bertanya best ke ada blog sendiri ni??? Jawabnya ye…sebab apa??? Ni yang nak cerita ni…hehehe…

Memang best la bila ada blog sendiri…sebabnya di dalam blog ni la kita bebas untuk berkarya…bebas untuk meluahkan apa sahaja kat laman blog sendiri...bagi QH ianya satu medan terapi dan memori terindah dalam hidup...nak tulis mengenai diri sendiri ke…berkongsi resepi ke…kongsikan aktiviti yang kita buat ke atau sampaikan maklumat2 yang berguna…tu semua terpulang pada blogger tu sendiri…rumah sendirikan…jadi bikin la ikut suka nak yang macam mana…tapi pastikan ianya berfaedah dan tidak terlalu merapu…lagi bagus kalau blog tu fokus pada satu2 bidang…kalau terlalu carca marba orang pening juga nak follow…hehehe…nak selitkan sikit2 takde masalah..blog sendirikan…QH sendiri kadang ada juga share aktiviti QH selain resepi…