Tuesday, September 20, 2016

KERANG SAMBAL BERTELUR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kembali bersiaran...kembali ke udara...hehehe
Bila ada masa yang terluang macam sekarang ni...in shaa Allah QH akan mengupdate blog seadanya...mungkin selepas ni cara QH berkarya akan berbeza sedikit...akan kurang bercerita dan berceloteh...jika ada cerita dan punyai idea yang berjela2...panjang la entri tersebut...kalau tidak kata2 entri terkini ringkas tetapi padat atau mungkin resepi sahaja pon boleh jadi...yang penting blog tidak sunyi dari resepi dan gambar2 yang menarik...in shaa Allah ^_^




Pada cuti hujung minggu yang lepas...rajin la nak ke dapur...hihihi...cuti panjang sikitkan...boleh luangkan masa dengan periuk kuali sudip bagai...bila lama tak masak2...rindu la juga nak ketuk2 kuali...hehehe...

Masak yang simple2 je...kali ni teringin nak makan kerang pula...maka terhasil la resepi belasahan QH lagi...ehh2 macam tersedap la pulak bila main campak2 ni...hihihi...itu ikut selera QH la...lagi pedas lagi ummphhh tau...nanti nak rasa yang pedas tu boleh la ejas2 sendiri...ingin mencuba resepi ini macam biasa QH sediakan seperti di bawah tu yer...



KERANG SAMBAL BERTELUR

Bahan2
500 gm kerang – bersihkan dan direbus bersama halia
2 – 3 biji telur
1/2 bawang besar – didadu
1 batang cili merah – dihiris
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 pokok daun ketumbar
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar
10 – 15 tangkai cili kering – rendam hingga lembut 
(boleh tambah jika suka pedas)
2 batang cili merah
1/2 inci halia
2 batang serai
1/2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih



1. Rebuskan kerang terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian buang air rebusan dan toskan kerang tadi.
2. Panaskan minyak secukupnya. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan minyak.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tambahkan sedikit air.
4. Masukkan bawang besar dan lada merah yang telah dihiris. Kacau rata.
5. Masukkan pula telur satu persatu. Biarkan seketika. Kacau hingga telur hancur dan masak.
6. Masukkan daun ketumbar. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus tadi. Kacau hingga rata. Perasakan rasanya dan boleh matikan api. Siap untuk dihidang.


1 comment :

norhidana miswan said...

msti sedap.... mule2 ingat kerang yg dh kopek tu kak, siap ngn kulit2 lg yek