Thursday, September 1, 2016

UDANG MENTEGA NESTUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni update resepi masak2 lagi...resepi2 viral nanti la...hehehe...padahal memang belum sampai seru rajin nak godek2 resepi tu lagi...baik punya cover la kunun...kikiki...

Tak tahu la sejak lepas raya QH jadi malas lak nak ke dapur...oppsss kantoi sudah...hehehe...pantang cuti nak merayap je...nak mencari ketenangan la tu kununnya...terapi la bagi lapangkan minda ni kejap...hihihi...nanti la bila angin rajin QH mai...nanti kita kasik meletop kat blog ni yer...janji dicapati...harap semua tak mereput la tunggu angin rajin QH tu...ngeeee ^_*


Jangan risau list resepi kemain panjang lagi QH tulis semalam...macam2 la berangan nak buat itu ini...tulis dulu siap2 takut lupa nanti nak buat apa...nanti angin rajin dah datang boleh la mereka2 apa yang patut...hihihi



Resepi hari ni...resepi belasahan QH je...lama resepi ni QH simpan...nak tahu bila...meh nak cerita...hehehe...kalau nak tahu resepi ni QH perap dari bulan puasa hari tu lagi...tudiaaa alahai lamakan...bulan puasa yang lepas QH rajin sikit nak masak2...cuma nak update je yang tak menyempat...

Kali ni nak kongsi resepi udang mentega pula...ada cerita tau disebalik kejadian nak menyediakan resepi ni...sebenarnya kuahnya ni agak cair tau QH masak...lepas masukkan susu cair tu QH kunun nak bagi dia basah2 sikit dan berkuah...QH tambah lagi 1 cawan air...sekali hambikk terlalu berkuah...dah masukkan bancuhan tepung gandum pon masih cair lagi...nak letak banyak2 lagi nanti takut rasa bertepung pula...datang pula idea spontan masa tu...terus ambil nestum untuk pekatkan kuah...sekali ok la...sedap...tak percaya tengok gambar...masih berkuah tapi tidak terlalu cair...memang QH nakkan udang mentega kali ni sedikit berkuah dan basah...orang tak pandai macam ni la tapi ingin cuba pandai memasak...

Jika berani mencuba resepi belasahan QH ni...resepi ada QH sediakan seperti di bawah tu yer...in shaa Allah dapat memenuhi citarasa semua...selamat mencuba...



UDANG MENTEGA NESTUM

Bahan2
15-20 ekor udang saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar – hiris halus
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
10-12 biji cili padi
7-8 biji tomato ceri – jika suka
3 sudu besar mentega
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
2 sudu besar nestum
Garam dan gula secukup rasa


Caranya:
1. Panaskan minyak dalam pan atau kuali. Goreng udang separuh masak. Angkat dan toskan.
2. Dalam pan yang lain, masukkan mentega biarkan hingga cair kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan daun kari. Kacau hingga daun kari layu.
4. Masukkan pula susu cair dan air. Kacau lagi hingga sebati.
5. Tambah bancuhan tepung jagung dan nestum. Biarkan seketika.
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Masukkan pula cili padi dan kacau sebentar hingga kuah pekat.
7. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato ceri jika suka. Matikan api.


1 comment :

ibh_sue said...

Assalamualaikum QH.. Asyik husya Ig ja kan. Hari ni akk husya sini pulak. Ridunya nak blogwalking macam dulu2..