Tuesday, January 12, 2016

PUDING ABC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Alhamdulillah jumpa lagi kita dilaman blog ni…

Sejak dari awal QH berblog…ada follower yang PM QH di FB…tanya macam mana nak buat blog…tengok macam best bila ada blog ni…nak berblog juga tapi tak pandai…macam mana nak ambil gambar…ye nampak bestkan…seronok tengok blog2 masakan ditambah pula dengan gambar yang cantik2 lagi…membuatkan ramai yang teruja untuk mencuba resepi tersebut…ada masa yang terluang nanti persoalan tu semua akan QH terangkan satu persatu…pastikan terus bersama dengan QH…in shaa Allah

Yang QH nak tekankan kat sini hari ni…ok yang semua nampak tu hanya yang indah2 je kan…tapi disebalik nak bikinnya tak semudah tu sayang2…jenuh mengusahakan supaya ianya jadi yang terbaik…tak semua yang foodblogger cuba tu sekali sentuhan terus menjadi…ada juga resepi yang dicuba tapi hasilnya kurang memuaskan…yang tak menjadi terus pon ada…foodblogger ni ramai yang amatur macam yang lain juga…takde la sehebat yang anda2 bayangkan…cuma bezanya foodblogger bila mencuba sesuatu resepi tu mereka akan snap gambar dan kongsikan di blog milik masing2 untuk ditunjukkan kepada semua hasil yang mereka telah cuba tu…

Wednesday, January 6, 2016

COKLAT LASAGNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Alhamdulillah…akhirnya QH ke sini juga…sungguh QH rindu ingin berblog semula seperti sebelum ni…tak sangka pula plan nak berehat sebentar rupanya menjadi lebih lama…kalau masih ada yang ingat janji2 QH di awal tahun 2015…azam QH ingin terus berblogkan pada tahun tersebut…tetapi QH hanya mampu merancang…mampu menanamkan azam tersebut…tetapi disebaliknya perancangan Tuhan tidak mampu QH nak elak…akhirnya QH terus menyepi dari mana2 laman social yang QH ada…


Bukan tiada yang bertanya…bukan tiada yang mencari ke mana hilangnya QH…ramai yang pm QH di FB…tetapi QH memilih untuk berdiam diri sahaja…memberi ruang kepada diri sendiri untuk bertenang dan bermuhasabah diri…tak kurang juga ada yang meneka2 mungkin QH terlibat dengan mana2 projek buku lagi…hai la memang buat QH terharu jer…tak nampak kita aktif ada yang mencari…ni yang buat QH bertambah sayang kat semua followers…