Thursday, September 22, 2016

SIAKAP GORENG SAMBAL HIJAU



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bersiaran lagi hari ni...
ok hari ni QH nak kongsikan resepi belasahan lagi...
hidangan kali ni Siakap Goreng Sambal Hijau...simple je menu hari ni...ni projek main masak2 cuti yang lepas...hehehe

Memang senang sangat...cuma gorengkan ikan siakap tu dengan garam dan kunyit...kemudian buatkan sambal hijau dan tuangkan sahaja ke atas ikan tadi...siap!!!

Resepi macam biasa QH sediakan seperti di bawah tu yer...selamat mencuba *_^





SIAKAP GORENG SAMBAL HIJAU

Bahan2
1 ekor ikan siakap – size sederhana
1 biji bawang besar – potong bulat
6 biji tomato ceri – belah tiga
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang cili hijau
2 batang cili merah
10 biji cili padi - suka pedas boleh tambah lagi
1/2 inci halia
2 batang serai


Cara penyediaan
1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
3. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Biarkan seketika dengan api kecil.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi. Kacau rata lagi.
6. Masukkan pula tomato ceri dan perasakan sambal tadi.
7. Akhir sekali tuang sambal hijau ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidang.



1 comment :

Busyra Bt Takiyudin said...

sedapnya ikan siakap tu. hehe. salam kenal :)