Thursday, December 8, 2016

IKAN CERMIN MASAK KICAP PEDAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

kembali bersiaran hari ni
apa khabar semua...
musim cuti sekolah macam ni sudah tentu ramai ibu2 kat luar sana agak sibuk sedikitkan dari kebiasaannya...masa ni anak2 semua berkumpul di rumah...ibu2 mak2 ni mula la nak memikirkan apa menu yang nak dibuat dimasak dan dihidang untuk anak2...zaman QH masih bersekolah dulu macam tu juga...masa cuti ni la minta mak QH buat itu buat ni...rasa nak makan itu ini...ye la bila dah berkumpul dengan adik2 semua...maka selera makan tu bertambah sikit bila duduk di rumah kan...masa ni la boleh makan banyak sikit...hehehe...sebabnya masa banyak di rumah bila tidak ke mana2...QH dari sekolah dulu dah minat baking...masa cuti sekolah ni jugak la rajin nak mencuba buat kek macam2...zaman dulu kek simple2 je QH cuba...kek marble paling kerap QH buat dulu...zaman2 tu mana ada macam sekarang...keperluan bakery pon terhad...tak macam sekarang...bakery tu ibarat syurga buat peminat baking atau bakers...hehehe...jadi kek marble la yang kerap QH buat...hihihi...tetiba rasa teringin lak nak buat kek marble ni...tunggu mood rajin datang dulu...hihihi




hari ni QH kongsikan dulu resepi masak2...simple je menu yang QH nak kongsikan ni...kes main campak2 je kat dapur...asal perut kenyang dan menepati selera sudah...betul tak...hehehe...resepi ikut pada selera QH je...rasa macam dah lama tak makan masak kicap...bila dah lama tak makan ni mula la rasa teringin sangat...elok je pergi supermarket jumpa lak ikan cermin...wallaaa...memang lama dah makan ikan ni...boleh tahan juga harga ikan ni sekarang...mentang2 susah nak jumpakan...hihihi...beli la juga sebab tengok molek je saiz ikan tu nampak segar pulak tu...lagi pon ikan ni memang sedap...

ada yang ingin mencuba...seperti biasa resepi QH sediakan di bawah tu yer...selamat mencuba!!!



IKAN CERMIN MASAK KICAP PEDAS

Bahan2
3 ekor ikan cermin
Serbuk kunyit
Garam

Bahan tumis
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 sudu besar lada hitam - dikisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji lada putih
2 biji buah pelaga
3 – 4 atau secukupnya sudu besar kicap
Sedikit air
Gula dan garam secukup rasa

1 biji bawang besar – potong bulat
3 tangkai cili besar – biji lada QH buang
6 biji tomato ceri – belah 2


Caranya
1. Bersihkan ikan, lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada putih dan buah pelaga sehingga naik bau.
4. Kemudian tumiskan pula bahan2 yang telah dikisar tadi. Kacau dan tumiskan sehingga naik bau.
5. Masukkan pula kicap secukupnya. Kacau rata. Jika kuah pekat atau ingin berkuah tambahkan sedikit air.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
7. Masukkan pula cili besar, bawang merah dan tomato. Kacau rata.
8. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap.



No comments :