Wednesday, August 10, 2016

TART BROWNIES



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hai semua…
Tu dia akhirnya muncul juga QH di sini…sangat bercintanya nak kembali bersiaran…terpaksa merangkak bertatih bagai dia nak sampai ke sini…hahaha…inilah akibat bila lama tidak bersiaran...tak rancang pon nak berehat atau bercuti dari berblog lepas raya hari tu...kebetulan lepas raya tu QH agak sibuk sikit dengan macam2 hal...jadinya QH terpaksa berehat sebentar...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berkarya di sini...QH pon harap semua follower dan pengunjung blog QH semuanya dalam keadaan sihat hendakNya...


sepatutnya resepi kali ni QH nak kongsikan selepas cuti hari raya...nak sumbangkanlah sedikit idea buat semua...kan ramai yang nak buat open house dan sebagainya kan masa tu...tapi tidak berkesempatan pula...

Takpe buat untuk makan2 sendiri pon boleh...sedap tau...hihihi...kali ni nak kongsikan resepi belasahan...kalau nak tahu brownies ni memang kesukaan QH tau...QH campur adukkan resepi yang biasa QH buat tu je...maka terhasillah tart brownies ni...



tart brownies ni sedap tau...makan sebiji tak cukup...kena makan lebih baru puas...hehehe...senang je nak hasilkan tart brownies ni...oh ye resepi ni QH ada kongsikan dalam Majalah Aroma keluaran Jun 2016...

ni pertama kali QH cuba resepi ni...Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati...biasa makan brownies macam tu ajekan...kali ni QH letak dalam shell tart pula...lagi la berganda sedapnya...jadi boleh la semua mencubanya pula...resepi ada QH sediakan seperti di bawah tu...selamat mencuba...



TART BROWNIES

Bahan Kulit Tart:
300 gm tepung gandum - diayak
50 gm gula aising - diayak
140 gm mentega sejuk – dipotong kecil
2 biji telur gred B – dipukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:
1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi tekstur serbuk roti.
2. Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sebentar.
3. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi dan tekan di dalam acuan tart. Bentukkan mengikut acuan dan kemaskan.
4. Buat hingga siap, cucuk sikit bahagian dasar doh dengan garfu. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit.
5. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan di atas jaringan.


Bahan Brownies:
50 gm serbuk koko
64 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
113 gm mentega – dicairkan
170 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar coklat nutella
1/2 cawan badam nib – di bakar sebentar

Cara membuatnya:
1. Satukan serbuk koko, tepung gandum, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain cairkan mentega. Matikan api.
3. Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk atau senduk sehingga rata.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
5. Masukkan pula esen vanila dan coklat nutella.
6. Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan sehingga rata.
7. Akhir sekali masukkan badam nib yang telah dibakar sebentar.
7. Masukkan adunan brownies ke dalam piping beg.
8. Kemudian paipkan adunan brownies ke dalam kulit tart yang telah siap dibakar tadi.
9. Paipkan sehingga penuh permukaan kulit tart tersebut.
10. Bakar selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.