Wednesday, August 17, 2016

RED VELVET CREAMPUFF



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hai semua bersiaran juga hari ni...patut semalam lagi QH nak update blog tapi sayang tak sempat...stok resepi banyak lagi yang belum berupdate...tersimpan elok dalam draft tu...hehehe...in shaa Allah QH akan update satu2 sampai habis yer...semua resepi in shaa Allah pasti mengoda selera tau...hihihi...QH sendiri pon pening nak pilih gambar2 untuk upload dalam blog ni...


Dah nampakkan apa yang QH nak kongsikan hari ni...ni semua gara2 fesbuk la...dari dulu sampai sekarang hari2 mesti ada yang share gambar creampuff...QH pula memang suka creampuff...maka buat lagi la...hehehe

Resepi creampuff ni QH ada kongsikan dalam majalah Aroma Jun 2016...salah satu gambar creampuff ni menjadi cover majalah Aroma tersebut...



Creampuff coklat QH dah pernah cuba...boleh klik SINI...kali ni QH menerai buat ala2 Red Velvet Creampuff pula...saja tukar2 sikit kaler creampuff tu...

Untuk resepi kali ni QH ambil dari blog Masam Manis...terima kasih kak Ita berkongsi resepi creampuff ni...QH panjangkan resepi ni di sini pula...tapi dalam resepi ni QH ada membuat sedikit olahan...tambahkan pewarna merah...menawan pula tengokkan...hihihi...lagi satu untuk fillingnya pula QH guna freshcream...ermmm sedap tak terkata...rasa macam makan creampuff dengan icecream pula...ye betul tak tipu...boleh cuba...isi penuh2 cream tu dalam creampuff...ya ampun wallaaa...lagi sedap bila dimakan sejuk tau...

Ok nak cuba pula ker?? resepi ada QH sediakan seperti dibawah tu yer...sebenarnya resepi creampuff ni banyak versi...pilihan di tangan anda untuk mencuba yang mana...selamat mencuba semua...



RED VELVET CREAM PUFF

Bahan-bahan:
120 gm mentega
150 ml air
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk koko
5 biji telur gred A
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula kastor
1 sudu kecil pewarna merah – QH tambah

Cara membuatnya:
1. Sediakan dulang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 220’C.
2. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
3. Pukul telur dengan menggunakan whisk atau garfu. Ketepikan.
4. Satukan mentega, garam, gula kastor dan air. Panaskan di atas dapur hingga mendidih dan mentega larut. Kacau rata.
5. Tutup api dan masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak tadi. Kacau segera sehingga adunan sebati.
6. Letakkan semula di atas dapur dengan api sederhana dan kacau hingga keluar kepingan nipis di dasar periuk.
7. Tutup api dan alihkan dari dapur. Masukkan pula telur yang telah dipukul tadi. Kacau segera hingga aduan licin dan berkilat.
8. Akhir sekali letakkan pewarna merah ke dalam adunan. Kacau hingga rata.
9. Masukkan aduan ke dalam piping beg yang telah diletakkan nozel yang sesuai.
10. Paipkan di atas dulang. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga habis.
11. Renjiskan sedikit air di atas cream puff yang telah dipaipkan tadi.
12. Turunkan suhu ketuhar pada 210’C dan bakar selama 20 minit. Sejukkan di atas redai.


Krimnya:
1 cawan krim putar bukan tenusu atau secukupnya

Pukul krim putar hingga kental dan masukkan ke dalam piping beg.

Cara penyediaanya:
Paipkan krim putar tadi ke dalam cream puff. Boleh juga di belah bahagian tengah cream puff dan paipkan krim putar.

* untuk lebih sedap lagi boleh simpan creampuff di dalam peti sejuk sebentar sebelum dinikmati


1 comment :

Norhayati Mohd Isa said...

Sungguh menawan Cream puff RV ni QH..
Sayang pulak nak mkn..