Wednesday, September 28, 2016

ASAM PEDAS KETAM BERKERISIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ok hari ni QH nak kongsikan satu lagi resepi belasahan...sekarang ni QH rajin pula nak mereka2 resepi...hehehe...tak cuba tak tahu kan...jadi memandai2 la ubah itu ini...

Biasa kalau ketam ni...kebiasaannya masak lemak cili padi, rebus dan kari je kan...kali ni QH cuba masak asam pedas pula...pastu QH tambahkan kerisik...hmmm macam tersedap la pula...hehehe




Lepas tu QH tambahkan lagi rasa dengan daun kunyit, bunga kantan dan limau purut...tak tau dah nak kategorikan asam pedas apa ni...hihihi...bila dah ditambah kerisik dah macam rendang la pula bau dan rasanya tu...aromanya memang memikat...

Macam biasa resepinya QH sediakak seperti di bawah tu yer...selamat mencuba...


ASAM PEDAS KETAM BERKERISIK

Bahan2
3 ekor ketam – bersihkan
20-25 tangkai cili kering – rendam dan kisar
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit – hiris
3 helai daun limau purut
1 kiub pati ikan bilis
1 keping asam keping
2 sudu kecil kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup



CARANYA
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga harum.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan dikacau selalu.
3. Masukkan gula, asam keping dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih.
4. Tambahkan kiub ikan bilis, bunga kantan dan daun limau purut. Kacau rata. Tambahkan kerisik. Kacau lagi.
5. Masukkan pula ketam. Kacau perlahan dan masukkan daun kunyit. Biarkan merenih.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa. Siap.


No comments :